WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Tuesday, December 31, 2013

ara sitam..penamat tahun 2013..

salam..
selamat tahun baru 2014..
mungkin kehadiran tahun baru nie banyak akan mengubah hidup peja sebagai penternak ayam..
sebab rasanya peja dah banyak capai impian dalam penternakan ayam ni..

dan rasanya kalau nak bersara pun tak apa dah kot,..
huhu..sanggup ke nak bersara..
selagi ada jual jagung dan dedak di kedai binatang tak kot..

tapi tahun nie memang akan banyak kejutan..

tahun 2014 peja harap akan banyak rezeki yang datang..
produk mula makin bersih..
pelbagai jenis produk sama ada dari benih tempatan dan import telah ada..

harap2nya akan ada rezeki peja lagi..

kalau umur panjang memang akan bela secara besar - besaran..

azam tahun baru..

Friday, December 20, 2013

Benih sama tapi PAttern Berbeza..peningg laa

salam semua..
kalau dulu peja suka main benih kurik sebab pattern ayam nie jenis kepala lembik main bawah tapi kelebihannya kaki bisa..
ayam jenis cermat dan tidak mudah panik..tapi pattern kurik baru nie dah mula jenis lompat dan amik bulu..tapi kaki tak pasti la bisa lagi ke tak..
pe pun peja bela aje sampai besar..
cumanya yang tak cukup tanda akan jadi sup atau kurma laa..

Wednesday, December 18, 2013

si Kuning Terkejut..opss

salam semua..
anak muda nie memang ada masalah ekr cikit..tapi bila dilatih untuk berhadapan dengan kamera secara berterusan..
mula boleh bergaya dengan bagus..

mulanya peja nak buat bapak tapi bila dah cantik begini sayang la plak..walaupun tak ada masa untuk pergi bertanding tetapi peja dah tak segan untuk letak atas meja depan rumah..lepas mandikan jemur depan rumah..memang tak terjun dari meja sebab dilatih dari kecil..tapi kalau nak bawak bertanding peja kena bedah sikit la..tapi kalau untuk tatapan mata peja baik gini je la..teknik kebas selam gegar memang terbaik walau pasangan ibu bapanya tiada langsung ciri ini,.

maknanya hipotesis peja telah dapat dibuktikan berhasil..penantian selama setahun berbaloi la..

Monday, December 16, 2013

Genetik lama keluar juga...Ecer Pama

salam semua..
8 tahun dulu ada seorang otai yang baru kehilangan anak tersayang..sebagai anak angkat yang prihatin...peja g la melawat beliau..memang time tu drama la..maklumlahh..anak dia yang meninggal tu merupakan harapan beliau..tapi peja kira anak angkat jer..

beliau pun memberi seekor ibu pama benih kelabu dengan 5 ekor anak yang berusia 2 minggu..

peja pun bawa balik la ayam2 tu kat umah..tetapi yang dapat hidup sampai besar hanya sepasang..yang betina masih hidup sampai sekarang tapi yang jantan tak sempat besar..time tu rasenya pama tak famous lagi laa..yang jantan romer macam ecer ni la..yang betina warna coklat gelap..

ibu kepada anak ayam nie mati akibat berlaga dengan geng ganu kat umah peja..tengok dah mati walau ayam pama tahan dari segi kaki..maybe kena buah patah ibu ganu kot..

jadi anak betina yang coklat gelap nie la peja buat ibu kandang plak..sebab umur makin meningkat jadi anaknya makin top la...setiap tahun peja cross bapak yang berlainan jenis..

tapi kali ni baru la keluar balik setelah ibu coklat ini 7 tahun menjadi induk barulah keluar balik pattern 8 tahun dulu..

peja tengok juga sekali sekala anak ecer ni bergurau dengan anak muda yang lain..tak lari dengan benih asal pama pakoi dulu..

tapi tulang pama nya memang tak lari laa...halusssss

Saturday, December 14, 2013

ekor Beruk lagi..

salam semua..
pattern bongkok sabut ayam ganu..ayam tebal ekor congkek..
jenis tebal depan..
tapi benih nie tidak besar sangat sebab nak bagi nafas tahan..maklumlahh..
banyak lagi darah pama..
tapi pama ketip dah peja ambil..
walau bapaknya balung sikat..tapi anak sumer ecer macam ultraman..jenis ecer 3 line..

Seri RamA di dalam keperitan hidup..

salam semua..
hahaha..kalao org lain buat reban memang cun melecun laa..
dengan batu bata, konkrit dan dihiasi dengan ukiran yang berkerawang cantik..
reban peja pun nak runtuh dah..
kiranya asal siap je laa..
tetapi ayam peja berusaha keras dalam kesusahan untuk menghasilkan anak yang berkualiti dan bergaya..
tak caya tengok laa..
walau reban buruk tapi bergaya macam tinggal di rumah org kaya..
walhal kalao tengok bapak dan induk si ara nie memang dah macam nak kena sepak jer..
tetapi berkat kasih sayang mereka nampak gayanya dah beruntung peja..

Tuesday, December 3, 2013

SiFat Ayam Benih GAnu aSal..hatinya memang tahan

salam semua..
sifat fanatik kepada ayam luar berbanding ayam negeri sendiri akhirnya merugikan diri sendiri..biasala..pemain import sure lebih mahal dari pemain tempatan kan..dari segi kemahiran, kepantasan, dan fizikal..
tetapi bila peja membuat sedikit soal selidik dengan otai mahupun pemain di peringkat arena besar, akhirnya mereka terpaksa mengakui bahawa benih ayam ganu asal..tak kira cross dengan yang import atau yang tempatan..
hal ini berkecuali sama ada ayam itu pecil, kacuk dengan ayam jawi, ayam sakit atau memang baka yang kalah..
memang betul jika menggunakan pelbagai racun, ubat mahupun helah di arena..jika ayam itu tidak mati..kebiasaannya ayam benih ganu asal tidak lari dengan mudah..
ayam ganu asal biasanya mempunyai kemahiran yang terhad dan tidak pelbagai seperti ayam luar..
tetapi anda akan merasa bangga kerana membela ayam benig ganu asal jika ayam anda bermain sehingga  6 air..
memang betul ramai yang berbangga dengan ayam pama, pakoi, thai yang boleh mencipta kemenangan dalam beberapa minit sahaja..
tapi belum tentu untuk menghalau ayam tempatan jika ianya dari benih yang elok juga..itu tak masuh penangan buah patah dan kaki bisa ayam benih ganu lagi..
peja hanya berkongsi cerita sahaja..dan kebetulan yang berlaku merupakan rezeki..
kalau suka follow..tak suka unfollow..

Monday, December 2, 2013

induk ekor kembang..ramuan untuk produk ekor kipas..

salam semua..
saja je nak tunjuk..induk ekor kipas yang ada kat reban peja ..
ada 3 jenis ekor ayam serama yang biasa peja dapat lihat dan menjadi pilihan penternak ayam comel ini..
pertama ekor udang, ekor serai dan ekor kipas..
ekor kipas merupakan ekor yang paling cantik dilihat..
tetapi peja tak hairan dengan ekor..
yang penting ayam anda sihat dan pandai bergaya.

Sunday, December 1, 2013

tip elakkan ayam serama bergaya awal..

salam semua..
keghairahan melihat ayam serama yang galak terlalu awal menyebabkan ramai penternak mengurung ayam mereka secara berasingan..
tanpa disedari ayam ini terdedah kepada risiko lari chasis, ekor bengkok dan kaki kendur..
maka, bagi mengelakkan hal ini dari terus merugikan anda untuk membuat pembedahan kepada ayam anda..
peja membuat satu kaedah iaitu mengurung anak ayam anda secara berkumpulan..
dengan cara ini, ayam akan lambat galak dan lambat untuk bergaya..setelah ayam telah matang barulah diasingkan mengikut jantina..