WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Tuesday, July 27, 2010

Sunday, July 25, 2010

lambat report..

salam ukhuwah..topik nie peja terfikir beberapa hari ini..peja takder la reti nak bagi tips tentang bagaimana untuk menjaga atau untuk menghasilkan ayam kelas A yang diimpikan oleh seorang penternak..kadang2 kita tahu teori tetapi kita takder lagi ramuan yang diperlukan untuk merealisasikan teori itu..
mungkin anda boleh refer kepada web lain untuk melihat pelbagai teori sama ada dari pembiakan atau pelbagai petua untuk menjaga ayam kesayangan untuk kekal hebat. jangan takut untuk mencuba kerana kalau kita tak cuba tak tahu..memang banyak kajian tetapi bukan setiap dapatan kajian adalah tidak boleh kita ambil sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah ternakan kita..macam buat kuih laa..resepi mungkin sama tapi sukatan berbeza mengikut apa yang kita ada la kan..
memang lama dah nak tunjuk sedikit bingkisan yang peja dpat semasa pertandingan ayam serama yang dianjurkan di kawasan rumah peja tu..pertandingan berjalan lancar dan peja takleh nak sepenuhnya terlibat sebab nak siapkan kajian..tapi ok la..layan..
nak cerita sikit pasal ayam laga..buat masa sekarang..ada hanya anak2 yang baru kenal betina jantan yang menanti tuan baru..ada jugak yang menghantar perisik untuk mengorek rahsia..hahaha..saya takder rahsia bang..lagi best kalau ada yang cerita saya ada pos ayam..saya ada mintak nombor telefon orang yang buat citer nie..bukan apa..senang nak tanyer..
breeding ayam serama?????
 ramai peminat dan peserta yang datang..

banyak juga yang telefon cari induk..induk ayam peja tak cantik pon..takperla..ada rezeki ada la tu..hhuuh..doakan peja cepat siapkan kajian yaa..

ayam yang peja minat..ayam lawan meja..nie kategori tanpa lawi..
sebenarnya ritual melipat dalam pertandingan nie dah jadi cam trend dah..so, tak tahu la maner lagi alternatif lain..jangan sampai serama nie berkubur cam dulu..

Monday, July 19, 2010

Jangan CakAp saja..

tidak semua yang kita nak kita akan dapat..
kita target ayam kiter akan bawak balik hadiah first..tup2 ayam masuk bon tak lawan meja plak..masalah lawan angin la..ayam panas la..kita lipat banyak kali la..
sumer tu akan menjadi punca untuk kita bagi alasan..pastu..beli ayam yang dah siap..bawak g bertanding..dan jual anak2 ayam lain dengan harga yang kononnya anak ayam tu anak kepada ayam yang dah g bertanding tu..walhal ayam tu bukan setakat tak pernah naik ibu..bahkan nak letak sebelah ibu pon takleh..fikirkan..

Friday, July 16, 2010

sembelih atau bela...???

kita sering berkira-kira untuk masih lagi memelihara ayam yang kurang sihat atau cacat dengan harapan biler ayam tu besar nanti boleh lah disembelih atau dijual murah2..
tak kiralah ayam serama atau ayam laga..walaupun kita dah dapat tengok ayam tu tak berapa elok..tapi biler orang nak nati bolehlah dijual dengan harga yang murah sedikit..padahal kita sanggup untuk menanggung kos pembesaran ayam itu untuk jangka masa yang lebih lama sebenarnya..
bagi peja...setelah kita melihat ayam tu terkena sakit yang teruk atau tidak menepati ciri yang dikehendaki, proses culling akan terus diadakan..bukan apa..ayam berpenyakit walau kita dah asingkan dari yang sihat..penularan virus tetap berlaku melalui angin..ingat tu..tapi ni hanya pandangan individu..
takder pengesahan secara saintifik..sebab peja bela ayam makanan kena beli..
sebab tu kalau ada ayam 5 ekor..sekor cacat..sekor lagi bantut..terus disembelih..walau kita katalah..takpe..bukan banyak manapun ayam sakit dan bantut ni makan..mana lagi baik kalau makanan untuk mereka nie diberi kepada ayam yang memang konform sihat tu..???mana yang betul ambil..sebab peja ada menerima beberapa panggilan telefon tanya nak cari anak ayam laga yang benih leh menang..saya kata la..ayam nie takder sapa leh gerenti boleh menang kalau kita ambil dari anak..budak yang mak bapak die genius pon tak konform jadi orang berjaya kalau dididik oleh bapak mafia.. ada jugak mengadu beli ayam pakai pos tapi tengok dalam gambar cantik..biler sampai ayam tu kecik la, selsema la..
peja hanya mampu ketawa saja la..bukan tujuan nak mengejek tapi pelik dengan sikap orang kita..tu yang peja cakap balik..saya takkan pos ayam kat encik bukan sebab saya sombong or jenis nak menyusahkan orang lain tapi saya tak  nak nanti berlaku perkara yang sendiri mau faham kan..tidak timbul beli mahal or murah or shipping awak bagi lebih or siap duit kopi lagi..katanya percaya tapi biler tak puas hati terus bising..so, takpelah..kalau kebetulan datang,,kalau rase jauh tak berbaloi..beli yang dekat dengan tempat anda saja..kalau rase mahal, hold dulu cari yang raser mampu milik..semuanya terpulang pada diri sendiri..da..

Monday, July 12, 2010

si meraH..

dah kaku tangan nie menaip tesis yang perlu disiapkan..
projek di sekolah memang perlu perhatian khusus..sori kengkawan kalau ada yang sampai kol berkali2 tapi tak sempat nak angkat..peja ada masa sejam jer sehari untuk anak2 kat umah nie..huhu..dah balik pon kul 5..campur semayang asar lagi..nie malam kene taip tesis lagi..ayam2 kat umah latih malam jer..boleh la..kepada kengkawan yang tertunggu telur dan gambar ayam peja diminta bersabar kerana peja memang tak sempat..
anak2 ayam menetas bertubi2..rezeki peja la tu..induk dah bawak turun anak 2 hari ada lagi yang baru tetas..magrib tadi baru perasan,..terus sumbat bawah ibu ngeram..buat masa sekarang peja stok dulu penjualan serama untuk bertanding..kerana ayam tengah test,...kalau tak lawan bon kerat jer..simpan buat apa,..ni tengah latih salah sekor anak yang tengah galak..

Saturday, July 3, 2010

sok start kerja baru..

selamat malam..lama tak jenguk blog..kebelakangan nie sibuk layan orang yang dtang rumah cari ayam untuk buat main..peja dah katakan awal2 yang kalau nak ayam yang dah siap memang takder..kiter ni breeder je bukan broker..setakat nak beli pastu nak kene bela dulu tu ada la..sori sesangat..tu yang kadang2 biler ada orang kol peja akan tanyer nak yang jenis camner..burung pon ramai jugak orang risik..masalahnya nak pos..peja memang malas bab pos mengepos nie..tak nak timbul masalah di kemudian hari nanti..
bulan nie peja kena selesaikan:
 - intership..nak buat 3 projek dan sekali ngan laporan..
 - nak buat ujian sekali ngan laporan kajian tindakan..
 - mqa lagi ada yang tak stel..
- experiment baka baru..

buat pengetahuan semua..induk ayam laga yang muda2 sumer dah sold out..alhamdullilah lega..tinggal yang kecik2 jer..maknanya masa posting nanti takder la risau sangat..kena lepaskan walau tidak rela..

Thursday, July 1, 2010

daNG SeTanggi....

sori..dah nak dekat seminggu peja tak update blog..bizi sikit sebab kuliah dah stat..kerja berlambak..huhu..
minggu depan nie peja dah stat intership..
so, nie jer yang sempat disnap seketika..bagi jer nama koman,...kawan2 jangan tak datang pulak yer..
10 jUlai nie. ada pertandingan kat kg air tawar..penyertaan rm 40..jangan tak datang yaa..