salam semua..setelah seminggu berkursus..peja kembali menjalankan tugas biasa..peja juga agak ketinggalan untuk mengupdate my lovely blog with the hot topic..huhuh..peja melihat banyak blog yang memaparkan kehebatan ayam masing2 dan jika dilihat dan diperhati..ada blog yang meletakkan gambar dari blog org lain tanpa keizinan dan ini salah satu pembohongan..its ok kalau nak copy dari laman web sebab ianya mungkin bersifat general..sebab kita pon kengkadang tak tahu siapa author yang sebenar tetapi jika dari dalam blog..kita akan mudah untuk melihat siapa authornya..so, sebaiknya..mintak la kebenarannya sebagai tuan punyer blog..
anda pernah tak mengalami sindrom giler mengeram..??bagi yang bela ayam memang tak terlepas laa..lainlah kalau bela kambing..huhu..
sindrom giler ngeram nie kalau dibiarkan bukan shaja dapt mengurangkan produktiviti tetapi jika berpanjangan akan membawa maut kepada ibu ayam anda..kebiasaan nya ayam yang mengalami sindrom ini akan mengeram di dalam sarang walaupun sudah tiada telur..ayam tetap mengeram walau anak2 sudah banyak yang tetas, atau anak ayam yang mati di dalam sarang dan ibu masih duduk di dalam sarang..
ini 2 ekor induk ayam yang peja yang masih dalam proses giler mengeram tetapi telah pulih dan telah bertelur kembali..sebenarnya ayam ni berkongsi tempat mengeram..jadi hanya ibu yang dominan sahaja yang boleh mengeram di dalam sarang manakala ibu yang kalah akan hanya duduk di tepi sarang utama..
bagi penternak yang tidak tahu mereka akan membiarkan ayam2 ini mengeram di tempat yang sama kerana mahukan kadar penetasan yang lebih tinggi..sebenarnya tidak sama sekali malah risiko untuk tembelang akan lebih tinggi..
so, peja akan mengurung ibu yang duduk di luar sarang di dalam reban berlantai tinggi..jangan lapik di bawah nya..sebabnya..nanti kene tanya peja sendiri..huhu..
then..anda mandikan ibu ayam anda dengan air perigi sampai lencun dan biarkan ia kering sendiri..lagi baik air bunga atau air dettol..
bagi makan dedak dicampur yang dicampur dengan penambah hormon..
dan jangan lepas dengan ayam lain..kalau tak ayam anda lambat pulih..biler ayam itu dah balik kepada keadaan biasa barulah boleh dilepaskan..
ok..selamat mencuba..