salam semua...
selamat malam...pada entri ini peja ingin memberi pencerahan bagi membetulkan salah anggap di kalangan sesetengah orang yang masih tidak faham dengan istilah tetapi inginkan result yang gempak..
pertama sekali, anda perlu memahami istilah ayam sabung, ayam siam , ayam kacuk atau ayam kampung..jangan main tembak je sama..
ayam sabung : ayam yang dibiakkan dengan ibu dan bapa yang terjaga line nya tak kira baka apa pun..siam,pama, ganoi, saigon dsb..
ayam siam : ayam yang berasal dari siam tetapi belum tentu ayam sabung kerana kalau dah pecil ayam tak elok dibawa bersukan..
ayam kacuk : ayam kacukan antara ibu ayam kampung dengan bapak ayam sabung..anak memang nampak macam ayam laga tetapi hati tiada..
ayam kampung : generasi ayam kacuk atau ayam hutan..
kesimpulannya, perbezaan harga memang berlaku kerana perbezaan produk itu dihasilkan..
daa.