Wednesday, November 20, 2013

BeRAhi si SeraMa..bagaImana mengawalnya..

salam semua..
mengikut pemerhatian peja...bukan catatan yer..ayam serama mula menunjukkan sifat kematangan dari segi jantina seawal umur 4 bulan tapi kita boleh melanjutkan tempoh ini kepada 6 hingga 7 bulan sebelum dikahwinkan..

hal ini kerana ayam serama yang dipesumkan terlalu awal boleh menyebabkan banyak komplikasi yang berlaku terutama telur lembik bagi betina dan malas untuk bergaya bagi jantan..

bagi ayam yang sedang dilatih untuk bertanding..tak perlu dikurung sekali dengan induk..
anda boleh gunakan sistem tenggek..

cara lain untuk meningkatkan kesuburan telur adalah dengan mengahwinkan seekor induk dengan beberapa ekor pejantan..janji pejantan serama la..jangan guna bapak ayam jawi pulak...

cuma peja nak pesan..kalau untuk menjaga keaslian benih..hanya gunakan seekor bapak untuk seekor induk..senang nak tanda anak..

walaupun kecil..nafsu ayam serama lebih tinggi daripada ayam lain..
ayam serama boleh mengawan sehingga 6 hingga 8 kali dalam sehari terutama pada awal pagi dan senja..

tak percaya tengok la..

walaupun begitu, anda perlu memberi vitamin tambahan untuk ayam yang dibiakkan untuk memastikan anak yang terhasil tahan penyakit dan boleh besar dengan sihat..takda la semua jadi bantut..