WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Saturday, May 11, 2019

REZEKI TAHUN 2019...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..orang kata
kalau m3mang dah tertulis rezeki kita memang tak ke mana..
   Kini peja dah mengorak selangkah lagi ke hadapan seiring dengan berlalunya masa..dengan hobi yang sudah bertaut kembali kini peja mula menyambung kembali warisan ayam sabung bersama ayam serama dan diharapkan hobi ini dapat berterusan hendaknya..

Sunday, April 22, 2018

Alhamdulillah berkat RahmatNya...

assalamualaikum dan salam sejahtera..semoga kawan2 yang masih sudi membaca coretan peja berada dalam rahmatNya..

sebenarnya bukan tidak mahu menulis dalam blog tapi tak pandai nak godek2 untuk tulis terus dari hp..maklumler..buta it katanya..

ni baru ler berjaya setelah kali ke berapa..huhu..tapi peja tetap update dalam page peja di fb..

nanti kawan2 yang mahu cuci mata boleh terus ke page tu ekk..

cuma taip cikgu peja ladang..dalam tu peja dah updat3 ikut kategori yang kawan2 nak..

sekarang telah masuk 5 tahun peja berkecimpung dalam bidang nusery..bukan besar-besaran pun..cuma untk memenuhi masa lapang dan memenuhkan laman belakang rumah..

ayam laga akan dibela semula setelah ada rumah sendiri ekk..kiki..sekarang hanya ayam serama dan ikan gapi je yang ade dalam perhatian..

ok dah..nak masuk kelas dulu..bebudak dah manggil tuu..

Saturday, May 7, 2016

SAya Telah Cuci Tangan

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
pelbagai rintangan dan kenangan telah peja alami..dan dalam masa ini saya telah mengambil beberapa keputusan yang menyeronokkan sesetengah pihak dan menyedihkan beberapa pihak.
Namun begitu, ini merupakan jalan terbaik yang telah saya pilih supaya saya akan terus bertahan dan mungkin setakat ini sahaja rezeki yang saya ada..
Kita tidak tahu kan..
 saya telah meninggalkan terus hobi memelihara ayam laga aka ayam sabung di kala ayam2 saya mendapat permintaan yang sangat tinggi..

walaupun demikian, saya telah bergiat aktif dalam membiakkan ayam serama, ikan laga dan gapi, tumbuhan hiasan serta projek aiskrim viral..

perjalanan kerjaya yang perlukan pengorbanan membuatkan saya mengambil keputusan nekad ini..mungkin jika ada masa dan ruang saya akan membela semula ayam sabung kerana ayam ini merupakan sumber inspirasi saya untuk terus berusaha gigih..sekian.,.nantikan comeback dari peja ladang,,,

Friday, September 19, 2014

SI kaCAK mENDAPAT paNGkaT..


salam semua..
telah lama peja tidak menulis kerana sibuk menguruskan perniagaan yang sedang berkembang..
walaupun begitu, hobi terhadap ayam tidak pernah dilupakan..
setiap bulan produk yang pelik telah berjaya dihasilkan walaupun ayam peja berada dalam reban yang sempit..

oleh sebab si pembaka tua telah mati dibaham musang, maka tugas meneruskan kesinambungan telah disambung oleh si ara ini..
anak2 nya bakal mengancam sebentar sahaja lagi..

Saturday, August 23, 2014

JERIH PERIH YANG BERHASIL..

Assalam..lamanya tak update blog yang disayang ini...

bukan apa..sibuk menolong kawan -kawan seperjuangan yang mengalami masalah hutang keliling pinggang dan komitmen pinjaman yang tinggi..

tapi malam tadi ada kesempatan sedikit untuk membelek album lama, rupanya terlihat kembali barang pusaka yang telah lama dicari..

huhu.. so, terus la upload..video ini telah membuktikan bahawa hobi peja selama ini yang dipandang serong oleh keluarga rupanya bermanfaat bagi manusia sejagat..

so, mana2 baka yang masih ada terus peja simpan untuk dimuat naik pada hujung tahun ini,..

 http://www.youtube.com/watch?v=G3u5CJfRIWY&feature=youtu.be

bela ayam pun boleh masuk tv ape...