WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Saturday, May 7, 2016

SAya Telah Cuci Tangan

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
pelbagai rintangan dan kenangan telah peja alami..dan dalam masa ini saya telah mengambil beberapa keputusan yang menyeronokkan sesetengah pihak dan menyedihkan beberapa pihak.
Namun begitu, ini merupakan jalan terbaik yang telah saya pilih supaya saya akan terus bertahan dan mungkin setakat ini sahaja rezeki yang saya ada..
Kita tidak tahu kan..
 saya telah meninggalkan terus hobi memelihara ayam laga aka ayam sabung di kala ayam2 saya mendapat permintaan yang sangat tinggi..

walaupun demikian, saya telah bergiat aktif dalam membiakkan ayam serama, ikan laga dan gapi, tumbuhan hiasan serta projek aiskrim viral..

perjalanan kerjaya yang perlukan pengorbanan membuatkan saya mengambil keputusan nekad ini..mungkin jika ada masa dan ruang saya akan membela semula ayam sabung kerana ayam ini merupakan sumber inspirasi saya untuk terus berusaha gigih..sekian.,.nantikan comeback dari peja ladang,,,

Friday, September 19, 2014

SI kaCAK mENDAPAT paNGkaT..


salam semua..
telah lama peja tidak menulis kerana sibuk menguruskan perniagaan yang sedang berkembang..
walaupun begitu, hobi terhadap ayam tidak pernah dilupakan..
setiap bulan produk yang pelik telah berjaya dihasilkan walaupun ayam peja berada dalam reban yang sempit..

oleh sebab si pembaka tua telah mati dibaham musang, maka tugas meneruskan kesinambungan telah disambung oleh si ara ini..
anak2 nya bakal mengancam sebentar sahaja lagi..

Saturday, August 23, 2014

JERIH PERIH YANG BERHASIL..

Assalam..lamanya tak update blog yang disayang ini...

bukan apa..sibuk menolong kawan -kawan seperjuangan yang mengalami masalah hutang keliling pinggang dan komitmen pinjaman yang tinggi..

tapi malam tadi ada kesempatan sedikit untuk membelek album lama, rupanya terlihat kembali barang pusaka yang telah lama dicari..

huhu.. so, terus la upload..video ini telah membuktikan bahawa hobi peja selama ini yang dipandang serong oleh keluarga rupanya bermanfaat bagi manusia sejagat..

so, mana2 baka yang masih ada terus peja simpan untuk dimuat naik pada hujung tahun ini,..

 http://www.youtube.com/watch?v=G3u5CJfRIWY&feature=youtu.be

bela ayam pun boleh masuk tv ape...

Monday, May 26, 2014

CUTI SEKolAH DAh TiBA !!!

 assalamualaikum..

cuti sekolah telah tiba..

ini merupakan waktu yang ditunggu2 untuk membuat penyelenggaraan dan pembiakan terancang bagi penghasilan produk baru untuk penggal kedua..

untuk pengetahuan semua..

sesi khidmat nasihat dan grooming percuma hanya akan dilakukan setelah adanya temujanji yang dibuat awal sehari..

sebab kalau malam peja nak kena jaga projek di sekitar kelantan dan terengganu..



Thursday, May 8, 2014

KAMPUNG BUKAN SEBARANG KAMPUNG.INI PAMA STYLE..

 SALAM SEMUA..
setelah 8 tahun peja menunggu saat ini akhirnya ada juga yang keluar semula macam 8 tahun lepas..
pama ecer..
mainan peja takleh agak tapi batang kaki memang rotan..
ini gambar selepas mandi..balung besar tu mudah gu nak pegang.. kesian la die nanti..