WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Thursday, December 20, 2012

Ara LocK

erghh..ngantuknya..
ujan plak lebat betol..
huhu..
peja nak upload video tapi tenet slow bangat ujan2 nie..jadi pics je la yang cepat sikit..
okey..
huhu..
ini anak ara jenjang..anak muda nie merupakan produk dari 5 darah dah..maksudnya dah 5 tapisan..tengok juga mainannya masa sebelum peja kurung..anak muda kat rumah peja bila dah start berlaga baru peja kurung..kalau sebelum tu peja lepas je..
bukan apa..untuk ketahanan mental dan fizikal..

ini sisik depan kaki dia..biasa jer.

 ini pose sisi..
 pose depan selepas lunch..
 pose belakang..jadi belakang sabut..
 macam tak stabil jer..badan besar kaki haluissss..
muka suci dari keganasan..

Dua Sejoli..Anak LEmbu Saya

salam penternakan..
sebelum tidur..
peja nak share tentang 2 ekor anak lembu peja nie..
yang betina baka brahman dan yang jantan kedah kelantan
time nie masa mereka kecil lagi..
kesian..
ibu mereka nie kene sembelih..

 jadi peja bela lah..
sekarang nie dh start masuk isi dah.. yang jantan peja lepas tapi yang betina nie peja tambat..
supaya si jantan tak merayau tanpa arah tuju..hahaha


 memang nampak laa ciri baka brahman..macam jantan..
kalau takda aral setahun lebih lagi jadi induk laa..

Wednesday, December 19, 2012

ALL BLACk..MY AnguS CaLf..

 salam penternakan..
peja baru ada  masa untuk update keluaran terbaru dari koleksi peja..
yang ini bukan dari reban tapi dari kandang..
ibu charolais peja yang putih melepak telah melahirkan si debab nie..
2 jam jugak masa yang kritikal sebelum si itam ni dapat menyusu..
anak angus ini tak dapat keluar dengan sempurna dari rahim ibunya sehingga terpaksa ditarik oleh pak cik peja..
salah buat boleh lemas tu..
ini anak kedua yang peja dapat..
sebelum nie keluar anak charolais..
ini dapat pulak angus..
memang angus betul laa..
 anak lembu nie tak dapat berdiri bawah perut ibunya..si betty..walhal betty tu dah tinggi..
masa nie baru 5 hari kelahirannya..memang stok dayang senandung laa..
dah ada yang menawar sekali dengan ibunya tapi biarlah dulu..
sebab tak senang peja nak dapat si betty tuu..time tengah tunggu gaji first tuu ..
tu yang sayang tuu..
ingat si Black nie nak buat la pembaka baru sebab dah ada 4 ekor induk yang tengah tunggu turn..
tapi 2 tahun lagi laa...
ni plak tengah cium2 rumput..memang bergantung sepenuhnya dengan susu ibunya laa..
2 kali sehari peja bagi dedak..
tengah hari bagi la rumput sikit..supaya susunya tidak kering..
memang melegam habis la..tak sabar nak amik pic setahun akan datang..huhuhu

Tuesday, December 18, 2012

tuAn SibUk ? Ayam MEmbiAk..

salam ukhuwah kepada semua yang meluangkan masa untuk menjengah blog peja hari ini..

kali ini peja nak share sikit pasal cara untuk membiakkan ayam serama anda walaupun sesibuk mana pun anda..

memang tak dinafikan la..kita memang suka sangat nak membela..kalau boleh sampai pintu pagar rumah jer berebut ayam itik kerbau lembu datang dan menyambut kepulangan kita kan.

hahaha..

namun begitu, kesibukan dek tugas yang tak menentu, outstation sana sini..mesyuarat tettiba jer..biler balik pulak letih,, tertidur, anak sakit, ermm..

tup2..ayam pun tinggal tengkorak jer..

kalau peja duk kat kampung memang malam pun turun lagi kat reban..tengok yang mane bergeruh, ambil suap madu..yang mana kuat sangat sparing..ambik demah dan sapu ubat luka..sedar2 dah tengah malam..huhu

kalau member datang pula bersembang, sambil gosok2 ayam..berembun pun takpe..

tapi time kerja, memang tak boleh nak buat laa..sanggup jer balik 2 minggu sekali semata2 nak tengok ternakan sihat ke tak..

walhal ayam stok umpan buaya jer..

jadi, peja tak hairan la kalau ada yang lagi sibuk sampai tak sempat nak bagi ayam makan hari-hari..lagi-lagi kalau ayam dah start seratus ekor ke atas..ayam peja baru 80 ekor..campur burung merpati ada la dalam seratus sepuluh ekor..

kalau ikut masa bagi makan jejak sejam juga la..

jadi, peja cadangkan kalau anda jenis kerja pergi pagi balik malam kekadang tak balik pun..

macam nie:

1) Buat reban atas tanah, kalao ayam serama peja buat bawah rumah jer..
2 ) Reban biar simple tapi kukuh..kukuh dari pemangsa..better letak pukat sebab murah dan praktikal..selepas letak jaring besi..
3 ) Bina sedikit teduhan untuk ayam bertelur dan makan..
4 ) Isi makanan kering dalam bekas yang kering dan lapik supaya kalau tumpah pun ayam boleh makan..
5 ) Isi air dalam bekas besar..
6 ) Hanya pantau sekali sekala jer dan isi makanan jika habis..suruh anak-anak pun takper..bukan bela harimau pon kan nak kena safety bagai
7) Bila dah dengar bunyi anak2 baru menetas, baru tangkap dan pindahkan ke tempat yang lebih selesa..
8) Bila hujung minggu yang tak sibuk, mandikanlah ayam anda untuk kesegaran,..kalau rajin lagi..tambah pasir pantai atau sungai..

erghh..penat menulis..



Sunday, December 16, 2012

Macam- maCAm KereNAh..Ayam PunyA PAsal..

arghhhh ngantuknya..

sebelum nak tidur nie,..saja nak mengingatkan...

walau sehebat mana pun kempen ayam tu.. ingat lahh..

jangan kempen indah khabar dari rupa..

sampai anak 3 bulan pun kempen macam dah boleh berlaga menang dalam ring..

kekadang nampak sangat tipunya..

takpelah..

yang selamat teruskanlah..

yang terkena cukuplah sekali..

huhuhu..

nak gelak pun ada tapi tengok barang jugak lahh..

pesanan..

bawaklah otai yang betul-betul otai jika anda ingin beli ayam or ternakan kerana kalau sekali kena tipu itu biasa tapi kalau masuk 2 3 kali kena tipu lagi maknanya awak sendiri tak belajar..

k nitez..

merPati mooKee.

salam semua..

sori bangat sebab lame dah peja tak update..

bizi sikit dengan penyelenggaraan dan tetamu yang silih berganti..

biasa laa..kalau tak cuti panjang peja tak menyempat duk rumah..

sekarang  nie pula musim hujan..

jadi hanya menguruskan reban dan proses pembiakbakaan laa.

yela..masa peja ada jer ternakan boleh dibiakkan dengan sempurna sikit..maknanya..

biler start tahun 2013 nanti, ada la bakal-bakal pengganti bloodline untuk akhir tahun pula..

begitulah hobi seorang penternak nie..

.

video ini merupakan salah satu breed merpati yang ada kat rumah peja..sekarang nie dah ada 16 jenis merpati baka import dari rumah peja..

sedikit sebanyak yang peja tahu mengenai merpati mookee ini ialah kepalanya 24 jam akan bergetar..
dan antara breed yang paling mudah membiak..