WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Tuesday, July 21, 2009

<: cERITA aYAM sABUNG

ramai di anatar kita yang tidak tahu tentang

cerita di sebalik ayam sabung..oleh yang demikian, saya telah mengambil satu artikel tentang kepopul;aran sabung ayam ini..namun begitu, setiap orang mempunyai alasan yang tersendiri dan sama2 kite renungkannya..

SABUNG ayam mungkin ditentang oleh pencinta-pencinta haiwan dan juga para penggubal undang-undang moden tetapi ia telah popular sejak sekian lama. Sabung ayam dikatakan mula `muncul' di India dan Asia Kecil kira-kira 1,400 tahun Sebelum Masehi.

Catatan sejarah menunjukkan ayam sabung digambarkan sebagai sejenis burung yang digunakan untuk mencegah pandangan iblis ke sesuatu kawasan. Fahaman itu sangat meluas di negara-negara seperti Iran dan India. Ayam sabung juga dianggap suci bagi agama Mamu di India.

Di negara-negara lain, ayam sabung menjadi aspirasi seni manakala di Greece, binatang itu menghiasi lambang agama dan juga mata wang serta perisai semasa zaman purba.

Beberapa orang Presiden Amerika Syarikat (AS) turut memelihara ayam sabung dan sebelum mata wang Dolar diperkenalkan, para penggubal dasar AS dipanggil untuk memilih antara gambar ayam jantan atau helang untuk menghiasi mata wang itu.

Keputusannya, helang menjadi pilihan dengan kelebihan dua undi sahaja.

Selepas menyaksikan perlawanan ayam sabung di Athens, seorang Jeneral Greece, Tamistocles menggesa para pahlawan supaya mencontohi keberanian ayam sabung sebelum menuju ke medan perang Salamina. Beliau juga menyarankan agar semua askar menunjukkan semangat yang sama dalam mempertahankan kebebasan negara.

Laga ayam sangat popular di Greece sehingga pemimpin-pemimpin ketika itu memaksa para belia untuk melibatkan diri dalam `sukan' sabung ayam sekurang-kurangnya setahun sekali. Semuanya adalah untuk menghayati semangat juang yang ada pada ayam-ayam itu.

Sabung ayam mula dipraktikkan oleh dua kaum, Bankiva dan Sonerati (kini dikenali sebagai Katukoli di India).

Ayam sabung yang disebut `asil atau aseel' dipandang tinggi kerana keberanian dan stamina yang ada padanya.

Sejak berabad-abad lalu, sabung ayam diperkenalkan ke Perancis iaitu negara yang menjadikan ayam jantan sebagai lambang kebangsaannya. Acara sabung ayam itu turut dibawa ke Rom, England dan Sepanyol.

Golongan penakluk Sepanyol memperkenalkan perlawanan sabung ayam ke Amerika Latin dan di sana, acara itu bukan sahaja popular tetapi amat menguntungkan.

Menurut legenda, Hernan Cortes, yang mengetuai penaklukan Mexico, telah membina reban untuk memelihara ayam sabung tidak lama selepas mendarat di negara itu.

Memelihara

Salah seorang daripada penakluk itu, Dona Ines de Suarez, yang berkahwin dengan Pedro de Valdinia, juga memelihara ayam sabung. Amalan itu kemudiannya berkembang ke Chile dan Argentina. Perlawanan sabung ayam mula direkodkan pada tahun 1783 di kedua-dua negara itu.

Nicaragua dan Republik Dominica turut memperlihatkan peningkatan dalam minat rakyat terhadap amalan memelihara dan mengadakan perlawanan sabung ayam hingga ke hari ini.

Ayam-ayam sabung yang sampai ke Amerika Latin berasal dari Sepanyol iaitu daripada spesies Bankiva manakala ayam-ayam sabung yang dibawa ke Amerika Utara pula berasal dari Britain atau Ireland.

Sementara itu, di Republik Dominican, lebih 3,000 penternak ayam sabung menjalankan `perniagaan' di negara itu dan sektor itu menyediakan sekitar 120,000 peluang pekerjaan. Jumlah itu tidak termasuk mereka yang menyertainya apabila tiba musim perlawanan sahaja.

Pengerusi Suruhanjaya Pemilik Ayam Sabung di republik itu, Rafael Navarro berkata, industri itu menyumbang kira-kira 250 juta peso (RM3.8 juta) pada setiap musim perlawanan.

Katanya, ayam sabung yang handal boleh dijual sehingga AS$100,000 (RM380,000), seperti yang dibeli oleh seorang ahli Lembaga Pengarah Kelab Sabung Ayam Santiago, baru-baru ini.

Walaupun perlawanan sabung ayam sangat popular namun pihak berkuasa Sepanyol, iaitu negara yang `memperkenalkan' acara itu, kini berusaha membanteras amalan tersebut.

Pihak berkuasa di Velez-Malaga misalnya, telah bertindak lebih tegas dengan tidak memberi permit untuk satu perlawanan sabung ayam yang mahu diadakan di bandar itu baru-baru ini.

Sementara itu, lima orang pemilik ayam sabung ditahan oleh pihak polis sewaktu mereka mengadakan satu perlawanan haram di bandar Valladolid.

``Sepanyol adalah pusat sabung ayam dunia dan perlawanan itu telah menjadi sebahagian cara hidup penduduk di sini,'' kata seorang penternak ayam sabung yang terkenal di negara itu, Ismael Almodovar. - AFP



Sumber : Utusan Malaysia, 26 Mei 2006
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Mei05%2026a.htm