makan banyak2 biar cepat gemukk..tahun depan leh korban..
ni duk dalam kandang..ujan lebat sampai banjir..yang merah tu lembu pak sedara..
ni adalah pandangan sisi..memAng kurus kering la..tapi nie masa baru wat balik..
LECTURER ekonomi aku pernah gitahu..
ni adalah pandangan sisi..memAng kurus kering la..tapi nie masa baru wat balik..
LECTURER ekonomi aku pernah gitahu..
yang mana petani yang hanya mengeluarkan produk tanpa menguruskan produk yang dihasilkan akan semakin ditindas atau dengan kata lain akan sepanjang masanya miskin..dan sebagai salah seorang petani jugak la aku ni kan..tanam pokok bunga tepi rumah..campur ngan ternak ayam sikit..
dan aku rase tak sepenuhnya kenyataan beliau tu berasas..berlambak petani versi milenium mahupun kebanyakan usaawan tani sekarang ini yang berjaya....bukan nak salahkan sesiapa tetapi bagi aku lah kan ...mentaliti seseorang itu yang akan memundurkan diri beliau..
dan walau aku ni belajar lagi..lain lah kalau nak usahakan secara full timedan rasenya aku tak akan mengusahakan ternakan ini secara full time kerana bela ayam nie hanyalah hobi keturunan yang tiada berpenghujung..adik beradik aku pon tak ada seorang pon yang suka bela ayam...sumer suka makan nasi lauk ayam jer..huhu..
sebenarnya, target aku adalah untuk menceburi ternakan ruminan kerana ianya lebih bersifat realiti.ni masing2 punyer pendapat la..macam ayam pon..ayam kampung atau ayam daging la yang sentiasa mendapat permintaan dan kalau ada yang kate tak da market la ayam kampung nie..nak bela yang kacuk atau yang ori ke yang cepat untung??sampai ke sudah la korang takleh nak stat..kalau dah tak da pasaran sangat..korang datang tolak kat bangla kawasan rumah aku nie bagi yang jual ayam kampung..bagi yang jual ayam daging..rase takda masalah jgak sebab memang setiap tahun ayam naik kan..benda yang bela ikut tempoh masa cam ayam daging, itik telur, atau ikan keli nie kiter kene pasarkan ikut tempoh mase die..baru untung..kalau tak memang rugi la plak kiter..
tak reti la nak berceloteh panjang..berbalik pada topik asal..dan hasil ayam aku dapat beli la sekor lembu baka...ni baka bRahmAn..ni memang beli yang crossbreed dari Australia..Brahman asli tanduk panjang...takut la.. tapi korang nampak kurus nie sebab memang sengaja beli yang kurus sebab natang ni dijual timbang kilo..kalo beli yang gemuk memang berat la nak membayarnya kelak..
bolehlah sebagai langkah pertama..sebenarnya aku target dah keja nanti baru nak bela sumer nie..ni pon pak sedara aku yang jagakan..die pon dah ada sekor lembu kampong..memang sebelum ni die bela untuk jual tapi kecil-kecilan saja..yelah..petani kecil..modal takde jadi kene la buat sekadar yang ada..tu je la..tapi korang jangan la kater macam2 kat lembu pertama aku nie..jenuh aku kumpul duit jual ayam untuk dapatkan lembu nie..