WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Tuesday, November 5, 2013

POla Produk CeraH..cara Menghasilkan Baka ayam berona Cerah..

salam semua..
selamat menyambut Tahun Baru Islam 1435 H...
dan juga Heppi Deepavali kepada member2 peja yang menyambutnya..
sure meriah makan maruku ekk...

memang agak lama peja menyimpan entri yang mana menjadi ramuan ke dalam penghasilan produk dari reban peja..

konon nya la...

hahahaha..kali nie peja nak share sikit mengenai cara penghasilan baka untuk penternak freshie..ataupun student2 yang baru nak bela ayam...sebab ramai juga murid sekolah yang lagi hebat dalam membiakkan baka ayam nie..

walaupun kita lagi berusia dari mereka belum tentu mereka kurang pengalaman,..keegoan kita menyebabkan kita malas untuk belajar..

baiklah.. bagi penghasilan produk ayam yang lebih cerah contohnya merah cerah..ara muda atau kuning..kita perlu melihat kepada susur galur induk dan juga pejantan yang kita nak guna..

kalau nak tengok anak ayam yang warna karah atau sitam. jangan la guna bapak bakas n ibu kuning pekat memang tak la anak banyak nak jadi sitam..kalau ibu hijau atau ara sitam barulah jadi..

tapi tu kalau kita memang hasilkan induk dari reban sendiri..tapi kalau kita baru beli...boleh tanya penternak yang bela ayam tu atau nak lagi mudah cari je ibu kuning..

pucuk pangkalnya..payah nak cari ayam yang full set cukup cirinya...sebab tu la peja jarang sembelih induk walaupun ibu ayam berlambak kat rumah sebab bila dah banyak senang nak biakkan..tangkap je yang nak..masukkan dengan pejantan..

tunggu je hasilnya..