WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Sunday, May 10, 2009

PEJANTAN SERAMA..


BAPAK MITHALI

bagi penggemar serama, pejantan @ bapak menjadi pemangkin kepada kesinambungan generasi yang akan

mewarisi kegemilangan pemiliknya di gelangggang atau tempat pertandingan. Berbeza dengan pejantan ayam sabung yang dibuat bapak ada ayam yang mempunyai rekod menewaskan lawan di bon@ gelanggang arena sabung, pejantan ayam serama bukan sahaja cantik malah gagah untuk "mengkudakan" ibu yang mana dari keturunan juara juga agar anak yang terhasil nanti tidak akan menjurus kepada sifat ayam katik mahupun kapan dan yang paling kita takuti adalah jadi ayam hutan balik..oleh itu, saya dapat mengenal pasti beberapa ciri jantan yang sesuai di jadikan pasangan kepada induk anda..

1. darah @ keturunan baik
2. tulang keras supaya mudah naik induk.
3. sihat dan aksesori cantik ( tapi kalao xder pon xper..kita boleh update dengan ciri induk )
4. semua ciri di atas adalah ciri umum tetapi sebagai pnternak anda adalah yang lebih berhak untuK menentukan pejantan yang akan menghuni reban anda..





WARNA YANG CANTIK JUGA MENJADI PILIHAN..



SUKA BERGAYA JUGA MENJADI PILIHAN.