WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Tuesday, September 13, 2011

ReProDuktiviti Ayam Serama..Tamak membawa Rebah..

selamat malam peja ucapkan kepada pembaca blog peja yang tidak seberapa ini..malam ini peja merasakan perlunya peja memberitahu kepada pembaca yang tidak tahu..ada jugak yang dah tahu tapi buat2 tak tahu..mungkin terlepas pandang dan juga keseronokan menimba hasil menyebabkan kemungkinan untuk bertahan lama tidak kesampaian..
sebenarnya ayam serama ini hanyalah unggas kecil yang memang menjadi kegilaan kepada peminat nya..masakan tidak ramai yang sanggup berhabisan sama ada untuk mendapatkan baka terkini malah pelbagai kreativiti dapat dicungkil walaupun pada mulanya ianya hanyalah untuk memastikan ayam kesayangan menjuarai pertandingan..bapak yang gagah dan sihat dari baka yang mengungguli pertandingan dipilih untuk dijadikan pembaka..

bapak tak kisah mana lah..induk yang matang atau tidak tetapi memberikan produk atau anak yang bergaya juga tidak dilupakan...mereka akan dibiakkan sekerap yang mungkin untuk memastikan pengeluaran anak tidak putus..ada juga yang hanya membiarkan induk ayam mereka especially yang terpilih untuk bertelur tetapi tidak mengeram bagi memastikan ayam tersebut akan cepat bertelur jika tidak mengeram..
malah kekejaman yang kita pandang enteng ada juga yang masih 'mempesumkan' ibu ayam yang beranak kecil semata2 untuk menggalakkan ibu ayam itu bertelur dengan cepat..
melalui pengalaman peja yang tak banyak ni..situasi ini akan menggalakkan ayam anda akan bertelur lembik seperti telur penyu atau bertelur gorek (telur cicak)..
hal ini kerana sistem pembiakan ayam ini sangat kecil ditambah pula dengan kitaran telur yang terlalu kerap menyebabkan kalsium di dalam badan induk tidak dapat dihasilkan dengan sempurna.
selain itu juga, ibu ayam juga jarang diberikan keperluan yang sepatutnya diperolehi oleh seekor ayam..walaupun ayam serama saiznya lebih kurang saiz burung puyuh atau burung merpati, tetapi ianya tetap seekor ayam yang masih memerlukan pasir untuk mandi dan juga rumput segar untuk mematuk..
bagi peja tidak guna kita memaksa ibu ayam kita untuk menetaskan sebanyak mungkin anak jika prestasi ibu ayam kita hanya bertahan seketika cuma..
begitu juga pejantan...meletakkan pejantan dengan banyak betina dalam tempoh yang berterusan juga akan membawa kepada masalah reproduksi..
mungkin anda membayangkan tidak menjadi masalah jika seekor pejantan dilepaskan dengan sepuluh ekor betina contohnya..anda akan mendapat banyak anak..sangkaan anda meleset sama sekali..malah anda akan mengalami kerugian dengan lambakan anak ayam yang tidak ikut kehendak..tak guna anak ayam ada sampai 30 ekor tetapi nak masuk kategori anak seekor pon tak lulus..dah tu biler org datang mulalah menggaru kepala nak tunjuk ini anak ibu maner..itu anak bapak maner..
sebab tu lah peja menghadkan pejantan..biarlah org kate pejantan die boleh layak disepak sahaja..sebab peja bukan nak bwak bertanding bapaknya..yang kita nak lihat adalah potensi anak2 daripada bapak tersebut..
oleh itu peja ingin memberi nasihat kepada mereka yang nak ikut saja:
- jaga keperluan ibu ayam anda..
jaga kitaran telur ayam anda
- bagi rehat yang secukupnya kepada ibu ayam anda sebelum melepaskannya kembali bersama pejantan.
-jaga keperluan si pejantan.
-jangan pesum ayam masa ayam jantan meluruh ( salin bulu)..
sekian..
ape2 hal helo je peja..yang ane peja boleh tolong peja tolong..jagalah seni warisan negara kita..