WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Thursday, October 22, 2009

vieTnAM@tHAIlAND@FILIPInE.. SIAPA pALING jaGOH???


huhu
TAK PAYAH NAK BERGADUH PASAL BREED PE YANG PALING HEBAT

tapi kita nak kene la tahu kiter nak main pattern ape..kalo nak main taji asal ker, batang kaki or ujung tanduk..

Ayam bangkok memiliki ciri fizik yang paling baik dan teknik bertanding yang baik. Ayam ini memiliki struktur tulang yang terbaik dari semua jenis ayam laga. Teknik bertanding ayam bangkok cukup beragam dan rata-rata lebih tahan dari ayam petarung jenis lain.

Ayam philipine memiliki ciri badan yang ramping dan gerakan yang cekap. Pertarungan antara ayam philipine menarik untuk dilihat kerana seringnya pertarungan di udara iaitu ketika kedua ayam melompat setengah terbang dan tikam di udara. kiranya baka ayam Texas tu ayam filipine la..kalo kat Malaysia ayam hutan la..tapi nak main batang kaki ayam tak tahan perut. Bulu ayam philipine cukup eksotik dan boleh juga dijadikan ayam hias.

Ayam vietnam dari sisi penampilan fizik mirip ayam kampung. Postur ayam vietnam tidak segagah ayam bangkok baik dari sisi struktur tulang maupun posisi berdiri. Tetapi, ayam vietnam memiliki kekuatan tersembunyi iaitu pukulan yang keras dan kemampuan menahan pukulan. Kerasnya pukulan ayam vietnam sering mengejutkan ayam bangkok.

Masing-masing ayam memiliki keistimewaan masing-masing. Banyak orang yang mencoba melakukan persilangan untuk menambahkan kelebihan, tapi ada juga orang yang lebih menyukai galur murni.