WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Monday, December 19, 2011

pemilihan induk..



assalamualaikum..
pemilihan induk bukan sekadar dari segi benih yang baik tetapi ciri yang ada pada induk itu seperti tulang, sisik dan juga fizikal bagi mengurangkan resesif pada anak ayam kita nanti..

Sunday, December 18, 2011

Ibu Tok Uban 204



assalamualaikum..
ibu ini peja baru amik..balik tengok lehernya macam luka.payah sangat nak sapu ubat cukur je senang..lepas cukur sapu je ubat luka..sekarang nie dah gemuk semula dah induk nie..hope bulan Januari ni ada la zuriatnya..

Saturday, December 17, 2011

MenGeram LebiH Masa..



assalamualaikum..
entry nie mengenai ibu ayam yang mengeram lebih masa..

kebiasaannya penternak mengabaikan ibu ayam yang mengeram bahkan secara tidak langsung membiarkan ibu ayam mengeram lebih dari tempoh biasa..

impaknya ayam akan jadi kurus, cepat berlaku kekejangan otot dan apatah lagi musim hujan nie induk ayam kesayangan anda mungkin strok dan fatal...

so, ni bukan saranan atau petua la..juz sebagai nasihat bagi yang tak tahu:

induk yang mengeram lebih masa nie eloklah diasingkan ke dalam reban lain dan digemukkan semula sebelum dilepas bersama pembaka..

Thursday, December 15, 2011

anak rinting 202



hujan lebat sehari dua nie..
ayam pon pucat je..nasib baik la tak melarat..
ni anak ayam pon pucat jer..

Thursday, December 8, 2011

Suasana DI wakTU senJA..



ASSALAMUALAIKUM..

biler senja..semua pulang untuk makan malam..

berdedai buat muke lapar walau tembolok dah penuh dengan makanan..

yang betina gersang bersantai gedik2 untuk merangsang si rinting menyempurnakan tugasnya..tak payah nak berkejar sakan untuk menyambung zuriat..induk kat umah peja memang setia pada yang satu..padahal leh jer lompat pagar dan pergi curang dengan jantan kat umah sebelah..mungkin ini salah satu sifat ayam laga yang manusia kurang peka..

kalau induk ayam kampung..setakat pagar reban tak sampai 4 meter nie main2 jer mereka lompat dan main dalam pagar umah orang..pastu pergi berjalan sampai habis satu kampung..pastu ntah jantan mane2 boleh tenggek..

ayam laga nie tak..walau ada yang kalah dan lompat pagar..tapi biler senja or sebelum azan maghrib dah berkumpul dalam reban untuk beradu..kalau malam pasang lampu..turun semula untuk makan malam sebelum naik ke canggung untuk tido semula sampai kepagi..

peja ada terbaca dalam sebuah blog pasal perjudian dalam ayam serama..peja dah boleh agak yang orang takleh seratus peratus nak kata perjudian nie hanya tertumpu pada ayam laga saja..u see???

bagi peja ayam laga ini merupakan seni especially seni warisan bangsa peja iaitu bangsa Melayu..sebab tu ada baka ayam Melayu...yang kat umah peja pon dah cross tapi masih ada sedikit la genetik Melayunya..

it's not about racist but about heritage..ewaahhh..

kalau India dengan Ayam Aseel nya...China dengan CAntonnya..Melayu pon ada la dengan ayam Melayu..ayam hutan tak kire la sebab ayam hutan kira ayam baka asli..

kire yang ada darah fighter nyer..

sama la macam lembu jugak..kalau jenis lembu Charolais or Brahman jangan harap la nak dilatih untuk menjadi lembu laga...same la dengan ayam..lalalal.

peja dah start merapu niee..

Wednesday, December 7, 2011

BAKa 60..harga murah jangan barang murah..



anak serama nani, baru kembang ekor..biler besar nanti jangan berlagak pula...

hahaha..peja memang nak try formula baru..tengok anak2 sumer romer baru..

gandingan ibu kelabu dengan bapak kuning baka 60..

bapak kuning nie peja beli rm60 jer..saje test benih baru sebab bapak nie memang cirinya peja berkenan cumer ayam body cacat sebab tu la tuan die taknak..anak2nya sihat elok jer..

bagus juga sebab orang tak berkenan sebab darah baru..leh la anak ayam nie membesar dengan baik..lalala

setakat nie ayam serama dibekukan kerana stok sedia ada habis..peja sedang membiakkan baka ayam ini untuk tatapan 2012..

sori ya teman2..

Tuesday, December 6, 2011

Rinting JUnior 030



assalamualaikum..

snap nie diambil masa ayah peja sibuk buat reban bertelur yang sampai hari nie tak digunakan oleh induk2 ayam peja..ada aku kesah??peja rampas je telur mereka dan letak atas petak telur..kalau dah hari2 bertelur dan asyik kena letak kat tempat lain,..for sure la bosan kan..nak merajuk pon takleh sebab bukan kena rampas..cuma letak tempat lain je..paruh pun peja kerat untuk memastikan tiada telur yang dipatuk sampai pecah lagi..

memang kene disiplin laa masa tuan ada nieee..

induk ni masih dara lagi..peja ingat nak simpan untuk memurnikan reban peja nanti.kalao banyak yang romer putih kan lagi ceria hidup ini..

huhu..

Sunday, December 4, 2011

ibu kuning 201



assalamualaikum.

peja dah bawa balik semula induk serama nie untuk dibiakkan semula di reban asal..semasa dalam jagaan kawan peja.induk ni taknak bertelur..

erghh,.takde moodnyer ..ok laa

gEROMBOLAN 2 deLEGASI...SISIK BURUK VS RINTING



ASSALAMUALAIKUM..

malam nie ujan turun dengan lebat sejak maghrib tadi..ni baru nampak berhenti..

nak turun reban dah agak malam..kalau tak masa nie baru nek atas rumah..

hujung tahun nie dapat juga capai target untuk melihat anak2 sisik buruk yang dijadikan induk membesar seterusnya menjadi ibu kandang yang baik...setelah 3 kali telur dirampas..

ini peringkat adik kepada rinting junior dari ibu yang sama..ibunya anak kepada ibu kaki putih dan bapaknya sisik buruk diganding ceria dengan si rinting telah menghasilkan 2 pasang anak yang tomei2..lalala..

malam nie peja kurung juga dalam reban kecil sebab suka sangat tido kat luar..

benih sisik buruk hanya ada 2 ekor lagi..ara toon dan merah cakung..sebenarnya ada 3..ijau kambu peja nak simpan buat pembaka..

peja ingat nak bagi kat abe negori sombilan untuk beliao basuh tapi kalau org lain datang n minat peja bagi jer..tahun 2012 peja ingat nak g la jenjalan umah kengkawan tengok ayam..hhuhu..tapi sengsorang round tak best..kalau ada partner takde la bosan drive walaupon jauh..

nak tengok macam ane produk tahun 2012 plak..

Friday, December 2, 2011

semoga MasaLah Ini daPat diselEsaikan..

assalamualaikum..
letih nya sehari dua nie..semalam baru siap reban tempat bertelur ayam2 peja..tapi tak buat lagi partition2 nyer..
tapi nampaknya si rinting dan induk2 pon tahu yang reban nie untuk mereka bertelur tapi masih jakun gamaknya..

peja buat jugak reban bertelur nie sebab induk2 yang semakin bertambah..setakat bancian sekejap tadi..induk ayam laga matang aja dah 20 ekor..

memang masalah la untuk bertelur di tempat yang terhad..sampai terkopak kulit kepala untuk bertelur..ini dah masuk kes naya tuan nie..

so, berbekalkan kayu2 yang lebih buat porch kete..bapak peja pon buat la reban nie..peja amik port bahagian kemasan jer..

memang tak cantik la tapi kite bukan nak bertanding reban kan..lalalal..ayat sedapkan hati..

cara nie rasenya akan menyelesaikan kekusutan yang sedia ada setakat nie.

Thursday, December 1, 2011

Rinting JUnior 121



assalamualaikum..
anak sulong bapak rinting dah tiba..setakat nie..pembaka untuk 2012 tiada lagi..sebabnya untuk mendapatkan pembaka yang peja berkenan memang payah..dah suruh jogho cari tapi beliau suruh guna rinting nie dulu sebab takut kalau tukar cepat sangat nanti biler orang cari benih nie lagi payah dah nak ddapat..sebab anak betine rinting nie baru ada 4 ekor dan tak buat selection lagi..

anak jantan tak test juga lagi..tapi yang bestnyer peja dapat sentap anak ibu kaki biru yang dah dara...baka baru nie untuk arena batang kaki..yang masih dala igauan ada lagi sekor..tapi tak amik lagi sebab kecil sangat..

anak ayam nie baru masuk 4 bulan..