WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Sunday, September 30, 2012

anak ayam serama di Pahang..

salam semua.. anak2 yang ada semua sudah ada kat reban di pahang.. sapa2 yang nak datang tengok boleh la melawat yaa.. dekat sikit kalau yang tinggal area pantai barat..

Wednesday, September 26, 2012

Anakku Bukan Anakkau..

salam semua.. seronok bila masih lagi dapat meneruskan hobi ni walau sudah bekerja..sesibuk mana pun peja.. kecuali kursus yang kena bermalam laa..peja akan pergi juga jenguk anak2 yang di reban tuu.. dari segi makanan memang jenuh la..ramai yang tukang bagi makan..cuma peja akan pergi check la kot2 tak sihat ke ape ker..demam selesema ker.. ayam serama nie memang bermasalah la kalau tetas tak seragam..nak bela dalam mentol..kalau sekali tetas 200 ekor berbaloi la... nie peja nak share jer la dengan kengkawan..bukan nak mengajar tau walau memang kerja peja mengajar.. sebab yang otai2 di luar sana lagi arif..dan banyak produk yang memang membanggakan.. kalau situasi yang anak serama tetas pada hari yang berlainan dan anda malas nak letak dalam kotak bermentol.. senang jer.. tak tahu konform jadi ke tak tapi peja selalu je wat..lalala - letak anak serama baru tetas bawah perut ibu lain yang ada anak pada waktu malam dan pastikan anak serama yang baru diletak tidak keluar dah dari bawah perut ibu tumpang sampai pagi esok.. - sembur perfume atau basahkan badan anak serama yang lama dan yang baru dan letak dalam reban..yang nie boleh buat pada waktu tengah hari.. - dan cara paling cepat dan mudah..letak jer anak ayam serama dengan pengasuh..anak ayam lain pun boleh digunakan..macam peja letak je ngan anak ayam sabung..

Sunday, September 23, 2012

pipit Sama Pipit, engganG sama Enggang..

salam semua.. hari ini peja pergi buat kerja sikit.. tengah hari baru balik.. rehat kat rumah dan petang baru la pergi check binatang di sekolah.. pergi tengok..kesian plak tengok kat bapak ayam peja .. dia nak mengawan dengan merpati..habis bulu merpati..terpaksa la peja asingkan dalam reban kecil.. tapi anak2 serama yang manja dengannya masih tinggal dalam reban merpati.. hope tak sejuk la.. peja perhatikan.. anak ayam yang peja bela di sekolah lagi cepat matang berbanding peja tinggal di kampung.. dah 2 kali peja mengalami kejadian ini..kalau di kampung..anak ayam sangat mudah kena nyamuk walhal kat sini lagi besar2 nyamuk..peja pun tak tahan.. pelik betul la.. trip nie 8 ekor peja bawak..yang trip dulu semua habis..dan peja tengok yang dah jadi serama muda memang cun..tu kawan peja amik..tapi die taknak jual dahh..dia mintak beli yang betina plak.. yang betina memang peja bawak balik kalau tak habis..bukan ape..kat kampung nanti senang nak biakkan.. tapi yang kelakar biler bapak ayam serama nak mengawan dengan ibu burung merpati la.. takpe..nanti peja balik bawak induk lain untuk ko ekk..

Thursday, September 20, 2012

Si MeraH 015


makanan naik tapi masih bertahan??
itulah rungutan yang sering didengar oleh penternak kecil-kecilan..
makanan haiwan plak tak termasuk dalam barang kawalan..
pergi kedai tetibe jer tahu2 harga makanan terus naik..
bukan seposen dua//
seringgit tu kira okey..
ni 6 ringgit seguni..
taknak beli nak bagi ternakan makan apa??
patut la yang 3 4 tahun lepas yang beria-ria datang borong ayam rumah peja dah tak dengar khabar dah..
biasa la broo..
kalau tak betul2 minat tak payah laaa..
memang betul pertanian adalah perniagaan..tapi kalau tak pandai dan tak sabar urus boleh jadi penderitaan..
.

hahaha..KUcinG PArsi LA Pulakk.

salam semua..
sebelum nie peja dah tunjuk kucing parsi peja..
nie nak tunjuk yang dia dah mula belajar menikus..
comey takk...

Tuesday, September 18, 2012

HAsil PermaNian BErAdas..Candy

 salam..peja tak sempat sangat nak update..gambar banyak tapi tak sempat nak update..
nie dia hasil permanian beradas..
 candy..baka kk+ limousin..
 tapi dapatnya betina..kalao jantan.