WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Saturday, August 18, 2012

SeLamaT hAri Raya Aidilfitri..Maaf Zahir BAtin

salam..peja ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil fitri kepa da semua  penternak muslim..
raya tahun nie biasa jer..
juz pack sikit laa..nie pun rehat jap..pasnie kene tolong emak kat dapur..huhu



Monday, August 13, 2012

aYAM seraMa pERLU mAIN pASIR.??.

SALAM SEMUA..
emm..kengkawan..sori kalau peja dah lame jugak tak menulis..peja menulis ikut masa dan juga mood yang ada..dan apa yang peja tulis hanyalah berdasarkan pengalaman yang peja lalui hasil dari pembelajaran dengan sifu2 terdahulu..
jadi biler ada yang menginginkan kesahihannya, anda perlu mencubanya sendiri..haha..dan peja tulis hanyalah sebagai perkongsian..kalau anda ada info yang lebih baik..silakan ajar saya ya..
 oke..kali ni peja ingin berkongsi sedikit info mengenai ayam serama..seringkali anda melihat amat mudah untuk menjaga ayam serama..memang mudah kalau kena caranya..
sekali sekala anda juga perlu menenangkan ayam anda dengan membiarkan ayam anda bermain pasir atau rumput..dua tempat yang berbeza tetapi fungsinya tetap sama..
pasir berfungsi untuk :
- menghilangkan hama pada ayam.
- mengurangkan stress ayam.
- mengurangkan risiko krem..
- menggalakan pertumbuhan.
- n the most important things is pasir merupakan agen penghadaman yang baik..
oke..
itu saja..
daa...

Wednesday, August 8, 2012

jangan Seksa Induk ayam SeraMA Anda MengeraM..

salam semua..
peja malam nie free..jadi tak da masalah untuk mengupdate blog..sebenarnya semasa mengupdate blog nie..peja dapat kurangkan tekanan..takderla tertekan sangat...cumanya sekarang nie tekanan tu mudah untuk disalurkan..
sebenarnya kalau kita kurang amik port sangat pasal tekanan tu..ianya akan beransur hilang..cara nya..:
- amik wudhuk bagi yang beragama Islam..
- anda memberitahu kepada orang lain atau dengan kata lain share ur problem..tapi yang nie peja memang tak syorkan sangat sebab banyak memberi keburukan dari kebaikan,.
- lihat pemandangan..memang terapi..
- bela binatang..memang hilang stress..anda tak perlu nak bela sampai boleh buka ladang..bela sepasang ikan gapi or seekor burung pon dah oke..

okey..
peja juz nak share pasal induk ayam serama anda yang sedang mengeram..biasa la..ayam yang sedang mengeram nie memerlukan nutrien yang cukup jugak..dan tak semestinya ayam tu perlu 24 jam ngeram atas telur.
sebagai tuan yang bertanggungjawab..anda juga perlu prihatin terutama bagi induk yang baru first time bertelur dan mengeram..biasanya induk ini perlu dipantau..
kalau tak takut anda yang gigit jari..

bagi penternak baru..
- lepaskan induk ayam anda supaya main pasir..ini dapat mengurangkan hama dan stress..
- bagi makanan berkhasiat kerana masa mengeram ayam kurang makan..
- jangan letak sekali ngan pejantan..kalau tak ayam anda akan lagi stress..
ok daa..
induk tengah ngeram

Wednesday, August 1, 2012

ARNaB aNDa Bunting?? macam maner ekk??

huhu..salam semua yer..peja dah lame tak update..sekarang nie plak bulan yang mulia..jadi penat kit..huhuh..kengkawan pun mesti jarang bukak blog ekk..

kali nie peja nak kongsi sikit la pasal arnab..sebab nyer arnab peja kerap jugak bunting palsu..peja memang tak nak biak banyak arnab nie tapi peja berniat juga nak update kalau boleh..huhu..sebab tu peja stat dengan sikit jer..skang ada 5 ekor jer..tapi peja memang bersedia je berguru dengan sifu2 yang peja rase arif dalam bidang arnab nie..arnab nie lagi susah kalau anda tak tahu kaedahnya..bagi peja la..kalau nak tahu cuba la bela..peja taknak bukak rabbitry pon..cukuplah sebagai pets kepada anak sedara peja yang memang suka peluk hewan nie..kalau kucing takut die gigit lak..kalau arnab best..peja dah ubah pun tanggapan yang arnab nie costing..sebenarnya tak costing pon walau anda bela banyak..sebabnya arnab jarang kene penyakit..

Ramai yang bertanya macam mana nak tau arnab tu bunting ke tidak. Kita boleh melakukan pemeriksaan sendiri untuk mengetahui dan mengesahkan arnab yang bunting. Beberapa tanda bunting boleh dikenalpasti melalui perubahan pada bahagian perutnya dan peningkatan selera makannya.
Pemeriksaan perlu dilakukan seminggu selepas proses mengahwinkan arnab berlaku. caranya muda saja. Masukkan induk yang sama ke dalam sangkar pejantan yang sama semasa proses kahwin. Kalau induk tersebut menolak bermakna ia sedang bunting.
Cara lainnya adalah dengan memerhatikan perut induk selepas dua minggu dikahwinkan. Bahagian perut induk diraba dengan menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari secara perlahan-lahan kearah belakang. kita akan dapat merasa kemunculan embrio bersaiz batu kecil jika induk benar-benar punting. Akan tetapi perut induk yang pertama kali bunting akan kelihatan kecil walaupun ada tanda-tanda ia akan beranak. Selera makan induk juga akan bertambah tinggi dan berat badannya juga akan bertambah..
okey..tu saja untuk kali nie..