WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Thursday, May 7, 2009

SUDUT PENGGEMAR AYAM SABUNG


Sebagai pencinta ayam sabung, saya tidak lupa untuk memanfaatkan tanah di belakang rumah saya untuk membiakkan baka ayam sabung..

setakat ini saya telah menghabiskan kira-kira sepuluh ribu lebih dalam usaha untuk mencari indukan yang berkualiti dan juga bapak yang dapat menurunkan anak-anak yang bukan sahaja dapat mencipta nama di gelanggang tetapi juga menjadi kepuasan bagi saya melihat ayam jiran yang tidak berani bermain-main di kawasan rumah saya walaupun mereka juga membela ayam sabung berkualiti tinggi..

DI BAWAH INI MERUPAKAN BEBERAPA GAMBAR AYAM SABUNG YANG ADA DI DALAM KOLEKSI SAYA..