WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Tuesday, October 8, 2013

SALAH SANGKA KEPADA AYAM LAGA, AYAM KACUK DAN AYAM KAMPUNG

salam semua...
selamat malam...pada entri ini peja ingin memberi pencerahan bagi membetulkan salah anggap di kalangan sesetengah orang yang masih tidak faham dengan istilah tetapi inginkan result yang gempak..

pertama sekali, anda perlu memahami istilah ayam sabung, ayam siam , ayam kacuk atau ayam kampung..jangan main tembak je sama..

ayam sabung : ayam yang dibiakkan dengan ibu dan bapa yang terjaga line nya tak kira baka apa pun..siam,pama, ganoi, saigon dsb..

ayam siam : ayam yang berasal dari siam tetapi belum tentu ayam sabung kerana kalau dah pecil ayam tak elok dibawa bersukan..

ayam kacuk : ayam kacukan antara ibu ayam kampung dengan bapak ayam sabung..anak memang nampak macam ayam laga tetapi hati tiada..

ayam kampung : generasi ayam kacuk atau ayam hutan..

kesimpulannya, perbezaan harga memang berlaku kerana perbezaan produk itu dihasilkan..

daa.

Sunday, October 6, 2013

AYAM BESAR KEPALA

salam semua..
kemungkinan ada yang banyak bertanya sebab peja banyak menulis tentang ayam siam dan bukannya ayam serama..
peja banyak berkongsi cara memelihara ayam siam berbanding ayam serama..
sebenarnya ayam serama peja masih dalam proses eksperimen..sebab peja banyak guna line baru..
jadi hasilnya masih dalam perhatian..
ditambah pula stok ayam serama sentiasa habis sampaikan peja pula terpaksa membeli pejantan untuk meneruskan pembakaan..adoyaii..

ok la...
peja nak berkongsi ilmu yang bukan diwarisi tetapi dipelajari..memang susah untuk mengorek rahsia dengan otai..kalau kita dengan muka penuh polos bertanya itu dan ini..
kebanyakan generasi baru..bukan semua..
sorry to say..ego untuk menimba ilmu dengan otai..mereka lebih percaya kepada ayam yang dibeli dengan harga yang mahal dan terlalu fanatik dengan bloodline yang mendominasi pasaran semasa..

masa  magon naik..pakat beli magon..habis magon aseel plok..pakat kutip aseel..
haaa..bila geng ganu asal boleh kutip piala..mula la pakat g tangkap ibu ganu tak kira kecik besar..

pemilihan kepada juga penting..

ayam kepala besar : kebanyakannya ayam ( bodoh ) kerana lebih suka menahan pukulan..

ayam kepala kecil (buah pinang ) : pergerakannya yang lebih cerdik dan boleh mengelak pukulan lawan..

kesimpulannya, baka dan ilmu lain juga perlu dititikberatkan yaa..

Saturday, October 5, 2013

MULUS ATAU TIDAK MUKA AYAM SIAM ANDA ?? PANDUAN UNTUK PEMILIHAN ATLET

salam semua..
di kesempatan yang ada ni peja nak berkongsi sedikit info yang peja dapat..sebenarnya agak lama tahu..
terutama otai yang telah lama berkecimpung dalam arena ini..
peja saja share dengan penternak baru..
kengkadang kalau tanya orang susah sikit..konon takut generasi baru tahu dan akan mengatasi produk otai..
bagi peja perkongsian ilmu memang penting sebab kalau kita tahu takde la kena tipu..kalau kena tipu lagi sekurang-kurangnya kita telah ada sedikit ilmu..

ok, cukup la mukadimahnya sebab orang nak tahu infonya,..

bagi pemilihan kulit muka..

ayam muka berkedut : ayam akan nampak lebih tua walau umur muda dan tahan kena pukul dan kebanyakan hati kering...

ayam muka mulus : ayam pukulannya lincah tetapi kalau berlaga lama kemungkinan hati mula goyang..

kesimpulannya, anda boleh nilai sendiri ayam anda tetapi percayalah kepada baka dan aspek lain sama...

Thursday, October 3, 2013

BaLUng Ayam Siam Anda..

salam semua..
huhu..peja dah lama tak berkongsi cerita dengan kengkawan semua..
yang ini info yang peja dapat dari sifu negara jiran..
pemilihan balung ayam juga menentukan corak pemilihan ayam laga yang kita ingin bela..
peja hanya kongsi aja..sekadar panduan dan bukannya fakta..

bagi ayam yang balung besar dan tinggi, ayam itu lebih lambat permainan tetapi daya tahan lebih kuat..kire tak mudah lari laa..

ayam yang balung kecil pula jenis ayam yang laju pukulan dan lincah tapi kurang cerdik..

apapun terpulang kepada anda selaku pemilihnya,,.

Tuesday, October 1, 2013

pesum Galur Murni..

salam semua.
kalau anda pernah datang rumah peja sure ternampak ibu yang sama dengan ibu yang ada dalam gambar nie kan..
tapi yang ini anaknya..
macam fotostat jer..
ini yang dinamakan galur ,murni..
anak sama dengan induk..maknanya gen ibu lebih dominan dari bapak..
jadi pelapis ibu tua ada dah la..
saiz dan tulang semakin elok..
cuma hati je la tak tahu kering atau suam2 kuku je..
bulu tembaga molek..kaki putih gading..
peja menantikan hasilnya hujung tahun nie..