WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Monday, December 19, 2011

pemilihan induk..



assalamualaikum..
pemilihan induk bukan sekadar dari segi benih yang baik tetapi ciri yang ada pada induk itu seperti tulang, sisik dan juga fizikal bagi mengurangkan resesif pada anak ayam kita nanti..

Sunday, December 18, 2011

Ibu Tok Uban 204



assalamualaikum..
ibu ini peja baru amik..balik tengok lehernya macam luka.payah sangat nak sapu ubat cukur je senang..lepas cukur sapu je ubat luka..sekarang nie dah gemuk semula dah induk nie..hope bulan Januari ni ada la zuriatnya..

Saturday, December 17, 2011

MenGeram LebiH Masa..



assalamualaikum..
entry nie mengenai ibu ayam yang mengeram lebih masa..

kebiasaannya penternak mengabaikan ibu ayam yang mengeram bahkan secara tidak langsung membiarkan ibu ayam mengeram lebih dari tempoh biasa..

impaknya ayam akan jadi kurus, cepat berlaku kekejangan otot dan apatah lagi musim hujan nie induk ayam kesayangan anda mungkin strok dan fatal...

so, ni bukan saranan atau petua la..juz sebagai nasihat bagi yang tak tahu:

induk yang mengeram lebih masa nie eloklah diasingkan ke dalam reban lain dan digemukkan semula sebelum dilepas bersama pembaka..

Thursday, December 15, 2011

anak rinting 202



hujan lebat sehari dua nie..
ayam pon pucat je..nasib baik la tak melarat..
ni anak ayam pon pucat jer..

Thursday, December 8, 2011

Suasana DI wakTU senJA..



ASSALAMUALAIKUM..

biler senja..semua pulang untuk makan malam..

berdedai buat muke lapar walau tembolok dah penuh dengan makanan..

yang betina gersang bersantai gedik2 untuk merangsang si rinting menyempurnakan tugasnya..tak payah nak berkejar sakan untuk menyambung zuriat..induk kat umah peja memang setia pada yang satu..padahal leh jer lompat pagar dan pergi curang dengan jantan kat umah sebelah..mungkin ini salah satu sifat ayam laga yang manusia kurang peka..

kalau induk ayam kampung..setakat pagar reban tak sampai 4 meter nie main2 jer mereka lompat dan main dalam pagar umah orang..pastu pergi berjalan sampai habis satu kampung..pastu ntah jantan mane2 boleh tenggek..

ayam laga nie tak..walau ada yang kalah dan lompat pagar..tapi biler senja or sebelum azan maghrib dah berkumpul dalam reban untuk beradu..kalau malam pasang lampu..turun semula untuk makan malam sebelum naik ke canggung untuk tido semula sampai kepagi..

peja ada terbaca dalam sebuah blog pasal perjudian dalam ayam serama..peja dah boleh agak yang orang takleh seratus peratus nak kata perjudian nie hanya tertumpu pada ayam laga saja..u see???

bagi peja ayam laga ini merupakan seni especially seni warisan bangsa peja iaitu bangsa Melayu..sebab tu ada baka ayam Melayu...yang kat umah peja pon dah cross tapi masih ada sedikit la genetik Melayunya..

it's not about racist but about heritage..ewaahhh..

kalau India dengan Ayam Aseel nya...China dengan CAntonnya..Melayu pon ada la dengan ayam Melayu..ayam hutan tak kire la sebab ayam hutan kira ayam baka asli..

kire yang ada darah fighter nyer..

sama la macam lembu jugak..kalau jenis lembu Charolais or Brahman jangan harap la nak dilatih untuk menjadi lembu laga...same la dengan ayam..lalalal.

peja dah start merapu niee..

Wednesday, December 7, 2011

BAKa 60..harga murah jangan barang murah..



anak serama nani, baru kembang ekor..biler besar nanti jangan berlagak pula...

hahaha..peja memang nak try formula baru..tengok anak2 sumer romer baru..

gandingan ibu kelabu dengan bapak kuning baka 60..

bapak kuning nie peja beli rm60 jer..saje test benih baru sebab bapak nie memang cirinya peja berkenan cumer ayam body cacat sebab tu la tuan die taknak..anak2nya sihat elok jer..

bagus juga sebab orang tak berkenan sebab darah baru..leh la anak ayam nie membesar dengan baik..lalala

setakat nie ayam serama dibekukan kerana stok sedia ada habis..peja sedang membiakkan baka ayam ini untuk tatapan 2012..

sori ya teman2..

Tuesday, December 6, 2011

Rinting JUnior 030



assalamualaikum..

snap nie diambil masa ayah peja sibuk buat reban bertelur yang sampai hari nie tak digunakan oleh induk2 ayam peja..ada aku kesah??peja rampas je telur mereka dan letak atas petak telur..kalau dah hari2 bertelur dan asyik kena letak kat tempat lain,..for sure la bosan kan..nak merajuk pon takleh sebab bukan kena rampas..cuma letak tempat lain je..paruh pun peja kerat untuk memastikan tiada telur yang dipatuk sampai pecah lagi..

memang kene disiplin laa masa tuan ada nieee..

induk ni masih dara lagi..peja ingat nak simpan untuk memurnikan reban peja nanti.kalao banyak yang romer putih kan lagi ceria hidup ini..

huhu..

Sunday, December 4, 2011

ibu kuning 201



assalamualaikum.

peja dah bawa balik semula induk serama nie untuk dibiakkan semula di reban asal..semasa dalam jagaan kawan peja.induk ni taknak bertelur..

erghh,.takde moodnyer ..ok laa

gEROMBOLAN 2 deLEGASI...SISIK BURUK VS RINTING



ASSALAMUALAIKUM..

malam nie ujan turun dengan lebat sejak maghrib tadi..ni baru nampak berhenti..

nak turun reban dah agak malam..kalau tak masa nie baru nek atas rumah..

hujung tahun nie dapat juga capai target untuk melihat anak2 sisik buruk yang dijadikan induk membesar seterusnya menjadi ibu kandang yang baik...setelah 3 kali telur dirampas..

ini peringkat adik kepada rinting junior dari ibu yang sama..ibunya anak kepada ibu kaki putih dan bapaknya sisik buruk diganding ceria dengan si rinting telah menghasilkan 2 pasang anak yang tomei2..lalala..

malam nie peja kurung juga dalam reban kecil sebab suka sangat tido kat luar..

benih sisik buruk hanya ada 2 ekor lagi..ara toon dan merah cakung..sebenarnya ada 3..ijau kambu peja nak simpan buat pembaka..

peja ingat nak bagi kat abe negori sombilan untuk beliao basuh tapi kalau org lain datang n minat peja bagi jer..tahun 2012 peja ingat nak g la jenjalan umah kengkawan tengok ayam..hhuhu..tapi sengsorang round tak best..kalau ada partner takde la bosan drive walaupon jauh..

nak tengok macam ane produk tahun 2012 plak..

Friday, December 2, 2011

semoga MasaLah Ini daPat diselEsaikan..

assalamualaikum..
letih nya sehari dua nie..semalam baru siap reban tempat bertelur ayam2 peja..tapi tak buat lagi partition2 nyer..
tapi nampaknya si rinting dan induk2 pon tahu yang reban nie untuk mereka bertelur tapi masih jakun gamaknya..

peja buat jugak reban bertelur nie sebab induk2 yang semakin bertambah..setakat bancian sekejap tadi..induk ayam laga matang aja dah 20 ekor..

memang masalah la untuk bertelur di tempat yang terhad..sampai terkopak kulit kepala untuk bertelur..ini dah masuk kes naya tuan nie..

so, berbekalkan kayu2 yang lebih buat porch kete..bapak peja pon buat la reban nie..peja amik port bahagian kemasan jer..

memang tak cantik la tapi kite bukan nak bertanding reban kan..lalalal..ayat sedapkan hati..

cara nie rasenya akan menyelesaikan kekusutan yang sedia ada setakat nie.

Thursday, December 1, 2011

Rinting JUnior 121



assalamualaikum..
anak sulong bapak rinting dah tiba..setakat nie..pembaka untuk 2012 tiada lagi..sebabnya untuk mendapatkan pembaka yang peja berkenan memang payah..dah suruh jogho cari tapi beliau suruh guna rinting nie dulu sebab takut kalau tukar cepat sangat nanti biler orang cari benih nie lagi payah dah nak ddapat..sebab anak betine rinting nie baru ada 4 ekor dan tak buat selection lagi..

anak jantan tak test juga lagi..tapi yang bestnyer peja dapat sentap anak ibu kaki biru yang dah dara...baka baru nie untuk arena batang kaki..yang masih dala igauan ada lagi sekor..tapi tak amik lagi sebab kecil sangat..

anak ayam nie baru masuk 4 bulan..

Tuesday, November 29, 2011

MusanG berBulu Ayam..

assalamualaikum..

peja tak tahu nak tulis aper untuk hari ini.. juZ to share dengan kawan2 mengenai sifat haiwan yang ada di dalam diri sebahagian manusia yang kemungkinan berada di sekeliling kita..

mereka ini sangat pandai bermain madah untuk melepaskan diri tetapi pada masa yang sama akan memakan kita dari belakang..

banyak yang sudah terjadi atau sememangnya telah terjadi dan tidak terkecuali peja..

banyak betol la kejadiannya tetapi adakalanya kita membiarkan ianya berlaku kerana pada kita tak apalah kerana mereka juga kawan kita..

tetapi jika musang pun dah banyak kene jerat skang nie..

peja sekarang dah bersantai2 kat rumah bersama "anak2" peja yang memang montel sebab makanan cukup lagi berkhasiat sejak 3 hari lalu..yeler..tuannya dah bekerja..makanan pun special la kan,,..nampaknya yang mana betina tu dah mula merah muka dah..dalam minggu depan biler dah pecah panas bolehlah peja mengumpul hasilnya kalau ada rezeki..

Sunday, November 27, 2011

Sisik ijau kambu..

ini dia sisik ijau kambu..peja penat sangat..takleh nulis panjang2..sorii..

Saturday, November 26, 2011

Sisik Ara Toon..

huhu..untuk tidak menghampakan kengkawan yang dari juah ingin melihat sisik si ara toon yang sebelum ni dah dipost kan..peja snap la sekali imbas sisik depan dan belakang anak muda ni..untuk yang lain2 sila datang tengok sendiri....


AlhamDulliLLah..akhirnya sampai jua..


selamat malam semua..peja baru naik dari reban nie..nak bersihkan reban..dah malam..hanya check up kot2 yang demam jer..bagi ubat..bagi vitamin untuk induk2 yang berada di reban..

last sekali, grooming arnab yang rasenyer memang aktif di waktu malam..peja akhirnya akui bahawa adanya kucing ..tak kesah lah kucing kurap pun..kadar mockey n minne mouse di rumah kita adalah terkawal..walau pun kucing kat umah peja hanya berkawal di luar saja..tapi memang ianya berkesan untuk mengawal populasi tikus yang banyak..

sebenarnya peja balik ke kampung hari selasa lagi..singgah dungun lu..amik induk ayam siam sambil2 tengok Robert..esoknya peja meneruskan perjalanan ke rumah..memang risau jugak sebab hujan memang lebat la..peja lak first time drive jauh2 dengan keter..kalaungan motor no hall..

pastu hari Khamis naik semula ke Ganu..amik induk ayam serama plak..dapat la 5 ekor yang bernas2..

balik tu hujan lebat lagi..

Hari Jumaat rest la dh 3 hari duk memain atas jalan raya..hari ni..bersihkan halaman..tebang yang mane perlu..siap2 dah petang..rancangnye..esok nak start pilih kayu untuk pembinaan setinggan untuk anak2 yang bakal menetas..lalala

Saturday, November 19, 2011

LAmbAtnNYA Sampai Kat UMah..



salam persahabatan..peja kini otw dalam perjalanan ke rumah tapi singgah umah sedara lu..
nak balik terus ke rumah tapi nak singgah amik induk2 untuk souvenir kat umah..biar rinting kat atas ni boleh "melaksanakan" tugasnya..si ijau kambu pulak masih malu2 kat umah..

kepada mereka yang ingin berkongsi pendapat bolehlaa telefon aja..sebab peja bizi cikit sebab lembu baru nak membiak..memang sedikit terhalang sebab kita kerja jauh dengan rumah tetapi peja masih teruskan kerana dah memang hobi kan..kat chanis pon ingat nak bela tapi kene setting paper work dulu...lalala..kalau bos bagi, banyak la benih baru yang peja keluarkan tahun2 yang mendatang..

Tuesday, November 15, 2011

MY FirSt CAr..

salam semua..
sempena nak balik kampung hujung tahun nie.
peja beli la satu kenderaan untuk tahun nie..sebenarnya dah dua ..satu lagi motor EX5 yang peja baru habis bayar..
dua sekali beli..pokai jugak la..tapi beli nie pun untuk mengelakkan tambang bas yang naik mendadak..pasnie tak payah tumpang orang dah..huhu..tapi tumpang jer biler orang ajak..
ok la monthly about 5 hundred sumtin jer..takder la teruk sangat..

tapi kene drive slow2 la sebab peja bukan pandai sangat...main ayam boleh la..

Friday, November 11, 2011

ayam laga ara toon..ayam 015



salam semua..sorii..minggu nie ngan minggu depan bizi sikit dengan anugerah kecemerlangan pendidikan..

peja kene jadi pengurus peserta ngan ajk persembahan..nak buat persembahan apa yaa...
dah la ari senin tu kene kusus la plak,...kusus EDUWEB..ape tuu??

Monday, October 31, 2011

PErluNya PEjantan Yang Gagah tapi baik..



ermm..bosan2 isi markah..update blog sat..hahha..peja kan skang dah tak sepenuhnya duk kat reban..so, khidmat pejantan yang gagah tetapi baik memang menjadi keutamaan peja..bukan ape..banyak la kelebihan..walau dah raser dekat dah antara chanis dengan air tawar..huhu..bapak nie memang baik..sebab kalau induk tengah ngeram die memang tak kacao..so, telur takkan pecah disebabkan pergaduhan antara induk dan bapak..

Saturday, October 29, 2011

SI Ayam O.K.U.



assalamualaikum semua..hari ni peja nak menulis mengenai ayam OKU...huhu..ayam nie member peja hadiahkan..ingat umur dah tak panjang sebab dah parah..tapi berpantang maut sebelum ajal..hidup siap jadi induk lagi..tapi masih liar nya tak berubah dan tak pernah lagi sakit..ok laa tuu..
ini disebabkan lari tuku la ni..kesian memang kesian tapi die nie dah macam trademark dan kengkawan yang datang ke rumah peja macam terpegun sebab ayam ni lincah daripada ayam biasa..warna pun tak hodoh kan..die kire macam denak la sebab anak2 yangbaru bercerai ibu peja kurung dengannya..kira babysitter laa..

Thursday, October 27, 2011

makin BUta MAkin Berbisa..line sisik Buruk..


salam penternakan..erm..petang nie baru sampai ke tempat penetapan peja..banyak betol persinggahan..
pegi amik orangla..ape la..dan esok tetibe dapat tahu kene ganti orang lak untuk taklimat..
ape2 laa...
huhu/..ini merupakan kurik gedik yang telah maut sebelum berjuang ke medan perang..mati pun sebab yang memang tak terjangka dan setelah dua kali kejadian yang berlaku..peja terfikir..nie ke penangan benih sisik buruk??kalau nak kata kebetulan..dah 2 kali berlaku pada tuan yang sama dan 2 kali berlaku pada tuan yang berbeza..dan pernah juga berlaku kat sisik buruk sendiri..

tol ke benih ni hanya akan berlawan jika berebut betina..
kes pertama..ara ekor beruk sebelum ni..masa nak selection untuk pergi basuh..tak nak lawan gu..erghh..kene ktuk sakan..balik lepas ngan ibu..kejadian ni umah tuan basuh la..esoknya terus kene bantai bapak batang kaki yang menang 4 kali..ara ni bantai ujung asal bapak batang kaki tu sampai muntah darah..sempat diselamatkan..lepas tu basuh untuk main ujung sebab jogho kata ayam ni kene main ujung asal..tapi biler dah siap basuh..bawak pergi bon,.joki tak tahan kene bakar, terus main balut..air pertama dan kedua gu kene buah patah berkiok terbang kembon tapi biler letak lawan balik..masuk 4 kali gu lompat kembon..jogho dah kata ayam kita kene kalah ari ni..
betol kata jogho,,masuk air 4 ayam habis gandar tapi tak lari..keputusan kalah angkat..nak buat camner..joki tak tahan kene bakar pun takleh jugak..sebabnya ayam kita basuh untuk main ujung tapi last main balut..ayam lembut..terima aja kekalahan ini wahai joki..

tak puas hati, amik kurik gedik untuk dibasuh..kurik tengah gerok dalam tekak..bersihkan gerok dan basuh..ayam jadi bacul taknak lawan gu..tukang basuh bengang..lepas dengan betina..di luar reban ada bapak tua ujung 2 inci menunggu..tukang basuh tinggal masa pergi keje..si gedik ni bantai bapak tua..resultnya..dua2 mata kurik buta tapi bapak tua boleh mati..tukang basuh sembelih dan tinggalkan kaki untuk peja tengok..tapi peja tak tengok pun..ayah angkat peja yang tengok..

huhu..nak tergelak pun ada..dan produk baru..kurik balung ecer sisir keluar..ada bawat 3 keping berbalas..tapi tu bukan benih sisik buruk..benih kurik buta..bapak kurik anak ara buta dengan induk tok haji..dengar citer jogho nak basuh sendiri..tak tahulahh..peja skang pun tengah tengok benih rinting ni camner..ada anak muda 3 bulan yang baru peja kurung..

Wednesday, October 26, 2011

MEdiCAl Check UP..BuKAn untuk manusia jer..haiwan pun perlu..25 oktober 2011

erm..laparnya..nak kuar jap..balik cuti ni..peja buat medical check up..untuk semua ternakan..penat tu nak habiskan semua yang ada..yeler..peja duk jauh..bagi yang baru kenal dunia masa peja takder..memang cuak la mulanya..riuh rendah bunyinya..tapi lega jugak sebab dapat habiskan medical check up ni sebelum peja pergi balik kejer..skang kan start hujan..so, pepaham la..manusia pun boleh demam kalau cuaca tak menetu kan..llaaa.

Tuesday, October 25, 2011

BAkal INduk..warna aYam aRAb..



ni dia..induk yang kat umah peja dah makin kurang..so, peja kena simpan pelapis sebelum hujung tahun nie...

setakat nie ada 3 ekor yang peja simpan..dan yang lain bakal datang hujung tahun nanti..

Sunday, October 23, 2011

HAPPy DEEpaVali..


salam semua..peja baru je sampai pagi semalam kat umah..hilang letih walau jauhnya perjalanan..tapi rumah peja dalam renovation sekarang..raya haji pun peja balik jugak..tapi kalau kengkawan nak datang peja memang harap anda dapat datang pada cuti sekolah sebab skarang nie proses pembakaan sedang bermula..ok yaa...

di kesempatan ini peja nak wish happy deepavali kepada mereka yang bergama Hindu..SORI LAMA TAK UPDATE..PEJA BIZI KAT SKOLL..

Wednesday, October 12, 2011

DEEpavali VANAkaL...



salam 1 malaysia..peja tengah berkusus ni..deepavali nie raser cam nak balik kampung jer..erm..tak sabar nak balik tengok anak2 yang daripada benih2 baru test..tapi rasernyer bagi ayam serama akhir tahun nie baru boleh biak banyak2 sebab peja baru leh bawak balik induk2 baru...

Sunday, October 2, 2011

si KElaBU..



erm...nak cerita ape ekk pagi niee...tadi bosan2 tengok gambar induk ayam..ibu kelabu nie baru saja dinaiktaraf jadi ibu kandang sepenuh masa..ok laa..kene masuk kelas lu..huhu..

tapi ni dah bertelur balik walau dah 5 tahun bela..induk kandang reban peja mesti above 3 years baru benih jadi molek...

Saturday, October 1, 2011

PEmbiakAn TERancang AYam SAbung..


pagi nii hujan..sedap tol memanjakan badan..hari minggu yang best...tadi mak tepon..induk ni camnern, induk tu camner..lepas dah setel ..sambung balik membuta..biasalaaa weekend..dah tak lama dah cuti sekolahnya...sebulan lebih je lagi..list name yang mana yang telah diorder telah sampai..cume tunggu kuarantin dan pilih je sebelum masuk ke reban..untuk ayam siam..tahun ni takder lagi pengganti rinting sebab takder lagi yang boleh menggantikan beliau..bagi kengkawan yang pernah tengok rinting..ayam nya biasa aja..tapi nak dapatkannya dulu its so difficult to me..to yang sayang tu..anak sisik buruk pun ada untuk dijadikan pejantan..cumer tunggu matang jer.. cara yang kat atas ni peja guna sebab tiru seorang player siam yang pernah amik anak ayam peja suatu ketika dulu..masa tu bapak pilihan ada 3 4 ekor..ruang membela pun terhad..bagi mengelakkan rusuhan yang mendatang..peja guna je cara ni..anda tengok klip nie pun dah tahu kan.ok layann...

Friday, September 30, 2011

LANGKAH-LANGKAH tRUN tANAh..AYAM cULTURE sHOCk...

 SELAMAT PAGI DAN ASSALAMUALAIKUM..dah seminggu peja tak update blog kann..huhu.pagi nie baru ada peluang..peja update blog nie selain dari menceritakan pengalaman bersama ayam2 yang tak seberapa ini..peja juga akan mengupdate blog peja dengan entry yang berasal dari persoalan2 yang ditimbulkan oleh reader blog peja..kengkadang peja tak sempat nak jawab kol..apatah lagi nak reply msg..sebab kalau explain melalui msg salah kiter taip org jadi salah faham..so, peja lebih suka kalau kengkawan kol je terus..kalau tak nak borak lelamer pun..juz tanyer yang perlu jer..
entry nie peja nak cerita tentang cara ayam mula turun tanah..kalau kat reban peja..tak yah tunggu 3 bulan..baru tetas seminggu anak ayam dah mula makan pasir dah..
CUMA..anda kene ingat..anak ayam yang mula dinjangkit kuman ke dalam badannya akan lambat besar berbanding anak ayam  yang dibela di dalam reban yang BERSIH selama 2 bulan sebelum dilepaskan ke tanah..
peja telah buat perbandingan antara anak ayam kurung dan anak ayam yang dilepaskan bersama induk..pasnie korang tengok la pro n kontra nyer peja bagi dengan solusi sekali..
keputusan :
anak ayam yang dilepaskan bersama induk selama 2 bulan..anak ayam akan lebih tahan..masa nie anak ayam akan kurus sedikit sebab terlalu aktif..dan jangkitan penyakit yang menyerang akan mula imun terhdap mereka...anak ayam cergas tapi nampak kecil..

anak ayam yang dikurung dan diberi makan cukup akan besar 3 kali ganda dalam tempoh yang sama..anak ayam akan sihat walafiat..cergas macam biasa..tetapi mungkin tidak tahan terhadap penyakit..biler penyakit menyerang..satu petak reban akan terima padahnya..

solusi..
bagi anak ayam yang lepas bebas..anda kene letakkan ubat antibiotik yang secukupnya ke dalam air bersih untuk kesihatan anak ayam anda..

bagi anak ayam kurung..buat macam peja buat nie..cadangan aja..kurung anak ayam dalam serkap di tanah dulu secara berkala...memang anak ayam akan nampak monyok tapi ini hanyalah sementara..biler mereka dah serasi dengan tanah baru la dilepaskan berlari ke sana sini..

tu jer laa..peja ngntok..huhu..selamat mencuba..

Saturday, September 24, 2011

BeLa Ayam pun ADa Tempat..terima kasih tv3

salam..terima kasih kepada sokongan anda semua..tidak dilupakan juga kepada kengkawan yang menyokong usaha peja untuk menjaga warisan seni negara kita..
ayam serama peja telah dipilih untuk menyertai segmen lensa..masa ni family memang tak percaya sebab mereka memang sama sekali menyangka yang pihak tv3 telah membuat temujanji dengan peja..masa nie peja tak berapa sihat..tu yang suara agak serak..pertemuan selama 2 jam akhirnya membuahkan hasil sekaligus menaikkan nama kampung peja..
lepas kuar jer berita tu..ramai betul orang kampung yang menelefon bertanya khabar...camner ko leh masuk tv3..peja pun takut nak jawab..ianya memang secara kebetulan..
tapi bagi mereka yang belum tengok lagi dan untuk kepastian..
anda boleh melayari laman portal tv3..
www.tonton.com.my..nanti tengok semula jika anda terlepas siaran..BULETIN UTAMA 24 SEPTEMBER 2011..

Friday, September 23, 2011

PengEkalAn GENetik..baka Ayam MElayu..

 contoh pelapis induk..masih di reban cawangan..peja pon kene tnggu cuti baru leh arrange nak bawa balik..
 salam..selamat pagi.peja .pagi yang gelap..kini sudah terang..huhuhu..hujung tahun nie..nak wat balik stok induk baru laa..pilih jangan tak pilih..walaupun risiko bela adalam hutan sangat tinggi..dan for sure tiada pilihan kerana hidup mati nie kerja ALLah..berserah dan pasrah itulah yang paling terbaik peja rasa selaku kita hambanya yang kerdil..cuma..kita berusahalah..
ni salah seekor induk yang peja raser nak ambil balik kerana ibu kepada die nie dah maut..
macam yang peja kata sebelum ni laa..ayam jangan sampai jadi pecill..kalau tak buek rugi jo..nie tak..mentang2 kata ayam benih ada rekod baik..ikut pesum jer,.last2 baka jadi rosak..biler baka yang rosak mulala tuan tak tentu arah..
jangan sembang pasal nak cari yang elok la kalau awak dah masuk line pecil..
ni anak kepada ibu pama peja..tak payah nak membeli dah sebab anak kandang masih ada..cuma kumpul modal untuk cari bapak jer..memang ada yang kata negeri KElantan dan TErengganu masih banyak menyimpan ayam baka MElayu atau dengan kata lain ayam ganu asal untuk arena batang kaki or balut..tapi setakat nak main cekau jer baik anda buat pasport pergi masuk siam..
sebab baka tu memang ada tapi mungkin dah pecil..
peja berkenan satu jer kat baka ayam ganu asal atau ayam MElayu nie..die memang mirip ayam siam tapi tak sama..tapi bagi yang tak tahu memang main pakai kata jer nie ayam siam..sedangkan ayam kampung pon banyak baka..contohnya ayam hutan, ayam sentul dan ada beberapa baka lagi seingat peja..

Sunday, September 18, 2011

Waktu Untuk PEnyebAran BAka..


selamat pagi..semoga rakan semua telah bangun untk menunaikan tanggungjawab pada negara, bangsa dan agama..
peja ada melihat suatu artikel yang menyatakan waktu yang sesuai untuk mengahwinkan ayam siam untuk menghasilkan anak ayam yang bermutu tinggi..tapi kita yang selalu berkejar ke sana sini, adakah ada waktu untuk kita memantau kegiatan intim ayam2 kita..peja selalu melihat ayam siam ini hanya kerap semasa waktu senja..kadang2 bapak ayam ini akan mengawan dengan 5 hingga sepuluh ekor induk..
tak tahu la yang maner yang lebih mujarab untuk benihnya..hanya ALLAh YAng MAHa MEngetahui..

Wednesday, September 14, 2011

PEngubatan LAri Chasis..

salam..malam ini peja nak berbicara pasal ayam yang terlalu tarik pada masa kecik tetapi masih boleh diselamatkan..contohnya induk yang di belakang bapak kelabu ini dah lari chasis..tetapi masih boleh diselamatkan kerana  langkah pengubatan telah dilakukan secara berkala..
caranya..
biarkan ayam yang mengalami masalah chasis ini berlari atau tinggal di dalam reban tanah..ini akan membantu ayam anda untuk pulih walaupun tidak seratus peratus..

Tuesday, September 13, 2011

ReProDuktiviti Ayam Serama..Tamak membawa Rebah..

selamat malam peja ucapkan kepada pembaca blog peja yang tidak seberapa ini..malam ini peja merasakan perlunya peja memberitahu kepada pembaca yang tidak tahu..ada jugak yang dah tahu tapi buat2 tak tahu..mungkin terlepas pandang dan juga keseronokan menimba hasil menyebabkan kemungkinan untuk bertahan lama tidak kesampaian..
sebenarnya ayam serama ini hanyalah unggas kecil yang memang menjadi kegilaan kepada peminat nya..masakan tidak ramai yang sanggup berhabisan sama ada untuk mendapatkan baka terkini malah pelbagai kreativiti dapat dicungkil walaupun pada mulanya ianya hanyalah untuk memastikan ayam kesayangan menjuarai pertandingan..bapak yang gagah dan sihat dari baka yang mengungguli pertandingan dipilih untuk dijadikan pembaka..

bapak tak kisah mana lah..induk yang matang atau tidak tetapi memberikan produk atau anak yang bergaya juga tidak dilupakan...mereka akan dibiakkan sekerap yang mungkin untuk memastikan pengeluaran anak tidak putus..ada juga yang hanya membiarkan induk ayam mereka especially yang terpilih untuk bertelur tetapi tidak mengeram bagi memastikan ayam tersebut akan cepat bertelur jika tidak mengeram..
malah kekejaman yang kita pandang enteng ada juga yang masih 'mempesumkan' ibu ayam yang beranak kecil semata2 untuk menggalakkan ibu ayam itu bertelur dengan cepat..
melalui pengalaman peja yang tak banyak ni..situasi ini akan menggalakkan ayam anda akan bertelur lembik seperti telur penyu atau bertelur gorek (telur cicak)..
hal ini kerana sistem pembiakan ayam ini sangat kecil ditambah pula dengan kitaran telur yang terlalu kerap menyebabkan kalsium di dalam badan induk tidak dapat dihasilkan dengan sempurna.
selain itu juga, ibu ayam juga jarang diberikan keperluan yang sepatutnya diperolehi oleh seekor ayam..walaupun ayam serama saiznya lebih kurang saiz burung puyuh atau burung merpati, tetapi ianya tetap seekor ayam yang masih memerlukan pasir untuk mandi dan juga rumput segar untuk mematuk..
bagi peja tidak guna kita memaksa ibu ayam kita untuk menetaskan sebanyak mungkin anak jika prestasi ibu ayam kita hanya bertahan seketika cuma..
begitu juga pejantan...meletakkan pejantan dengan banyak betina dalam tempoh yang berterusan juga akan membawa kepada masalah reproduksi..
mungkin anda membayangkan tidak menjadi masalah jika seekor pejantan dilepaskan dengan sepuluh ekor betina contohnya..anda akan mendapat banyak anak..sangkaan anda meleset sama sekali..malah anda akan mengalami kerugian dengan lambakan anak ayam yang tidak ikut kehendak..tak guna anak ayam ada sampai 30 ekor tetapi nak masuk kategori anak seekor pon tak lulus..dah tu biler org datang mulalah menggaru kepala nak tunjuk ini anak ibu maner..itu anak bapak maner..
sebab tu lah peja menghadkan pejantan..biarlah org kate pejantan die boleh layak disepak sahaja..sebab peja bukan nak bwak bertanding bapaknya..yang kita nak lihat adalah potensi anak2 daripada bapak tersebut..
oleh itu peja ingin memberi nasihat kepada mereka yang nak ikut saja:
- jaga keperluan ibu ayam anda..
jaga kitaran telur ayam anda
- bagi rehat yang secukupnya kepada ibu ayam anda sebelum melepaskannya kembali bersama pejantan.
-jaga keperluan si pejantan.
-jangan pesum ayam masa ayam jantan meluruh ( salin bulu)..
sekian..
ape2 hal helo je peja..yang ane peja boleh tolong peja tolong..jagalah seni warisan negara kita..

Sunday, September 11, 2011

Sindrom Giler Mengeram...hOt Entry !!!!

 salam semua..setelah seminggu berkursus..peja kembali menjalankan tugas biasa..peja juga agak ketinggalan untuk mengupdate my lovely blog with the hot topic..huhuh..peja melihat banyak blog yang memaparkan kehebatan ayam masing2 dan jika dilihat dan diperhati..ada blog yang meletakkan gambar dari blog org lain tanpa keizinan dan ini salah satu pembohongan..its ok kalau nak copy dari laman web sebab ianya mungkin bersifat general..sebab kita pon kengkadang tak tahu siapa author yang sebenar tetapi jika dari dalam blog..kita akan mudah untuk melihat siapa authornya..so, sebaiknya..mintak la kebenarannya sebagai tuan punyer blog..
anda pernah tak mengalami sindrom giler mengeram..??bagi yang bela ayam memang tak terlepas laa..lainlah kalau bela kambing..huhu..
sindrom giler ngeram nie kalau dibiarkan bukan shaja dapt mengurangkan produktiviti tetapi jika berpanjangan akan membawa maut kepada ibu ayam anda..kebiasaan nya ayam yang mengalami sindrom ini akan mengeram di dalam sarang walaupun sudah tiada telur..ayam tetap mengeram walau anak2 sudah banyak yang tetas, atau anak ayam yang mati di dalam sarang dan ibu masih duduk di dalam sarang..
ini 2 ekor induk ayam yang peja yang masih dalam proses giler mengeram tetapi telah pulih dan telah bertelur kembali..sebenarnya ayam ni berkongsi tempat mengeram..jadi hanya ibu yang dominan sahaja yang boleh mengeram di dalam sarang manakala ibu yang kalah akan hanya duduk di tepi sarang utama..
bagi penternak yang tidak tahu mereka akan membiarkan ayam2 ini mengeram di tempat yang sama kerana mahukan kadar penetasan yang lebih tinggi..sebenarnya tidak sama sekali malah risiko untuk tembelang akan lebih tinggi..
so, peja akan mengurung ibu yang duduk di luar sarang di dalam reban berlantai tinggi..jangan lapik di bawah nya..sebabnya..nanti kene tanya peja sendiri..huhu..
then..anda mandikan ibu ayam anda dengan air perigi sampai lencun  dan biarkan ia kering sendiri..lagi baik air bunga atau air dettol..
bagi makan dedak dicampur yang dicampur dengan penambah hormon..
dan jangan lepas dengan ayam lain..kalau tak ayam anda lambat pulih..biler ayam itu dah balik kepada keadaan biasa barulah boleh dilepaskan..
ok..selamat mencuba..

Saturday, September 10, 2011

keSiHATAN aYAM kURUNGAN ...AYAM LAGA OR sERAMA

 ERGGHHH..ngantoknya..malam nie tetibe tadi terfikir biler ada orang veteran tanyer pasal cara nak bagi ayam fit...die tanyer peja tak lumpuh ker ayam peja kurung dalam perkup jer..sebab biler time dier datang ayam memang duk dalam perkup siang dan malam.  peja punyer analogi senang jer..
contoh orang duk bawah kolong or rumah setinggarden...adakah mereka akan hidup dalam kesakitan..tu la peja bagi jawapan..juz nak bagi die fikir...
kalau duk dalam rumah banglo mewah sekalipun..kalau tak jaga makan, pakai, kebersihan memang boleh jatuh sakit..tempat tinggal ni keperluan..tak semestinya temapat tinggal luas tu menjamin kesihatan ayam kita..
ayam muda peja nie peja bagi tempoh 2 bulan untuk survive dan fitness..dan perbezaan yang dapat dilihat memang besar..walaupun ayam nampak kurus tapi body kemas..juz sebab peja tak spar jer ayam nampak lembut jer..biler dah spar 2  3 kali baru nampak macho..
satu lagi..ayam yang dah dimasukkan dalam reban gini memang cepat cantik la bulu die..tak cayer leh tengok susuk tubuh anak muda nie..bulu lembap dan berkilat..tu tak kene ramuan lagi..huhu

ni gambar yang berbeza..tengok apa perbezaannya..erm..tak tahn nak tido nie..nitee

Sunday, September 4, 2011

PetS yang MenGuntungKan..

 salam..hari ini dah masuk keje balik..huhu..memang in mood vilage lagi..hari ini post nya agak berbeza dari sebelum ini..biar pembaca akan mendapat varieti dalam pembacaan blog peja ni..pada 23 julai yang lalu..anak sedara peja dapat hadiah sepasang anak arnab..warna putih melepak..setiap hari la bagi makan kangkung..time tu peja tak balik lagi..biler time peja nak balik mati la plak sekor..tak tahu la sebab apa..disebabkan kesian tengok arnab nie macam tensen je biler duk sekor dalam sangkar..peja pon g beli la yang coklat ni sekor..ermm..memang takdr pengalaman pon nak bela arnab tapi biler peja lepas main2 kat taman  bunga dengan ayam serama rase hilang letih..arnab nie memang jimat sebab die makan tak banyak dan yang paling hebat die punye najis memang the best untuk tumbuhan..
peja hanya alas bawah sangkar dengan bekas takung najis dan setiap pagi akan jemur jap dan buang dalam pasu..bulu arnab pula tak macam bulu kucing...die lagi lembut dan tak berbau..
mungkin sebab tak makan daging kot..ni first experience bela tapi lepas peja baca banyak blog pasal arnab nie peja raser memang ternakan nie lagi menguntungkan daripada ayam..yang jadi tak untung nyer sebab penternak tu sendiri..kalau dibuat ikut peraturan memang cepat menjadi..peja ada jugak tengok rating harga arnab,..walaupun tidak setinggi ayam laga atau ayam serama..tetapi arnab nie memang mempunyai banyak cabang industri..
dan ini juga sebenarnya satu alternatif bagi mereka yang duk umah taman or kondo yang takleh dibenarkan bela binatang..huhuh

Friday, September 2, 2011

juz nak pamer anak ayam peja yang kini telah menjadi bapak..memang stok jadi bapak laa...tengok la tbuhnyaa..huhu..huhu..tapi induknya masih tidak bertelur kerana  tidak serasi dengan bapak nie..tullaa..haiwan pon kene  memilih pasangannya juga..ini merupakan iktibar bagi penternak..sebab tu kalau untuk membiak...korang letak la ibu n bapak tu secara banyak dulu..or lpas kat tempat lapang lu biar mereka serasi..baru leh biakkan..memang nasib tak baik la sebab biler peja balik baru pindahkan..huhu
proses pembersihan akan dilakukan setelah reban baru telah siap..huhu..
 inilah reban baru untuk ayam muda kat umah peja..3 pintu aja tapi ok la untuk anak muda yang tengah galak..

tengok..anak muda ni galak takk dalam reban?? huhu..tapi peja dah letak penghadang dah kat tengah sebab kalau tak memang mereka nie akan melompat dan langgar dinding..huhu

rEZEKI RAya..

salam semua..ni pic yang disnap ketika cuti raya..pattern ibu gegar limbat vs bapak winston tidak menghampakan...walau anak yang tetas tak banyak tapi peja bersyukur kerana biler pulang ada juga bunyi anak ayam..huhu..tengok la hujung tahun nanti..peja akan biakkan sebanyak yang mungkin walau dalam masa sebulan lebih sahaja...
haaii...nak g jalan2 pon takleh sebab peja duk tenpat yang tak ada orang main ayam serama..

Wednesday, August 31, 2011

Salam LebAran Dan MErdeka ke-54

masih tidak terlalu lama untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan juga SelaMat Hari Merdeka ke -54 kepada seluruh pengunjung blog peja khususnya dan kepada seluruh masyarakat dunia amnya..
kesibukan melayan tetamu yang tidak putus-putus sejak raya pertama lagi membantutkan niat peja untuk mengupdate blog peja nie..
kawan-kawan yang tidak henti-henti datang mengakibatkan banyak jugak perkup yang kosong..tapi raya nie lebih bermakna kerana peja telah menjadi seorang yang berkerjaya..boleh la bagi anak-anak yang datang tu duit raya..
biler balik rumah aja..melihat wajah2 si sunti yang mula mengendeng bapak membuatkan hati ini gembira..peja sudah melihat tarnsformasi yang berlaku di mana pattern ayam siam peja mula menampakkan ciri2 asal..maknanya ciri2 baka asal mula kelihatan..tapi anak-anak ayam ini telah mempunyai saiz yang 2 kali ganda daripada ibu mereka sendiri..
ni la penangan sisik buruk..
benih rinting pula baru 3 bulan  tapi peja hold dulu bagi sapa yang nak sebab peja kene tengok dulu benih nie menjadi ke tak..kalau tak peja dulu akan mengabisinya..takut ayam tak berlaga darah jer...
ayam serama pula, kat reban peja anak tinggal 3 ekor lagi..mungkin hujung tahun nie baru peja boleh proses lagi sebab time tu peja cuti lama lagi..alaaa..dalam 2 bulan lebih je lagi..huhu..

sekian saja sebab peja nak g beraya umah kengkawan plak niee..

Saturday, August 20, 2011

KUaLiti bukaN KuanTiTi..standarD ayam kita....

 selamat pagi...
dah seminggu berlalu yaa....ni baru nak update semula..peja dapat merasakan kehangatan hari RAya sudah tiba...
huhu..minggu nie balik kampung..
setakat tinggal di CHanis nii..peja tak jumpa lagi penternak yang membiakkan ayam siam secara Galur MUrni..
peja membuat pemerhatian secara rawak...ada juga ayam yang nampak macam ciri ayam laga tapi mungkin tidak dapat dibawa berlaga kerana ayam sudah pecil atau sumbang..
ayam laga hanya dilepas bebas dengan ibu ayam kampung atau ayam hutan..
menyebabkan anak yang keluar tidak mewarisi gen ayam laga seratus peratus..

tengok ibu2 di atas..nampaknya memang tengah sesuai dijadikan induk kerana telah berumur setahun lebih..
yang putih bakas tu peja nak bawa balik reban utama raya nie..ecer kelabu tu pula hanya layak dibuek rondang joo..
anak2 muda di reban kedua banyak yang ikut stail pama..ekor jongket dan tulang liat..ingat peja nak potong jer..bukan apa..malas nak simpan pattern nie..yeler..kita duk jauh..baik tinggalkan yang berkenan di mata jer kan..huhu
ni pulak lepas makan..sumer lari membawa haluan..dan esoknya akan berkumpul semula untuk makan sarapan lagi!!!!!

Friday, August 12, 2011

RAMaDhan Bulan Yang Diberkati..Rezeki dinanti..

salam semua...tidak menjadi kesalahan jika peja mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al MUbarak ini..uhhuhu..hampir sebulan tak update blog..rasenya tangan ini tak tahan sangat ingin menulis..bukan tak nak update..sebagai freshie peja kene banyak belajar mengenai benda baru..dapat balik sekali je kat kg..tu pon setelah peja mendapat rezeki baru..ni diaa..
 peja dapat balik pon sebab memang nk sangat balik..nak tengok rakyat baru peja..peja bagi nama die Robert..hhuhuh..yeler..baka import beb..ni baru usia 3 minggu masa peja balik..tapi die nyer body macam jenis baka KK yang umur 2 bulan lebih..
tengok tuu..yang depan tu kakak tirinya dengan ibu KK...
ermm..kaler memang cun laaa..padahal bapak putih ibu putih..terus balik modal..cer teka..jantan ke betina...hahaha
tengok la ibu die..kemain garang lagi...tapi tahun depan beranak lagi ekk..

Saturday, July 16, 2011

huhuh..kembali normal..

salam semua...peja meletakkan kembali nombor telefon peja kat sini untuk memudahkan urusan semua pihak..

erghhh..tak sabar nak balik raya..hehehe..[
puasa pon tak lagi..tapi cuti raya ni nak la balik tengok anak2 baru keluar..benih rinting..

ayam serama pon ada tapi tak banyak..cukup la untuk memeriahkan reban yang ada,..

cuti ni hope dapat tengok la lembu peja yang bakal beranak..huhu..
bertambah lagi rezeki..

2 minggu akhir nie memang sibuk memanjang...tapi peja banyak gak la out station..ingat nak singgah la umah abe2 otai tapi segan la...sebab ikut orang jer..lagipun atas urusan kerja kan..ermm..

puasa first time di tempat orang selepas bekerja nie maybe baru bagi peja..so, kena la buat persiapan sikit..tapi kat sini hope senang laa..huhuhu..k laa//sekian..

Friday, July 1, 2011

PengumuMAn semua..hope FAham..

salam semua..

peja merasakan buat sementara ini, bagi mereka yang mempunyai sebarang kemusykilan kerana peja telah memadamkan nombor telefon peja kerana mempunyai sedikit masalah teknikal..
tapi jangan risau..

anda hanya perlu emel kepada emel saya..

joghoipsm87@gmail.com

saya akan bagi number telefon melalui emel..

Monday, June 20, 2011

LagAK Si Kurik 042..

peja dah cube jinakkan ayam nie..ayam lain yang sama dijinakkan sekali dengan kurik ni pon dah jinak dah..yang nie adik sikit pada kurik 041..memang nampak sama sebab ibunya yang sama..bapak pon sama..yang 041 dah ada orang amik..memang kalau nak kurung ayam yang liar kita takleh kurung dalam reban besar..lagi la ayam tu takut..


sebab tu la terkukur untuk denak orang tak letak dalam reban..sebab boleh selalu dipegang dan dibelai..

paling penting jangan selalu sergah ayam kita atau main ayam yang tengah nak tumbuh bulu..sebab time nie ayam kita tengah sakit sebab bulu tengah tumbuh..kalau nak ajar pegang pon kene perlahan2.

time raya ni balik lagi..tak lama dah jgak..3 bulan lagi rasenya..hahaha..

Sunday, June 19, 2011

TukaR itu, Tukar Ini..jaga line asal ayam serama!!!



salam semua..perkembangan yang sekata dan menarik bagi ayam serama seluruh Malaysia..
peja juga tumpang bangga kerana ketekunan dan kecekalan breeder baru yang begitu teliti membiakkan ayam yang mana produknya memang boleh dibanggakan..

bagusnya..banyak aksesori ayam serama yang dapat ditukar..tapi crossbreeding yang terlalu banyak menyebabkan tujuan asal ayam akan lari..maksudnya ayam yang untuk bergaya agak sukar untuk dihasilkan..ini adalah kerana ciri aksesori yang terlalu dipentingkan menyebabkan hanya aksesori yang kita dapat..nasihat peja if nak ubah aksesori hendaklah cari ayam yang sebaka untuk memudahkan kita mendapat hasil yang lebih baik..

Friday, June 17, 2011

seRama Kini..



lamanya tak bercerita tentang ayam kecil molek ni kan..yele..ayam ni sebenarnya kT rumah peja memang dah masuk spesies terancam dah..huhu..bukan per..ayam membiak tapi disebabkan penjagaan yang kurang ayam payah sikit la nak besar..

tapi tahun depan peja bercadang nak bawak serama ke tempat peja ada skang..senang sikit nak biakkan..tanah kat sini pon luas mata memandang..setakat serama tu..bwak dua pasang induk kandang memang 3 bulan anak dah berderet dah..salah buat siap boleh buat taman lagi laa..

tapi tu semua dalam perancangan laa..tak tahu lulus ke tak lagi..haha..kalau tak lulus pon akhir tahun nie memang peja biakkan betol2 laa..

anak tine ni memang dah jadi induk dah skang..juzt nak tunjukk bahawa peja tak aktif lagi la nak betanding sebab kat cini mane ada tempat pertandingan untuk serama kan..hahaha..11

Ijau KAmBUU 060



barang ni la yang peja dah spar sebelum nie..
ni pose time die tengah rehat..

sisik die memang digemari ramai laa..
tapi nie payah nak keluar..

Tuesday, June 14, 2011

testing BLOODLINE bARU..IJAU KAMbU VS ArA KAKI pUtIH..

.

HUHU..lame tak update video..nak update ikut youtube..ada yang download plak..ni rakam sendiri..anak ayam lembut sangat laa..lama tak sparr..memang balut habis la..
sekor jenis ayam jalan sekor lagi jenis sepak ajer..semalam salah publish luu..tak nulis..huhu...

ijau kambu nie memang nak dijadikan bapak la..sbab sekor nie jer bakanya..ayam ni kurang bulu jer..

tengok line baru..leh tiru siam takkk???

Monday, June 13, 2011

yee..yeee..ReBAN BAruuu..

haiii..salam semua..cuti 2 minggu ni peja tak tahu ape nak buat..so, ada duit sikit..baru dapat ongkos la katakan..daripada berjoli sakan..baik buat apartment baru..huhu..apartment ayam jer..tapi ayam punyer pon telan dekat rm 700 jugak laa..takder la mahal sangat sebab benda ni tahan lama..robohkan reban lamer..ayam pon dah kurang..sebab banyak dah diangkut oleh tuan baru..jadi takde la kena kurung banyak sangat..peja buat jenis pasang siap..3 pintu..bukan ape..untuk meletakkan jagoan2 terpilih ni laa..
tinggi 6 kaki dan luas 4 kaki persegi..untuk buat biak pon boleh..tapi peja suker lepas kalau untuk biak..tapi yang peliknya..maser peja ada jer diorang galak berlaga..haha..tunjuk jaguh la tuuu..
ni dawai berduri..malas nak guna papan sebab yang ni more practical dan dan dari jauh boleh nampak cantik..kalau papan reban cepat nampak buruk laa..satu lagi banyak mengundang binatang berbisa..
buat dinding sekeping-sekeping luu..baru dirikan..tapi peja tolong dirikan jer..ni kwan abang peja yang tolong..
jangan membazir..kayu 1x2 inci juga berguna walau ianya dari reban yang telah dirobohkan..yeler..kawasan rumah peja sempit sangat..so, penyusunan yang rapi sangat penting untuk memudahkan ayam melakukan aktiviti seharian mereka..tu tengok..si rinting..baru lah datang semangat nak mengawan..huhu..

Tuesday, June 7, 2011

LasT tRIp eKsPOrT..

HEHHEE..setakat ni anak ayam siam habis..tinggal anak muda je lagi 3 ekor..kira ayam bujang laa..yang last dibeli adalah geng2 dalam gambar di atas..yang nie peja memang puji brader nie..memang betul2 peminat sejati la..peja lak menuntut ilmu ngan beliau..orgnya merendah diri dan memang tak berkira langsung..die plak marah biler peja nak bagi present..hope peja dapat la amik benih ayam beliau plak nanti..
sebagai breeder, tak jadi masalah pun nak try benih ayam orang lain sebab boleh upgred ayam kita..jangan segan la untuk tanyer orang2 lama pasal ayam nie..diorang bukannya tak nak bagitahu..tapi dah kita tak tanyer..???

Kurik GediK 041

 haii..bosan lak tengok tv..upload foto la time cuti nie..
ari jumaat ni dah kene g kuantan dah..sedih la jugak nak tinggalkan anak2 yang semakin gemuk setelah 2 minggu makan minum mereka terjaga..
huu..time amik gambar nie kawasan tengah bersepah coz..robohkan reban lamm..bina apartment baruu..hahaha..

peja bagi nama gedik sebab anak ayam nie liar sangat..nak pegang pon takleh..haha..dah la berat..
nanti peja upload video2 diorang pasni..tunggu..gambar sisik peja tak reti amik laaa..yeler..ayam kan bergerak2..

 ni siap angkat kaki sebelah plak..org nak amik gambor jerkk..
ni gambar penuh..tapi kena datang pegang la kalau nak tahu tulang kemas ke takk..

Wednesday, June 1, 2011

merah cakung 033..fotostat bapakk..

setahun peja biak ayam..ni first time tengok anak sisik buruk yang memang sebijik keluar macam sisik buruk..
memang cun,..cara mainnya pon cam sisik buruk..terubat rindu peja kat sisik buruk..
untuk
 pengetahuan semua..sisik buruk dah maut..sedey peja..
tapi nak buek camno haa..benda bernyawa..

 anak ayam ni baru belajar berkokok tapi berat dah cecah 3 kg lebih..huh
 tengok la mukernye..
sisik je tak buruk lagi..

si Kuning..BARAng uDAh Siapp..boleh kelih,,boleh test..


 haii...ni dia sekor2 nya barang siap..tapi cakap terang2..ni bukan line ayam peja..tapi ayam nie udah siapp..bagi sesapa yang minat ayam yang dah siap la..tapi
 kalau nak tengok kene buat appointment lu..sebab kene g amik lu ayam nyer..
 sisik kaki pon peja tak amik penuh...kalau tak puas hati datang tengok laaa..
ayam ni tuan die kabo 2.8 kg jer..