WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Saturday, March 26, 2011

warisan zaman part 2

sambungan dari part 1..


Arena ayam berlaga ini dipanggil "bon". Bon zaman dahulu merupakan sebuah lubang dua kali dalam yang dikorek bulat dengan garis lentang sepanjang 14 kaki di atas tanah. Bon sekarang tidak dikorek tanah lagi tetapi di atas keluasan yang sama kawasan itu dilengkongi dengan guni atau kain plastik sebagai dinding.
Ketua yang menjadi pengadil perlagaan ialah "Nai Bon". "Nai" ialah Tuan atau Ketua dalam bahasa Thai. Nai Bon ialah orang yang menentukan masa pusingan, jumlah pusingan dan syarat-syarat lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Satu-satu pusingan itu dipanggil "Air". Satu air berlangsung selama lima belas minit iaitu selama sebiji batil yang berlubang kecil tenggelam di dalam sebuah pasu air. Sekarang ini batil itu digantikan dengan tempurung sahaja.
Sebelum memulakan perlagaan, ayam-ayam yang hendak bertanding dipadankan terlebih dahulu. Banyak pasang dipadankan serentak di dalam bon. Pasang-pasang yang hendak berlaga dipegang dan diletakkan menghadapi satu sama lain oleh tuannya atau juara masing-masing. Juara ialah orang yang membawa ayam masuk ke dalam bon, boleh jadi tuan ayam itu sendiri atau orang lain yang dipercayai oleh tuan ayam. Persetujuan antara tuan ayam dan juara-juara dengan pasangan masing-masing perlu diperolehi dengan jelas. Nai Bon memerhatikan persetujuan-persetujuan itu dihormati kelak.
 contoh bon zaman dulu..
macam terbuka kan permainan niee...

waRiSan BUdayA..part 1

 salam semua..soori la lame tak update blog..bizi sikit dengan kerje pengkeranian..peja NIE tak suke sangat wat2 keje dokumentasi nie tapi kene la buat..peja more kepada keje penghasilan produk..contohnya..bela ayam aarr..
peja juga berkesempatan menemuramah dengan seorang cikgu lama peja yang juga pernah jadi player la dulu..peja bagitahu la pasal perdebatan mengenai peredaran zaman ayam laga nie..camner nak produce ayam laga untuk kejar trend skarang nie..dan jawapan beliau telah membuatkan peja terfikir..memang sebelum pikir jugak gitu tapi yelakan..kita masih mudah terpengaruh dengan propa player2 kini..
die kata mudah jer..dulu pon ada juga orang main ayam sambung..ada juga yang main taji asal..dan ada juga yang main batang kaki..maknanya,..keje pengupgredan nie memang sentiasa berlaku..dulu pon orang turun naik siam jugak untuk berlaga..so, memang tak timbul soal benih ketinggalan zaman or not kalau memang benih tu baik..nak menang minit2 tu dulu pon ada jer menang minit2..tu pendapat die la...
jadi peja pon mendapat sikit sebanyak ilmu lagi pasal ayam ne..kat keratong ni ada jugak yang bela ayam laga nie tapi peja hanya mampu memerhati..juz nak risik2 tanyer lu...tapi jarang ada ayam batang kaki..more pada taji asal.

ni peja ada terjumpa pasal artikel warisan budaya yang mungkin akan hilang ditelan zamann..

Satu daripada kegemaran orang-orang melayu ialah berlaga ayam atau menyabung ayam. Permainan ini, jika boleh dipanggilkan permainan, berasal beratus-ratus tahun malahan beribu tahun jika dikira ia telah wujud di zaman Kerajaan Langkasuka lagi.

Wednesday, March 16, 2011

JAGA2..penjual Ayam Curi..

kegilaan terhadap ayam siam yang semakin meningkat menyebabkan berlakunya jenayah tanpa kita sedari..kalu dikutkan tingkah laku tidak bermoral ini telah berlarutan sejak dahulu lagi tapi peja tetap hairan keran yang pelakunya terdiri di kalangan orang yang berilmu..
if kalu yang curi tu mat pet takder la heran sangat tapi yang mastermind nyer adalah orang yang boleh menilai buruk baik sesuatu perbuatan..
tak berbaloi la jual ayam curi..
takut tak sempat nak hantar ke balai kang renyuk kene belasah oleh geng ayam ..hahahaha..peja hanya mampu nasihat jer..berani buat berani tanggung..

Sunday, March 13, 2011

AyAm SeraMA REjecT??? jangan Cepat DilEtgoo..

SALAM SEMUA...skang nie peja tengah berbosan2 dekat kuantan..memang tunggu mase jer nak balik nie..hahaha..berdasarkan lawatan dan juga interview dengan otai2 serama yang kebanyakkan nyer player la...kalau setakat breeder peja kurang kenal..sebab ada breeder yang memang juz untuk bela as pets dan semata2 untuk jual..dan ada breeder yang takut untuk turun ker bon kerana takut jatuh nama..
benda ni terpulang pada masing2...peja pun bukannyer player sepenuh masa tetapi takder la nak beli ayam pastu nak g bertanding terus..biler ayam tu dah turun bulu or takleh nak dibaiki lagi..terus buat pembaka n jual anak or cari jer yang lain..bagi player yang sememangnya arif tentang seni pembiakan serama..mereka takkan gunakan bapak yang kecil molek kerana masalah benih yang sememangnya payah..sebab tu ada istilah bapak kandang dan ibu kandang..
dan jika anda pergi la melawat ke reban2 tersohor or breeder2 hebat..mereka jarang membawa anda ke reban induk..sebab aper..??ni anda fikirkanlah sendiri..
dan bagi mereka yang telah mendapat formula reban jarang akan melepaskan benih berkenaan kepada orang lain kerana bimbangkan penularan benih mereka ke tangan orang lain..
dan jika masih dijual harganya masih mahal kerana benih yang ada di dalam ayam tersebut..dan bagi breeder yang masih belum arif tentang ayam ini sudah tentu akan cepat ,membuang baka ayam itu atau dengan istilah kejamnya..semelih jer.,.mengabiskan jagung jer..
jangan gitu..bela dulu kerana dalam seekor ayam reject nie banyak manfaat yang kita boleh dapat..!!!!

Wednesday, March 2, 2011

PengabAian Yang MembAWA pADAH...

 JANGAN AMIK MUDAH!!
VIRUS TIDAK DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR..

SALAM SEMUA..skang nie tengah nak tunggu masa masuk kelas..internet kat sekolah jer boleh tahan..so, jangan siakannyer..peja kat sekolah nie jadi ketua panitia Pendidikan Sivik, ketua bilik Percambahan Ilmu..dan Ketua Perpustakaan, ahli kelab Anti Dadah..
minggu nie minggu sukan..
so, sangat sibuk..
tapi tak dapat menyembunyikan perasaan bosan biler takleh main ayam..orang kat sini juzt buat reban besor2 tapi buat bela ayam kampung jerk..ermm..cuti minggu depan tapi takleh nak balik kampung rasenyer,..erghhh..tapi tetap aku gagahkan diri untuk tengok reban baru di dungun..hahahaha..
situasi nie adalah masa peja baru2 bawak masuk line kurik 5 tahun lalu..tetas dekat 70 ekor tapi nak tunggu sampai besar sepuluh ekor pon sakit..
masa tu takder der kene sampar tapi disebabkan kebodohan sendiri..huuhhuhu..ni la..tapi biler dah tahu teknik nyer..benda camni boleh la dikurangkan..