WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Friday, September 30, 2011

LANGKAH-LANGKAH tRUN tANAh..AYAM cULTURE sHOCk...

 SELAMAT PAGI DAN ASSALAMUALAIKUM..dah seminggu peja tak update blog kann..huhu.pagi nie baru ada peluang..peja update blog nie selain dari menceritakan pengalaman bersama ayam2 yang tak seberapa ini..peja juga akan mengupdate blog peja dengan entry yang berasal dari persoalan2 yang ditimbulkan oleh reader blog peja..kengkadang peja tak sempat nak jawab kol..apatah lagi nak reply msg..sebab kalau explain melalui msg salah kiter taip org jadi salah faham..so, peja lebih suka kalau kengkawan kol je terus..kalau tak nak borak lelamer pun..juz tanyer yang perlu jer..
entry nie peja nak cerita tentang cara ayam mula turun tanah..kalau kat reban peja..tak yah tunggu 3 bulan..baru tetas seminggu anak ayam dah mula makan pasir dah..
CUMA..anda kene ingat..anak ayam yang mula dinjangkit kuman ke dalam badannya akan lambat besar berbanding anak ayam  yang dibela di dalam reban yang BERSIH selama 2 bulan sebelum dilepaskan ke tanah..
peja telah buat perbandingan antara anak ayam kurung dan anak ayam yang dilepaskan bersama induk..pasnie korang tengok la pro n kontra nyer peja bagi dengan solusi sekali..
keputusan :
anak ayam yang dilepaskan bersama induk selama 2 bulan..anak ayam akan lebih tahan..masa nie anak ayam akan kurus sedikit sebab terlalu aktif..dan jangkitan penyakit yang menyerang akan mula imun terhdap mereka...anak ayam cergas tapi nampak kecil..

anak ayam yang dikurung dan diberi makan cukup akan besar 3 kali ganda dalam tempoh yang sama..anak ayam akan sihat walafiat..cergas macam biasa..tetapi mungkin tidak tahan terhadap penyakit..biler penyakit menyerang..satu petak reban akan terima padahnya..

solusi..
bagi anak ayam yang lepas bebas..anda kene letakkan ubat antibiotik yang secukupnya ke dalam air bersih untuk kesihatan anak ayam anda..

bagi anak ayam kurung..buat macam peja buat nie..cadangan aja..kurung anak ayam dalam serkap di tanah dulu secara berkala...memang anak ayam akan nampak monyok tapi ini hanyalah sementara..biler mereka dah serasi dengan tanah baru la dilepaskan berlari ke sana sini..

tu jer laa..peja ngntok..huhu..selamat mencuba..

Saturday, September 24, 2011

BeLa Ayam pun ADa Tempat..terima kasih tv3

salam..terima kasih kepada sokongan anda semua..tidak dilupakan juga kepada kengkawan yang menyokong usaha peja untuk menjaga warisan seni negara kita..
ayam serama peja telah dipilih untuk menyertai segmen lensa..masa ni family memang tak percaya sebab mereka memang sama sekali menyangka yang pihak tv3 telah membuat temujanji dengan peja..masa nie peja tak berapa sihat..tu yang suara agak serak..pertemuan selama 2 jam akhirnya membuahkan hasil sekaligus menaikkan nama kampung peja..
lepas kuar jer berita tu..ramai betul orang kampung yang menelefon bertanya khabar...camner ko leh masuk tv3..peja pun takut nak jawab..ianya memang secara kebetulan..
tapi bagi mereka yang belum tengok lagi dan untuk kepastian..
anda boleh melayari laman portal tv3..
www.tonton.com.my..nanti tengok semula jika anda terlepas siaran..BULETIN UTAMA 24 SEPTEMBER 2011..

Friday, September 23, 2011

PengEkalAn GENetik..baka Ayam MElayu..

 contoh pelapis induk..masih di reban cawangan..peja pon kene tnggu cuti baru leh arrange nak bawa balik..
 salam..selamat pagi.peja .pagi yang gelap..kini sudah terang..huhuhu..hujung tahun nie..nak wat balik stok induk baru laa..pilih jangan tak pilih..walaupun risiko bela adalam hutan sangat tinggi..dan for sure tiada pilihan kerana hidup mati nie kerja ALLah..berserah dan pasrah itulah yang paling terbaik peja rasa selaku kita hambanya yang kerdil..cuma..kita berusahalah..
ni salah seekor induk yang peja raser nak ambil balik kerana ibu kepada die nie dah maut..
macam yang peja kata sebelum ni laa..ayam jangan sampai jadi pecill..kalau tak buek rugi jo..nie tak..mentang2 kata ayam benih ada rekod baik..ikut pesum jer,.last2 baka jadi rosak..biler baka yang rosak mulala tuan tak tentu arah..
jangan sembang pasal nak cari yang elok la kalau awak dah masuk line pecil..
ni anak kepada ibu pama peja..tak payah nak membeli dah sebab anak kandang masih ada..cuma kumpul modal untuk cari bapak jer..memang ada yang kata negeri KElantan dan TErengganu masih banyak menyimpan ayam baka MElayu atau dengan kata lain ayam ganu asal untuk arena batang kaki or balut..tapi setakat nak main cekau jer baik anda buat pasport pergi masuk siam..
sebab baka tu memang ada tapi mungkin dah pecil..
peja berkenan satu jer kat baka ayam ganu asal atau ayam MElayu nie..die memang mirip ayam siam tapi tak sama..tapi bagi yang tak tahu memang main pakai kata jer nie ayam siam..sedangkan ayam kampung pon banyak baka..contohnya ayam hutan, ayam sentul dan ada beberapa baka lagi seingat peja..

Sunday, September 18, 2011

Waktu Untuk PEnyebAran BAka..


selamat pagi..semoga rakan semua telah bangun untk menunaikan tanggungjawab pada negara, bangsa dan agama..
peja ada melihat suatu artikel yang menyatakan waktu yang sesuai untuk mengahwinkan ayam siam untuk menghasilkan anak ayam yang bermutu tinggi..tapi kita yang selalu berkejar ke sana sini, adakah ada waktu untuk kita memantau kegiatan intim ayam2 kita..peja selalu melihat ayam siam ini hanya kerap semasa waktu senja..kadang2 bapak ayam ini akan mengawan dengan 5 hingga sepuluh ekor induk..
tak tahu la yang maner yang lebih mujarab untuk benihnya..hanya ALLAh YAng MAHa MEngetahui..

Wednesday, September 14, 2011

PEngubatan LAri Chasis..

salam..malam ini peja nak berbicara pasal ayam yang terlalu tarik pada masa kecik tetapi masih boleh diselamatkan..contohnya induk yang di belakang bapak kelabu ini dah lari chasis..tetapi masih boleh diselamatkan kerana  langkah pengubatan telah dilakukan secara berkala..
caranya..
biarkan ayam yang mengalami masalah chasis ini berlari atau tinggal di dalam reban tanah..ini akan membantu ayam anda untuk pulih walaupun tidak seratus peratus..

Tuesday, September 13, 2011

ReProDuktiviti Ayam Serama..Tamak membawa Rebah..

selamat malam peja ucapkan kepada pembaca blog peja yang tidak seberapa ini..malam ini peja merasakan perlunya peja memberitahu kepada pembaca yang tidak tahu..ada jugak yang dah tahu tapi buat2 tak tahu..mungkin terlepas pandang dan juga keseronokan menimba hasil menyebabkan kemungkinan untuk bertahan lama tidak kesampaian..
sebenarnya ayam serama ini hanyalah unggas kecil yang memang menjadi kegilaan kepada peminat nya..masakan tidak ramai yang sanggup berhabisan sama ada untuk mendapatkan baka terkini malah pelbagai kreativiti dapat dicungkil walaupun pada mulanya ianya hanyalah untuk memastikan ayam kesayangan menjuarai pertandingan..bapak yang gagah dan sihat dari baka yang mengungguli pertandingan dipilih untuk dijadikan pembaka..

bapak tak kisah mana lah..induk yang matang atau tidak tetapi memberikan produk atau anak yang bergaya juga tidak dilupakan...mereka akan dibiakkan sekerap yang mungkin untuk memastikan pengeluaran anak tidak putus..ada juga yang hanya membiarkan induk ayam mereka especially yang terpilih untuk bertelur tetapi tidak mengeram bagi memastikan ayam tersebut akan cepat bertelur jika tidak mengeram..
malah kekejaman yang kita pandang enteng ada juga yang masih 'mempesumkan' ibu ayam yang beranak kecil semata2 untuk menggalakkan ibu ayam itu bertelur dengan cepat..
melalui pengalaman peja yang tak banyak ni..situasi ini akan menggalakkan ayam anda akan bertelur lembik seperti telur penyu atau bertelur gorek (telur cicak)..
hal ini kerana sistem pembiakan ayam ini sangat kecil ditambah pula dengan kitaran telur yang terlalu kerap menyebabkan kalsium di dalam badan induk tidak dapat dihasilkan dengan sempurna.
selain itu juga, ibu ayam juga jarang diberikan keperluan yang sepatutnya diperolehi oleh seekor ayam..walaupun ayam serama saiznya lebih kurang saiz burung puyuh atau burung merpati, tetapi ianya tetap seekor ayam yang masih memerlukan pasir untuk mandi dan juga rumput segar untuk mematuk..
bagi peja tidak guna kita memaksa ibu ayam kita untuk menetaskan sebanyak mungkin anak jika prestasi ibu ayam kita hanya bertahan seketika cuma..
begitu juga pejantan...meletakkan pejantan dengan banyak betina dalam tempoh yang berterusan juga akan membawa kepada masalah reproduksi..
mungkin anda membayangkan tidak menjadi masalah jika seekor pejantan dilepaskan dengan sepuluh ekor betina contohnya..anda akan mendapat banyak anak..sangkaan anda meleset sama sekali..malah anda akan mengalami kerugian dengan lambakan anak ayam yang tidak ikut kehendak..tak guna anak ayam ada sampai 30 ekor tetapi nak masuk kategori anak seekor pon tak lulus..dah tu biler org datang mulalah menggaru kepala nak tunjuk ini anak ibu maner..itu anak bapak maner..
sebab tu lah peja menghadkan pejantan..biarlah org kate pejantan die boleh layak disepak sahaja..sebab peja bukan nak bwak bertanding bapaknya..yang kita nak lihat adalah potensi anak2 daripada bapak tersebut..
oleh itu peja ingin memberi nasihat kepada mereka yang nak ikut saja:
- jaga keperluan ibu ayam anda..
jaga kitaran telur ayam anda
- bagi rehat yang secukupnya kepada ibu ayam anda sebelum melepaskannya kembali bersama pejantan.
-jaga keperluan si pejantan.
-jangan pesum ayam masa ayam jantan meluruh ( salin bulu)..
sekian..
ape2 hal helo je peja..yang ane peja boleh tolong peja tolong..jagalah seni warisan negara kita..

Sunday, September 11, 2011

Sindrom Giler Mengeram...hOt Entry !!!!

 salam semua..setelah seminggu berkursus..peja kembali menjalankan tugas biasa..peja juga agak ketinggalan untuk mengupdate my lovely blog with the hot topic..huhuh..peja melihat banyak blog yang memaparkan kehebatan ayam masing2 dan jika dilihat dan diperhati..ada blog yang meletakkan gambar dari blog org lain tanpa keizinan dan ini salah satu pembohongan..its ok kalau nak copy dari laman web sebab ianya mungkin bersifat general..sebab kita pon kengkadang tak tahu siapa author yang sebenar tetapi jika dari dalam blog..kita akan mudah untuk melihat siapa authornya..so, sebaiknya..mintak la kebenarannya sebagai tuan punyer blog..
anda pernah tak mengalami sindrom giler mengeram..??bagi yang bela ayam memang tak terlepas laa..lainlah kalau bela kambing..huhu..
sindrom giler ngeram nie kalau dibiarkan bukan shaja dapt mengurangkan produktiviti tetapi jika berpanjangan akan membawa maut kepada ibu ayam anda..kebiasaan nya ayam yang mengalami sindrom ini akan mengeram di dalam sarang walaupun sudah tiada telur..ayam tetap mengeram walau anak2 sudah banyak yang tetas, atau anak ayam yang mati di dalam sarang dan ibu masih duduk di dalam sarang..
ini 2 ekor induk ayam yang peja yang masih dalam proses giler mengeram tetapi telah pulih dan telah bertelur kembali..sebenarnya ayam ni berkongsi tempat mengeram..jadi hanya ibu yang dominan sahaja yang boleh mengeram di dalam sarang manakala ibu yang kalah akan hanya duduk di tepi sarang utama..
bagi penternak yang tidak tahu mereka akan membiarkan ayam2 ini mengeram di tempat yang sama kerana mahukan kadar penetasan yang lebih tinggi..sebenarnya tidak sama sekali malah risiko untuk tembelang akan lebih tinggi..
so, peja akan mengurung ibu yang duduk di luar sarang di dalam reban berlantai tinggi..jangan lapik di bawah nya..sebabnya..nanti kene tanya peja sendiri..huhu..
then..anda mandikan ibu ayam anda dengan air perigi sampai lencun  dan biarkan ia kering sendiri..lagi baik air bunga atau air dettol..
bagi makan dedak dicampur yang dicampur dengan penambah hormon..
dan jangan lepas dengan ayam lain..kalau tak ayam anda lambat pulih..biler ayam itu dah balik kepada keadaan biasa barulah boleh dilepaskan..
ok..selamat mencuba..

Saturday, September 10, 2011

keSiHATAN aYAM kURUNGAN ...AYAM LAGA OR sERAMA

 ERGGHHH..ngantoknya..malam nie tetibe tadi terfikir biler ada orang veteran tanyer pasal cara nak bagi ayam fit...die tanyer peja tak lumpuh ker ayam peja kurung dalam perkup jer..sebab biler time dier datang ayam memang duk dalam perkup siang dan malam.  peja punyer analogi senang jer..
contoh orang duk bawah kolong or rumah setinggarden...adakah mereka akan hidup dalam kesakitan..tu la peja bagi jawapan..juz nak bagi die fikir...
kalau duk dalam rumah banglo mewah sekalipun..kalau tak jaga makan, pakai, kebersihan memang boleh jatuh sakit..tempat tinggal ni keperluan..tak semestinya temapat tinggal luas tu menjamin kesihatan ayam kita..
ayam muda peja nie peja bagi tempoh 2 bulan untuk survive dan fitness..dan perbezaan yang dapat dilihat memang besar..walaupun ayam nampak kurus tapi body kemas..juz sebab peja tak spar jer ayam nampak lembut jer..biler dah spar 2  3 kali baru nampak macho..
satu lagi..ayam yang dah dimasukkan dalam reban gini memang cepat cantik la bulu die..tak cayer leh tengok susuk tubuh anak muda nie..bulu lembap dan berkilat..tu tak kene ramuan lagi..huhu

ni gambar yang berbeza..tengok apa perbezaannya..erm..tak tahn nak tido nie..nitee

Sunday, September 4, 2011

PetS yang MenGuntungKan..

 salam..hari ini dah masuk keje balik..huhu..memang in mood vilage lagi..hari ini post nya agak berbeza dari sebelum ini..biar pembaca akan mendapat varieti dalam pembacaan blog peja ni..pada 23 julai yang lalu..anak sedara peja dapat hadiah sepasang anak arnab..warna putih melepak..setiap hari la bagi makan kangkung..time tu peja tak balik lagi..biler time peja nak balik mati la plak sekor..tak tahu la sebab apa..disebabkan kesian tengok arnab nie macam tensen je biler duk sekor dalam sangkar..peja pon g beli la yang coklat ni sekor..ermm..memang takdr pengalaman pon nak bela arnab tapi biler peja lepas main2 kat taman  bunga dengan ayam serama rase hilang letih..arnab nie memang jimat sebab die makan tak banyak dan yang paling hebat die punye najis memang the best untuk tumbuhan..
peja hanya alas bawah sangkar dengan bekas takung najis dan setiap pagi akan jemur jap dan buang dalam pasu..bulu arnab pula tak macam bulu kucing...die lagi lembut dan tak berbau..
mungkin sebab tak makan daging kot..ni first experience bela tapi lepas peja baca banyak blog pasal arnab nie peja raser memang ternakan nie lagi menguntungkan daripada ayam..yang jadi tak untung nyer sebab penternak tu sendiri..kalau dibuat ikut peraturan memang cepat menjadi..peja ada jugak tengok rating harga arnab,..walaupun tidak setinggi ayam laga atau ayam serama..tetapi arnab nie memang mempunyai banyak cabang industri..
dan ini juga sebenarnya satu alternatif bagi mereka yang duk umah taman or kondo yang takleh dibenarkan bela binatang..huhuh

Friday, September 2, 2011

juz nak pamer anak ayam peja yang kini telah menjadi bapak..memang stok jadi bapak laa...tengok la tbuhnyaa..huhu..huhu..tapi induknya masih tidak bertelur kerana  tidak serasi dengan bapak nie..tullaa..haiwan pon kene  memilih pasangannya juga..ini merupakan iktibar bagi penternak..sebab tu kalau untuk membiak...korang letak la ibu n bapak tu secara banyak dulu..or lpas kat tempat lapang lu biar mereka serasi..baru leh biakkan..memang nasib tak baik la sebab biler peja balik baru pindahkan..huhu
proses pembersihan akan dilakukan setelah reban baru telah siap..huhu..
 inilah reban baru untuk ayam muda kat umah peja..3 pintu aja tapi ok la untuk anak muda yang tengah galak..

tengok..anak muda ni galak takk dalam reban?? huhu..tapi peja dah letak penghadang dah kat tengah sebab kalau tak memang mereka nie akan melompat dan langgar dinding..huhu

rEZEKI RAya..

salam semua..ni pic yang disnap ketika cuti raya..pattern ibu gegar limbat vs bapak winston tidak menghampakan...walau anak yang tetas tak banyak tapi peja bersyukur kerana biler pulang ada juga bunyi anak ayam..huhu..tengok la hujung tahun nanti..peja akan biakkan sebanyak yang mungkin walau dalam masa sebulan lebih sahaja...
haaii...nak g jalan2 pon takleh sebab peja duk tenpat yang tak ada orang main ayam serama..