WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Tuesday, December 31, 2013

ara sitam..penamat tahun 2013..

salam..
selamat tahun baru 2014..
mungkin kehadiran tahun baru nie banyak akan mengubah hidup peja sebagai penternak ayam..
sebab rasanya peja dah banyak capai impian dalam penternakan ayam ni..

dan rasanya kalau nak bersara pun tak apa dah kot,..
huhu..sanggup ke nak bersara..
selagi ada jual jagung dan dedak di kedai binatang tak kot..

tapi tahun nie memang akan banyak kejutan..

tahun 2014 peja harap akan banyak rezeki yang datang..
produk mula makin bersih..
pelbagai jenis produk sama ada dari benih tempatan dan import telah ada..

harap2nya akan ada rezeki peja lagi..

kalau umur panjang memang akan bela secara besar - besaran..

azam tahun baru..

Friday, December 20, 2013

Benih sama tapi PAttern Berbeza..peningg laa

salam semua..
kalau dulu peja suka main benih kurik sebab pattern ayam nie jenis kepala lembik main bawah tapi kelebihannya kaki bisa..
ayam jenis cermat dan tidak mudah panik..tapi pattern kurik baru nie dah mula jenis lompat dan amik bulu..tapi kaki tak pasti la bisa lagi ke tak..
pe pun peja bela aje sampai besar..
cumanya yang tak cukup tanda akan jadi sup atau kurma laa..

Wednesday, December 18, 2013

si Kuning Terkejut..opss

salam semua..
anak muda nie memang ada masalah ekr cikit..tapi bila dilatih untuk berhadapan dengan kamera secara berterusan..
mula boleh bergaya dengan bagus..

mulanya peja nak buat bapak tapi bila dah cantik begini sayang la plak..walaupun tak ada masa untuk pergi bertanding tetapi peja dah tak segan untuk letak atas meja depan rumah..lepas mandikan jemur depan rumah..memang tak terjun dari meja sebab dilatih dari kecil..tapi kalau nak bawak bertanding peja kena bedah sikit la..tapi kalau untuk tatapan mata peja baik gini je la..teknik kebas selam gegar memang terbaik walau pasangan ibu bapanya tiada langsung ciri ini,.

maknanya hipotesis peja telah dapat dibuktikan berhasil..penantian selama setahun berbaloi la..

Monday, December 16, 2013

Genetik lama keluar juga...Ecer Pama

salam semua..
8 tahun dulu ada seorang otai yang baru kehilangan anak tersayang..sebagai anak angkat yang prihatin...peja g la melawat beliau..memang time tu drama la..maklumlahh..anak dia yang meninggal tu merupakan harapan beliau..tapi peja kira anak angkat jer..

beliau pun memberi seekor ibu pama benih kelabu dengan 5 ekor anak yang berusia 2 minggu..

peja pun bawa balik la ayam2 tu kat umah..tetapi yang dapat hidup sampai besar hanya sepasang..yang betina masih hidup sampai sekarang tapi yang jantan tak sempat besar..time tu rasenya pama tak famous lagi laa..yang jantan romer macam ecer ni la..yang betina warna coklat gelap..

ibu kepada anak ayam nie mati akibat berlaga dengan geng ganu kat umah peja..tengok dah mati walau ayam pama tahan dari segi kaki..maybe kena buah patah ibu ganu kot..

jadi anak betina yang coklat gelap nie la peja buat ibu kandang plak..sebab umur makin meningkat jadi anaknya makin top la...setiap tahun peja cross bapak yang berlainan jenis..

tapi kali ni baru la keluar balik setelah ibu coklat ini 7 tahun menjadi induk barulah keluar balik pattern 8 tahun dulu..

peja tengok juga sekali sekala anak ecer ni bergurau dengan anak muda yang lain..tak lari dengan benih asal pama pakoi dulu..

tapi tulang pama nya memang tak lari laa...halusssss

Saturday, December 14, 2013

ekor Beruk lagi..

salam semua..
pattern bongkok sabut ayam ganu..ayam tebal ekor congkek..
jenis tebal depan..
tapi benih nie tidak besar sangat sebab nak bagi nafas tahan..maklumlahh..
banyak lagi darah pama..
tapi pama ketip dah peja ambil..
walau bapaknya balung sikat..tapi anak sumer ecer macam ultraman..jenis ecer 3 line..

Seri RamA di dalam keperitan hidup..

salam semua..
hahaha..kalao org lain buat reban memang cun melecun laa..
dengan batu bata, konkrit dan dihiasi dengan ukiran yang berkerawang cantik..
reban peja pun nak runtuh dah..
kiranya asal siap je laa..
tetapi ayam peja berusaha keras dalam kesusahan untuk menghasilkan anak yang berkualiti dan bergaya..
tak caya tengok laa..
walau reban buruk tapi bergaya macam tinggal di rumah org kaya..
walhal kalao tengok bapak dan induk si ara nie memang dah macam nak kena sepak jer..
tetapi berkat kasih sayang mereka nampak gayanya dah beruntung peja..

Tuesday, December 3, 2013

SiFat Ayam Benih GAnu aSal..hatinya memang tahan

salam semua..
sifat fanatik kepada ayam luar berbanding ayam negeri sendiri akhirnya merugikan diri sendiri..biasala..pemain import sure lebih mahal dari pemain tempatan kan..dari segi kemahiran, kepantasan, dan fizikal..
tetapi bila peja membuat sedikit soal selidik dengan otai mahupun pemain di peringkat arena besar, akhirnya mereka terpaksa mengakui bahawa benih ayam ganu asal..tak kira cross dengan yang import atau yang tempatan..
hal ini berkecuali sama ada ayam itu pecil, kacuk dengan ayam jawi, ayam sakit atau memang baka yang kalah..
memang betul jika menggunakan pelbagai racun, ubat mahupun helah di arena..jika ayam itu tidak mati..kebiasaannya ayam benih ganu asal tidak lari dengan mudah..
ayam ganu asal biasanya mempunyai kemahiran yang terhad dan tidak pelbagai seperti ayam luar..
tetapi anda akan merasa bangga kerana membela ayam benig ganu asal jika ayam anda bermain sehingga  6 air..
memang betul ramai yang berbangga dengan ayam pama, pakoi, thai yang boleh mencipta kemenangan dalam beberapa minit sahaja..
tapi belum tentu untuk menghalau ayam tempatan jika ianya dari benih yang elok juga..itu tak masuh penangan buah patah dan kaki bisa ayam benih ganu lagi..
peja hanya berkongsi cerita sahaja..dan kebetulan yang berlaku merupakan rezeki..
kalau suka follow..tak suka unfollow..

Monday, December 2, 2013

induk ekor kembang..ramuan untuk produk ekor kipas..

salam semua..
saja je nak tunjuk..induk ekor kipas yang ada kat reban peja ..
ada 3 jenis ekor ayam serama yang biasa peja dapat lihat dan menjadi pilihan penternak ayam comel ini..
pertama ekor udang, ekor serai dan ekor kipas..
ekor kipas merupakan ekor yang paling cantik dilihat..
tetapi peja tak hairan dengan ekor..
yang penting ayam anda sihat dan pandai bergaya.

Sunday, December 1, 2013

tip elakkan ayam serama bergaya awal..

salam semua..
keghairahan melihat ayam serama yang galak terlalu awal menyebabkan ramai penternak mengurung ayam mereka secara berasingan..
tanpa disedari ayam ini terdedah kepada risiko lari chasis, ekor bengkok dan kaki kendur..
maka, bagi mengelakkan hal ini dari terus merugikan anda untuk membuat pembedahan kepada ayam anda..
peja membuat satu kaedah iaitu mengurung anak ayam anda secara berkumpulan..
dengan cara ini, ayam akan lambat galak dan lambat untuk bergaya..setelah ayam telah matang barulah diasingkan mengikut jantina..

Friday, November 29, 2013

hijau lada..pejantan dalam reban

salam semua..
rase malas la pula bila cuaca pun sejuk..bila hari hujan peja akan memberi ayam makan makanan kering supaya mudah hadam..bukan apa..
kalau makanan basah..ayam kan suka makan sekali dengan pasir..jadi cacing akan masuk sekali..
jadi tidak elok untuk kesihatan..
tetapi bagi ibu kandang dan pejantan kandang..tidak kira apa cuaca sekalipun..
masa peja ada nie..
setiap pagi peja akan mandikan sebelum diberi makanan tambahan..
bukan apa..supaya ayam sentiasa aktif..
kalau tidak nampak bulu pun kusam..
pejantan dalam kandang juga perlu fitness..
kalau tidak jadilah macam hijau lada peja nie..
dah gemuk macam ayam daging pun sebab tak buat fitness..

Wednesday, November 27, 2013

update kontot

salam semua..
nasib baik la ayam ni tak gila ibu lagi..cuma badan je terlebih berat..
anak lagi tapi badan dah godang..
cuma kesian kat ekor la..
takleh tumbuh macam ayam lain..ekor tumbuh tapi terus melabuh..
jadi peja potong terus la..

induk Gegar..

salam semua..
sehari dua nie hujan turun dengan lebat juga..kawasan reban lecak..
jadi peja terpaksa menghadkan pergerakan ayam-ayam peja ke tempat lain..
ayam lain dilarang sama sekali..
cuti ini banyak anak serama yang menetas..jadi peja menggabungkan anak-anak serama ini di bawah ibu tumpang yang terpilih..
anak ayam betina ini peja dah lepas dalam reban penggemuk untuk proses penggemukan..jadi ayam akan mudah gemuk untuk dibiakkan..orang kata kalau ayam body pendek payah untuk mengeluarkan telur..
peja akui tetapi kaedah reban lepas menunjukkan penyelesaian kepada masalah ini..
sebenarnya ayam anda tidak boleh dibiarkan mengawan terlalu muda..

Sunday, November 24, 2013

hibrid terbaru..kurik bulu kaki

salam semua..
peja ada sikit masa nie..
jadi gunakan sebaik mungkin..
ni peja nak tunjukkan hibrid yang peja baru dapat hasilnya..
kurik bulu kaki..
sebelum nie benih kurik rumah peja takda bulu..
tapi disebabkan ramuan sisik buruk yang memang peja serap habis..

maka, keluar juga produk kurik berbulu kaki..tapi tak tahu la mainan macam mane sebab baru test..
tapi dari segi body memang bertambah solid la..

Friday, November 22, 2013

pengeraman dengan inkubator untuk Si comel Serama.

salam semua..
tak semua penternak menggunakan khidmat induk untuk mengeram telur ayam mereka..
ada juga yang menggunakan inkubator yang akan menjimatkan masa dan dapat menetaskan banyak telur berbanding dengan induk..pastu ada yang pecah lagi..ibu berebut lagi..

namun demikian,, anda kena ingat 2 perkara penting yang memang kena tahu ialah suhu dan kelembapan..
suhu yang digunakan untuk mengeram telur ialah 37.5 cel hingga 38 cel..

dari segi kelembapan, sebanyak 65% hingga70% kelembapan adalah perlu bagi 2 minggu pertama dan kadar ini booleh ditambah kepada 95% pada minggu ketiga..

jika kelembapan kurang..anak ayam anda booleh mati kelemasan kerana cangkerang telur menjadi keras dan kering..

alat untuk mengukur kelembapan ialah higrometer dan untuk ukur suhu ialah termometer..

tapi peja tak pernah guna pun..peja lagi senang guna induk mesin..anak pun payah mati..

Wednesday, November 20, 2013

BeRAhi si SeraMa..bagaImana mengawalnya..

salam semua..
mengikut pemerhatian peja...bukan catatan yer..ayam serama mula menunjukkan sifat kematangan dari segi jantina seawal umur 4 bulan tapi kita boleh melanjutkan tempoh ini kepada 6 hingga 7 bulan sebelum dikahwinkan..

hal ini kerana ayam serama yang dipesumkan terlalu awal boleh menyebabkan banyak komplikasi yang berlaku terutama telur lembik bagi betina dan malas untuk bergaya bagi jantan..

bagi ayam yang sedang dilatih untuk bertanding..tak perlu dikurung sekali dengan induk..
anda boleh gunakan sistem tenggek..

cara lain untuk meningkatkan kesuburan telur adalah dengan mengahwinkan seekor induk dengan beberapa ekor pejantan..janji pejantan serama la..jangan guna bapak ayam jawi pulak...

cuma peja nak pesan..kalau untuk menjaga keaslian benih..hanya gunakan seekor bapak untuk seekor induk..senang nak tanda anak..

walaupun kecil..nafsu ayam serama lebih tinggi daripada ayam lain..
ayam serama boleh mengawan sehingga 6 hingga 8 kali dalam sehari terutama pada awal pagi dan senja..

tak percaya tengok la..

walaupun begitu, anda perlu memberi vitamin tambahan untuk ayam yang dibiakkan untuk memastikan anak yang terhasil tahan penyakit dan boleh besar dengan sihat..takda la semua jadi bantut..

Tuesday, November 19, 2013

Pemilihan LAwan di Arena..jangan kena Tipu pulak..

salam semua..
kebanggaan terhadap baiknya ayam kita menyebabkan kita akhirnya tergadai sendiri...
bukan sahaja berlaku kepada freshie tetapi juga pada otai jika tidak berhati  hati..

kebiasaannya lawan yang kita pilih di arena ialah tinggi atau tebal..atau senang citer body laa..

biasanya ada orang yang memilih salah satu..orang pon pilih macam kita juga..

kalah tinggi tapi menang tebal atau sebaliknya..

peja dapat tips dari orang lama..

 kalau ayam kita jenis undur boleh kalah tinggi
kalau ayam kita main depan kena gu kalah tinggi
kalau ayam kita lock jangan cari gu lari nanti ayam kita lemas..

tapi adakah kita boleh tahu ayam orang macam mane..

yang tu kena belajar laaa...


Monday, November 18, 2013

kejadian kebesaran ILahi..ara kontot

salam semua..
kejadian seekor ayam peja ini menyebabkan peja menginsafi kebesaran tuhan pencipta alam...
dari kecik peja duk basuh ekor anak ayam nie..peja ingatkan sakit..

rupanya anak ayam yang telah berusia 5 bulan ini mengalami sedikit kecacatan di mana tongkengnya hanya ada sebelah menyebabkan ekornya  terus ke bawah..jadi bulu ekornya akan mudah terlekat najis..

tapi memang tiada masalah..solusinya peja akan selalu potong ekor anak ayam ini untuk mengelakkan terkena najis kering..

tapi dari segi lainnya memang ok laa..ayam rome ganu habis laa..

Saturday, November 16, 2013

ibu kurik..

salam semua..
ibu kurik ayam api..
disebabkan untuk mengembalikan semula rome bulu kurik dalam reban peja..peja akan menyimpan seekor dua ibu yang memang beroma kurik untuk memudahkan pengeluaran ayam roma kurik di dalam reban peja..

tapi nak buat jadi ibu biar la lulus specifikasi..biar anak tak jadi lemau..

aktiviti di ladang..Bonsai membonsai..

salam semua..
walaupun lambat lagi kot peja nak memiliki rumah sendiri..
tapi wat la persediaan untuk tanam dalam reban..nanti leh la ayam bertenggek.
haha..
hobi baru yang memang jimat tapi untung..korek dan bubuh saja dalam pasu..
pastu leh jual...

peluru 2014

salam semua..
peja balik hari selasa nie..
peja kena bertugas laa..tapi peja mintak tukar jadual..
sebab peja nak bercuti lama...
banyak line nak kena buat nie...

Thursday, November 14, 2013

ara 3..

salam semua..

trip nie sumer keluar romer ara..warna yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..cuma gaya je belum ada..dari segi akesori peja dah update dah..

untuk sesi latihan perlu kesabaran juga laa..

kalau tak jadi kita wat sup la..best3..

Wednesday, November 13, 2013

ara 2..

salam semua..
petang tadi ada seorang akak nie tepon peja tanyer pasal ayam siam..
katanya macam pelik..macam la tak bace blog peja tapi tahu plak amik number telefon..jenuh juga peja nak closing beliau tadi..
rupenya nak bela ayam siam untuk daging macam ayam kampung..
jadi peja syorkan beli ayam kampung kacuk je senang..
bela ayam siam nie mane boleh bela banyak2..nanti banyak yang pecah muka pulak time2 musim tengkujuh nie..

anak ayam serama peja yang baru start posing..

Monday, November 11, 2013

belajar melatih anak ayam serama..

salam semua..
peja nak kurangkan ayat yang dramatis.

sebab masing2 tak banyak masa untuk membaca walau bukan suruh baca pon..

ok..


mulakan melatih ayam anda dari tempat yang sempit..

supaya ayam biasa dengan meja pertandingan..

kalao latih atas meja makan nanti ayam akan mudah terbang..

Saturday, November 9, 2013

yang betina pulak,kelas anak betina

salam semua..
bila ada yang jantan besti ada yang betina..
tahun nie memang ada sedikit  rezeki la..walaupun sebelum ni asyik takde stok je anak ayam serama tapi peja bersyukur kerana setakat nie anak ayam yang terhasil memang memuaskan hati..

tapi peja memerlukan pelapis untuk menggantikan induk ayam peja yang sudah matang..
harap2 anak betina ini dapat bertelur elok la..hahaha

ara 1..ayam serama peja

salam semua..
kebosanan melanda..
saje baru alih dari ibu..
sebab untuk tingkatkan pratus hidup..
jadi letak je dengan ibu.,,
ni baru letak asing2..ayam dah nak masuk remaja..

Friday, November 8, 2013

baka tahan urut..line hussin kijang diperbaik

salam semua..
peja malas nak keluarkan dari reban lagi..
biar betul2 jinak baru boleh buat main..

sekarang dah jinak tapi peja nak buat pembaka jer..

sebab ayam lambat bergaya..tapi satu set kuning..

tak payah peja nak kena sobek lagi dah..

bapak dia mati kena cakar dek musang..

baru je dapat baka sekor..jadi peja terpaksa la buat bapak jer..supaya kesinambungan genetik tidak terhenti..

hahaha..

Wednesday, November 6, 2013

hasil eksperimen 3 teras genetik dicampur dengan inbreeding program..

salam semua..

waaa..tajuk entri peja..kemain panjang..

tapi isinya sikit aja..
saja nak tunjuk hasil dari penyelidikan peja yang tak seberapa nie..3 tahun punya kajian..

boleh la dibanggakan jika dibandingkan dengan pengetahuan ditambah dengan modal yang tak besar,,

yang besarnya peja jer..

ini anak ayam serama yang berumur 4 bulan lebih..
buat masa sekarang peja dah asingkan 2 ekor sebab dah mula galak..

batch pertama 6 ekor..batch kedua sekor..

batch ketiga dapat 3 ekor..

makin kemudian makin kecil produknya,,

tapi takut makin pendek tengkuknya sampai takleh nak selam..

kalau tak jadi pon boleh la wat penambah selera dalam sup untuk musim tengkujuh nie..

Tuesday, November 5, 2013

POla Produk CeraH..cara Menghasilkan Baka ayam berona Cerah..

salam semua..
selamat menyambut Tahun Baru Islam 1435 H...
dan juga Heppi Deepavali kepada member2 peja yang menyambutnya..
sure meriah makan maruku ekk...

memang agak lama peja menyimpan entri yang mana menjadi ramuan ke dalam penghasilan produk dari reban peja..

konon nya la...

hahahaha..kali nie peja nak share sikit mengenai cara penghasilan baka untuk penternak freshie..ataupun student2 yang baru nak bela ayam...sebab ramai juga murid sekolah yang lagi hebat dalam membiakkan baka ayam nie..

walaupun kita lagi berusia dari mereka belum tentu mereka kurang pengalaman,..keegoan kita menyebabkan kita malas untuk belajar..

baiklah.. bagi penghasilan produk ayam yang lebih cerah contohnya merah cerah..ara muda atau kuning..kita perlu melihat kepada susur galur induk dan juga pejantan yang kita nak guna..

kalau nak tengok anak ayam yang warna karah atau sitam. jangan la guna bapak bakas n ibu kuning pekat memang tak la anak banyak nak jadi sitam..kalau ibu hijau atau ara sitam barulah jadi..

tapi tu kalau kita memang hasilkan induk dari reban sendiri..tapi kalau kita baru beli...boleh tanya penternak yang bela ayam tu atau nak lagi mudah cari je ibu kuning..

pucuk pangkalnya..payah nak cari ayam yang full set cukup cirinya...sebab tu la peja jarang sembelih induk walaupun ibu ayam berlambak kat rumah sebab bila dah banyak senang nak biakkan..tangkap je yang nak..masukkan dengan pejantan..

tunggu je hasilnya..

Tuesday, October 8, 2013

SALAH SANGKA KEPADA AYAM LAGA, AYAM KACUK DAN AYAM KAMPUNG

salam semua...
selamat malam...pada entri ini peja ingin memberi pencerahan bagi membetulkan salah anggap di kalangan sesetengah orang yang masih tidak faham dengan istilah tetapi inginkan result yang gempak..

pertama sekali, anda perlu memahami istilah ayam sabung, ayam siam , ayam kacuk atau ayam kampung..jangan main tembak je sama..

ayam sabung : ayam yang dibiakkan dengan ibu dan bapa yang terjaga line nya tak kira baka apa pun..siam,pama, ganoi, saigon dsb..

ayam siam : ayam yang berasal dari siam tetapi belum tentu ayam sabung kerana kalau dah pecil ayam tak elok dibawa bersukan..

ayam kacuk : ayam kacukan antara ibu ayam kampung dengan bapak ayam sabung..anak memang nampak macam ayam laga tetapi hati tiada..

ayam kampung : generasi ayam kacuk atau ayam hutan..

kesimpulannya, perbezaan harga memang berlaku kerana perbezaan produk itu dihasilkan..

daa.

Sunday, October 6, 2013

AYAM BESAR KEPALA

salam semua..
kemungkinan ada yang banyak bertanya sebab peja banyak menulis tentang ayam siam dan bukannya ayam serama..
peja banyak berkongsi cara memelihara ayam siam berbanding ayam serama..
sebenarnya ayam serama peja masih dalam proses eksperimen..sebab peja banyak guna line baru..
jadi hasilnya masih dalam perhatian..
ditambah pula stok ayam serama sentiasa habis sampaikan peja pula terpaksa membeli pejantan untuk meneruskan pembakaan..adoyaii..

ok la...
peja nak berkongsi ilmu yang bukan diwarisi tetapi dipelajari..memang susah untuk mengorek rahsia dengan otai..kalau kita dengan muka penuh polos bertanya itu dan ini..
kebanyakan generasi baru..bukan semua..
sorry to say..ego untuk menimba ilmu dengan otai..mereka lebih percaya kepada ayam yang dibeli dengan harga yang mahal dan terlalu fanatik dengan bloodline yang mendominasi pasaran semasa..

masa  magon naik..pakat beli magon..habis magon aseel plok..pakat kutip aseel..
haaa..bila geng ganu asal boleh kutip piala..mula la pakat g tangkap ibu ganu tak kira kecik besar..

pemilihan kepada juga penting..

ayam kepala besar : kebanyakannya ayam ( bodoh ) kerana lebih suka menahan pukulan..

ayam kepala kecil (buah pinang ) : pergerakannya yang lebih cerdik dan boleh mengelak pukulan lawan..

kesimpulannya, baka dan ilmu lain juga perlu dititikberatkan yaa..

Saturday, October 5, 2013

MULUS ATAU TIDAK MUKA AYAM SIAM ANDA ?? PANDUAN UNTUK PEMILIHAN ATLET

salam semua..
di kesempatan yang ada ni peja nak berkongsi sedikit info yang peja dapat..sebenarnya agak lama tahu..
terutama otai yang telah lama berkecimpung dalam arena ini..
peja saja share dengan penternak baru..
kengkadang kalau tanya orang susah sikit..konon takut generasi baru tahu dan akan mengatasi produk otai..
bagi peja perkongsian ilmu memang penting sebab kalau kita tahu takde la kena tipu..kalau kena tipu lagi sekurang-kurangnya kita telah ada sedikit ilmu..

ok, cukup la mukadimahnya sebab orang nak tahu infonya,..

bagi pemilihan kulit muka..

ayam muka berkedut : ayam akan nampak lebih tua walau umur muda dan tahan kena pukul dan kebanyakan hati kering...

ayam muka mulus : ayam pukulannya lincah tetapi kalau berlaga lama kemungkinan hati mula goyang..

kesimpulannya, anda boleh nilai sendiri ayam anda tetapi percayalah kepada baka dan aspek lain sama...

Thursday, October 3, 2013

BaLUng Ayam Siam Anda..

salam semua..
huhu..peja dah lama tak berkongsi cerita dengan kengkawan semua..
yang ini info yang peja dapat dari sifu negara jiran..
pemilihan balung ayam juga menentukan corak pemilihan ayam laga yang kita ingin bela..
peja hanya kongsi aja..sekadar panduan dan bukannya fakta..

bagi ayam yang balung besar dan tinggi, ayam itu lebih lambat permainan tetapi daya tahan lebih kuat..kire tak mudah lari laa..

ayam yang balung kecil pula jenis ayam yang laju pukulan dan lincah tapi kurang cerdik..

apapun terpulang kepada anda selaku pemilihnya,,.

Tuesday, October 1, 2013

pesum Galur Murni..

salam semua.
kalau anda pernah datang rumah peja sure ternampak ibu yang sama dengan ibu yang ada dalam gambar nie kan..
tapi yang ini anaknya..
macam fotostat jer..
ini yang dinamakan galur ,murni..
anak sama dengan induk..maknanya gen ibu lebih dominan dari bapak..
jadi pelapis ibu tua ada dah la..
saiz dan tulang semakin elok..
cuma hati je la tak tahu kering atau suam2 kuku je..
bulu tembaga molek..kaki putih gading..
peja menantikan hasilnya hujung tahun nie..

Monday, September 30, 2013

BAuk Ganu BAtang Kaki..

 salam semua..
tahun nie ada rezeki lebih..amik juga la benih bauk ganu..beli sekor dapat percuma sekor..
benih bauk nie benih local aja..ayam cutting belalang..saja bela sebab rome yang jantan tu bersih..dan sebab amik pun hati yang jantannie agak kering laa..
kalau tak minta maap ler..tapi kena test juga takut kering masa kecik jer..biler besar jadi basah plak..
tu bengkak sebab sparing dengan ibu2 lain yang ada kat reban,,..

Saturday, September 28, 2013

Umpan deNak ayam Hutan..




salam semua..yang ini barang luar negeri..
hahaa..
tempat peja kerja..biler dah masa pun kurang tak g laa..
nie peja wat balik kampung..wat inkubator jer..tapi sampai anak pun jadi liar macam ayam hutan juga..
tak pandai sangat nak tengok ayam hutan..
cuma ada reban lebih letak jer laa..

Ayam BAIk, Ayam Serama VS Bonsai..

 salam semua..
entri kali ini peja melalut cikit..
masih berkisar tentang hobi kita yang sama..
kita bela ayam eksotik nie..
kira eksotik la ayam serama dan ayam siam nie...
sebab kita tak pentingkan kuantiti tapi kualliti..sama la dengan bonsai..
memang lama untuk hasilkannya tapi kualiti tetap mau jaga la..
ayam pun sama..banyak pon kalau tak guna buat apa..
ayam serama ke ayam siam ker..
mula2 boleh la kata saja bela untuk suka2..
tapi nak yang ikut spec berlaga juga..
hahaha..
kalau tanya peja memang peja dah masak dengan perangai gini..
macam bonsai juga...memang lama untuk hasilkannya tapi kalau nak beli yang dah siap macam nie...
rasanya payah juga nak dapat..
 peja tak guna sebarang mesin atau pisau untuk buat lubang kat batang pokok tapi peja dapatkan khidmat makhluk Allah yang sangat bekerjasama dan tidak dengki antara satu sama lain..kengkadang buat persatuan untuk melindungi ahli walhal...bila kita dah kuat tinggalkan ahli lain..elok ke macam tu..
kengkadang pepatah 'barang saya duit awak' wajar diguna bila berhadapan dengan orang yang tak faham bahasa..tapi kalau guna pepatah tak dapat kena terus terang je la..
masa, kesabarang dan percaya orang lain kena ada..sebab bila kita kena tipu akan ada orang lain yang percaya akan kita..yang penting kita jangan cantas orang lain..

Thursday, September 26, 2013

Anak Tine Pama KElabu Tedung..upred 2014

salam semua..
dah bosan tengok ayam pattern kampung jer..
jadi peja pun update juga belah induk..
jual anak muda..kumpul modal dan beli anak betina yang harganya not bad laa..
harga tak jadi hal kalau dah berkenan..masa beli pon tawakal jer sebab time tu anak ayam kecik lagi..dengan kesejukannya ..
2 ekor terus dapat..yang ini bukan benih import..benih ganu jer..
cuma pattern baru laa..
nanti boleh la wat tambah line baru kat reban..
dan juga tambah skill..
memang jenis baka liar..
nak tangkap pun susah..
harap2 boleh la besar nanti jadi induk..jenuh mujuk baru dapat..
tapi kalau tak jadi peja wat gulai ler..

Tuesday, September 24, 2013

banyak transit..akhirnya pAMA moURin sampai ke reban Peja..

 salam semua..
peja sekarang busy berkursus..maklumlaa..hujung tahun kann..
tapi pada masa yang sama tak lupa untuk menempah benih untuk setahun 2 dari sekarang..benih lama memang dibuat tapi
benih baru kena la try..takut nanti ayam makin nampak kekampungan..
tapi macam biasa laa..
banyak prosedur jika nak seludup haiwan luar kena reban kita yang kecil dan buruk nie..
kerenah birokrasi sampai poning kepala..
akhirnya setelah beberapa transit akhirnya peja dapat memasukkan pejantan muda nie ke reban peja..2 minggu nak ajar makan je..
sebulan nak ajar bahasa..maklumlahh surat beranak myanmar..
tapi peja kerahkan induk kandang peja la yang ajarkan..
cuma memang memilih makanan laa..ubat pun kena bagi supaya selera makan dapat pulih di samping meneutralkan badan dia dari supplement yang boleh memandulkan bapak muda nie..
peja tak lepas bebas sebab takut mati pucuk..jadi pesum normal ajer..
sekor induk dengan sekor pejantan..
peja berkenan kat mata ayam nie jer..mata legam giler..
pastu corak kaki nya yang pipih..ayam memang kecik laa..dengan anak muda pun besar lagi anak muda..

tapi kakinya memang peja tak nafikan..sebab tu badan nak kena slim la...tak tahu ler biler duk umah peja jadi gemuk..
maklumlahh..makanan tak payah cari..ayam romer ayam denak..memang hodoh..ekor pun tengok laa..serabai habis..
excited peja nak balik kampung sokmo kalau gini..insyaallah akhir tahun nie ada ler anak2 die ni..

Wednesday, September 11, 2013

makanan Bergizi untuk ayam laga

salam semua.,..
kepada kengkawan yang sedang mengalami simptom induk giler ngeram..
jangan lupe bagi makanan bergizi kepada induk ayam anda kerana pada masa ini induk banyak hilang tenaga..sebab duk melompat nak keluar perkup

kalau nak bagi makanan untuk bapak yang sedang dibasuh pon oker..

contohnya..kuih manis, roti, daging or madu n kunyit..

ayam anda akan cepat pulih dan siap untuk dimasukkan dengan pembaka.

Monday, September 9, 2013

MEnceGAh Penyakit Dari datang..yakin ke??

slam semua...

pelbagai cara yang kita gunakan untuk mengelakkan penyakit dari hinggap pada ternakan kita..
letak tangkal la..daun ler, najis binatang tertentu n so on..
peja pun tak caya ngan semua nie..hanya harapkan kasih sayang Tuhan je untuk jaga ternakan peja.
anak ayam selasih nie student peja yang bagi..dia bagi sepasang tapi yang jantan mati..

yang betina je hidup..tapi ayam nie memang survive..
walau kalah dengan ayam lain tapi temboloknya sentiasa penuh..
jadi bela je la..takkan bercampurnyer dengan ayam siam n serama sebab baka ayam nie jari lima..jadi yang jari lima sure boleh potong nanti..
huhu..

Saturday, September 7, 2013

koS maKAnan Meningkat..Terbebankah Penternak kecil?

salam semua..

mornink..3 4 hari lepas minyak naik lagi..sebelum naik lagi makanan ayam dah naik 3 hingga 4 ringgit seguni..

jangan kata minyak naik dedak tak naik harga..

nak tak nak kene terima ler..

kalao masih berpegang pada hobi masih boleh bertahan..

tapi kalau setakat pegi kedai saya suka bela ayam takdenyer dapat diskaun..

tol takk??huhu

kalau nak kurangkan ayam..jenuh dah buat selection..

siap cabut undi lagi..

kesudahannya tak leh sembelih juga sebab ciri2 perfect tak semua pada induk yang sama..

jadi...

BUAT LER DEDAK SENDIRI YANG LEBIH MURAH..


Wednesday, September 4, 2013

Tedung ke sitam ke GOTHIC??


salam semua..

biler dah banyak cross mula la keluar gen2 asal yang makin tak keruan..

contohnya keluar semula benih sitam seperti induk2 ini..

nanti jenuh plak peja nak buat pemutihan...

dah macam afrika plak..

oke la cikit,,tak payh risau kena mandi sebab memang legam..

Tuesday, September 3, 2013

Salam Merdeka..Anak Merdeka Berjiwa Patriotik

salam semua..

selamat hari merdeka yang ke 56..

saya bangga jadi anak Malaysia..

sememangnya peja tak tahu nak kata pe dah..sure bangga sebab tahun ni baru nampak banyak produk yang best2 keluar..

muka pun teduh2 jer..tak rase kenaikan harga dedak yang melambung..

entri kali ni peja nak berkongsi cara nak biasakan anak ayam yang baru dilepaskan ke tanah..

biasa sangat peja buat macam nie la..

lepas 3 hari baru lepas..kalao ada yang cedera baru rawat semula..

bagi yang dah biasa its ok la..

yang ni bagi penternak yang baru merasakan kehadiran si kecil yang suka sangat main pasir..hahah..



Thursday, August 22, 2013

Benih GAnu Asal DiperBaik..

 salam semua..

saje je update produk penggantti induk yang telah mati tanpa diketahui sebabnya..

nak tak nak kena la simpan..sekarang dah umur 5 bulan..

pattern ibu memang toon dah..kalau tak keluar anak toon lagi tak tahu laa..

peja hanya simpan sekor dua jer..tak mampu nak beli makanan banyak2 dan bagi mengelakkan perang saudara yang besar..

cumanya menyimpan yang betina memerlukan dokumentasi yang lebih terperinci la...
tapi peja simpan dalam kepala jer..tu yang kene termenung jauh kalau nak ingat..