WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Tuesday, December 18, 2012

tuAn SibUk ? Ayam MEmbiAk..

salam ukhuwah kepada semua yang meluangkan masa untuk menjengah blog peja hari ini..

kali ini peja nak share sikit pasal cara untuk membiakkan ayam serama anda walaupun sesibuk mana pun anda..

memang tak dinafikan la..kita memang suka sangat nak membela..kalau boleh sampai pintu pagar rumah jer berebut ayam itik kerbau lembu datang dan menyambut kepulangan kita kan.

hahaha..

namun begitu, kesibukan dek tugas yang tak menentu, outstation sana sini..mesyuarat tettiba jer..biler balik pulak letih,, tertidur, anak sakit, ermm..

tup2..ayam pun tinggal tengkorak jer..

kalau peja duk kat kampung memang malam pun turun lagi kat reban..tengok yang mane bergeruh, ambil suap madu..yang mana kuat sangat sparing..ambik demah dan sapu ubat luka..sedar2 dah tengah malam..huhu

kalau member datang pula bersembang, sambil gosok2 ayam..berembun pun takpe..

tapi time kerja, memang tak boleh nak buat laa..sanggup jer balik 2 minggu sekali semata2 nak tengok ternakan sihat ke tak..

walhal ayam stok umpan buaya jer..

jadi, peja tak hairan la kalau ada yang lagi sibuk sampai tak sempat nak bagi ayam makan hari-hari..lagi-lagi kalau ayam dah start seratus ekor ke atas..ayam peja baru 80 ekor..campur burung merpati ada la dalam seratus sepuluh ekor..

kalau ikut masa bagi makan jejak sejam juga la..

jadi, peja cadangkan kalau anda jenis kerja pergi pagi balik malam kekadang tak balik pun..

macam nie:

1) Buat reban atas tanah, kalao ayam serama peja buat bawah rumah jer..
2 ) Reban biar simple tapi kukuh..kukuh dari pemangsa..better letak pukat sebab murah dan praktikal..selepas letak jaring besi..
3 ) Bina sedikit teduhan untuk ayam bertelur dan makan..
4 ) Isi makanan kering dalam bekas yang kering dan lapik supaya kalau tumpah pun ayam boleh makan..
5 ) Isi air dalam bekas besar..
6 ) Hanya pantau sekali sekala jer dan isi makanan jika habis..suruh anak-anak pun takper..bukan bela harimau pon kan nak kena safety bagai
7) Bila dah dengar bunyi anak2 baru menetas, baru tangkap dan pindahkan ke tempat yang lebih selesa..
8) Bila hujung minggu yang tak sibuk, mandikanlah ayam anda untuk kesegaran,..kalau rajin lagi..tambah pasir pantai atau sungai..

erghh..penat menulis..