WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Sunday, October 6, 2013

AYAM BESAR KEPALA

salam semua..
kemungkinan ada yang banyak bertanya sebab peja banyak menulis tentang ayam siam dan bukannya ayam serama..
peja banyak berkongsi cara memelihara ayam siam berbanding ayam serama..
sebenarnya ayam serama peja masih dalam proses eksperimen..sebab peja banyak guna line baru..
jadi hasilnya masih dalam perhatian..
ditambah pula stok ayam serama sentiasa habis sampaikan peja pula terpaksa membeli pejantan untuk meneruskan pembakaan..adoyaii..

ok la...
peja nak berkongsi ilmu yang bukan diwarisi tetapi dipelajari..memang susah untuk mengorek rahsia dengan otai..kalau kita dengan muka penuh polos bertanya itu dan ini..
kebanyakan generasi baru..bukan semua..
sorry to say..ego untuk menimba ilmu dengan otai..mereka lebih percaya kepada ayam yang dibeli dengan harga yang mahal dan terlalu fanatik dengan bloodline yang mendominasi pasaran semasa..

masa  magon naik..pakat beli magon..habis magon aseel plok..pakat kutip aseel..
haaa..bila geng ganu asal boleh kutip piala..mula la pakat g tangkap ibu ganu tak kira kecik besar..

pemilihan kepada juga penting..

ayam kepala besar : kebanyakannya ayam ( bodoh ) kerana lebih suka menahan pukulan..

ayam kepala kecil (buah pinang ) : pergerakannya yang lebih cerdik dan boleh mengelak pukulan lawan..

kesimpulannya, baka dan ilmu lain juga perlu dititikberatkan yaa..