WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Monday, October 25, 2010

KelinCi 012..Update TErbaru..

laa..lame rupenya tak update gambar serama..yeler..tengok keluaran ayam penternak dan ayam yang dipertandingkan di mana2 bon membuatkan peja terkedu..bukan terkedu kerana ayam cantik, tapi ayam yang gayanya melampau2..tak kurang jugak yang berasal dari baka yang sama..
ayam beli or ayam buat sendiri tak menjadi persoalan..sebabnya dari menghabiskan masa buat ayam tapi tak jadi2 baik beli jer yang siap kan..ni bagi mereka yang ada modal dan tak der masa nak tunggu anak2 baru netas sampai besar tapi tak siap2..ada yang bergaya aksesori plak tak cukup..tunggu lagi..last2 ayam pon kiok..
ada juga yang tak tahan tengok ayam yang banyak sangat kerenah..demam la..selsema laaa..chasis dan tuku lagi laa...
bukan nak menakutkan..tapi hakikat yang bukan sahaja melanda penternak baru tapi juga yang bela lama nie..ayam serama mungkin kurang terdedah dengan penyakit sampar sebab mereka duk dalam reban..tapi masalah lain seperti resdung, demam dan kaki kudis menyerang menjadikan penternak cepat tensen..
ada juga yang mengaplikasikan ubat ayam laga untuk ayam serama tapi dek kerana  kekurangan ilmu dan tak pandai bajet dos..terus lingkup ayam tu..bukan makin sihat malah terus terbunuh oleh tuannya sendiri..

untuk setakat nie peja masih berpuas hati dengan pengekalan formula 2010 dan hasilnya ada juga yang dapat menyejukkan mata memandang..walaupun tak der la tiap2 bulan dapat bergelar di bon..sekurang-kurangnya orang yang datang mengambil baka ayam dari rumah peja tidak kecewa..tapi manusia mana ada raser puas dengan apa yang ada kan..

tapi tak kisahlaa..bukan kita menjadikan ayam sebagai punca utama rezeki kan..tapi orang yang datang tahu bahawa mereka tidak tertipu secara terang-terangan..tak guna kiter glamour kerana ayam selalu menang di bon tapi biler ada orang lain datang cari baka dari rumah kiter, ayam yang dibawa balik jauh panggang dari api.. faham2 jer laaa..

tepuk dada tanyer iman.. ayam serama baru mula menetaskan anak2 trip terbaru lapisan kedua..kajian nie hanya tertumpu pada reban rumah peja jer..reban lain kene reka formula sendiri..sebabnya ada beberapa induk telah dibeli oleh beberapa orang dengan harga yang telah dipersetujui..

induk yang ada..tapi induk kandang tak jual tau..nie pintu rezeki peja..pengekalan baka rupanya mendatangkan hasil..peja more kepada ingin mengubah aksesori ayam dah sekarang nie..bukan macam dulu..gaya adalah fokus utama..tapi sekarang nie hanya menumpukan kepada aksesori seperti balung, bulu dan ekor..

HasilNya...taadaaaaaa...
baRU sTAT laTIHAN..
ROMeR MERAh arA..