WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Wednesday, August 1, 2012

ARNaB aNDa Bunting?? macam maner ekk??

huhu..salam semua yer..peja dah lame tak update..sekarang nie plak bulan yang mulia..jadi penat kit..huhuh..kengkawan pun mesti jarang bukak blog ekk..

kali nie peja nak kongsi sikit la pasal arnab..sebab nyer arnab peja kerap jugak bunting palsu..peja memang tak nak biak banyak arnab nie tapi peja berniat juga nak update kalau boleh..huhu..sebab tu peja stat dengan sikit jer..skang ada 5 ekor jer..tapi peja memang bersedia je berguru dengan sifu2 yang peja rase arif dalam bidang arnab nie..arnab nie lagi susah kalau anda tak tahu kaedahnya..bagi peja la..kalau nak tahu cuba la bela..peja taknak bukak rabbitry pon..cukuplah sebagai pets kepada anak sedara peja yang memang suka peluk hewan nie..kalau kucing takut die gigit lak..kalau arnab best..peja dah ubah pun tanggapan yang arnab nie costing..sebenarnya tak costing pon walau anda bela banyak..sebabnya arnab jarang kene penyakit..

Ramai yang bertanya macam mana nak tau arnab tu bunting ke tidak. Kita boleh melakukan pemeriksaan sendiri untuk mengetahui dan mengesahkan arnab yang bunting. Beberapa tanda bunting boleh dikenalpasti melalui perubahan pada bahagian perutnya dan peningkatan selera makannya.
Pemeriksaan perlu dilakukan seminggu selepas proses mengahwinkan arnab berlaku. caranya muda saja. Masukkan induk yang sama ke dalam sangkar pejantan yang sama semasa proses kahwin. Kalau induk tersebut menolak bermakna ia sedang bunting.
Cara lainnya adalah dengan memerhatikan perut induk selepas dua minggu dikahwinkan. Bahagian perut induk diraba dengan menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari secara perlahan-lahan kearah belakang. kita akan dapat merasa kemunculan embrio bersaiz batu kecil jika induk benar-benar punting. Akan tetapi perut induk yang pertama kali bunting akan kelihatan kecil walaupun ada tanda-tanda ia akan beranak. Selera makan induk juga akan bertambah tinggi dan berat badannya juga akan bertambah..
okey..tu saja untuk kali nie..