WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Tuesday, October 13, 2009

KUMBANG liLIN..eVULOSI bARU..


jenis pattern selam biasa jer..bulu jeni baldu..kite kacuk supaya anak ada jenis tarik plak..

satu set kumbang lilin..ada gak orang kate kuning pinang masak..
BAGI AYAM LAGA, saya dah aer warna kurik atau borek atau blorok

tapi bagi ayam serama saya masih tercari-cari ayam serama warna ini dan satu lagi rome ijau gagak macam pejantan ayam siam saya..

oleh yang demikian, saya cuba mengkacukkan ayam dari benih baru ke dalam reban saya salam usaha menambah koleksi warna di samping mengelakkan kecacatan resesif berlaku dan sekaligus menghasilkan produk yang menggiurkan peminat ayam ini..nampaknya ayam serama telah dijadikan ikon seperti zaman 2000 dulu tetapi jika tiada usaha diambil dalam bidang pembakaan tidak mustahil seni serama akan mula lupus seperti tahun 2002 - 2007..

saya membeli anak jantan kumbang lilin dari seorang otai serama..tapi ini hanyalah untuk mengambil benih sja..jadi saya tak berapa latih sangat la..tak dan seh nak latih..banyak sangat ayam yang perlu dilatih..inilah cabaran yang seorang penternak perlu tempuhi..huhu..tapi bile ayam dah ada nombor di bon..kelelahan itu hilang sekelip mata...kalo org lain tukang bawak pon takper..saya bukan suka sangat bertanding..nak melatih ayam nie tidak susah tapi kne sabar..walau dari jenis memang baka lawan meja pon kiter kene latih gak..kalo tak tetap terjun kejar betine..hhuh..