anak ayam ni kawan pinjam..tak hantar2 sampai skang..
SEMEMANGNYA SAYA BANYAK MELIHAT di zaman kini, banyak kebangkitan ilmuan telah
membongkar sama ada secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak blog merupakan satu wadah untuk menyalurkan bukan sahaja maklumat bahkan juga blog juga adalah medan untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap satu pihak yang berkenaan..kendatipun begitu, saya sedikit pun tidak menganggap sedemikian kerana jika diteliti balik melalui pembacaan blog yang ada, ianya banyak bersifat telus walaupun akan menyebabkan sesuatu pihak berasa terancam..jika suatu ketika dahulu di mana blog saya pernah di kondemkan oleh sesetngah pihak..tak tahulah atas dasar iri hati atau lain2 hal yang saya pon tak tahu nak kater ape..setahu saya, ianya tidak mengutuk sesiapa kerana saya tak pernah bagitahu name mereka yang terlibat..
tapi, era serama kini yang mula mendapat tempat..blog serama pon banyak..pattern ayam pon smart..harga pon tak semahal dahulu..
walaupon begitu, masalah yangb hampir sama yang melanda zaman serama era tahun 2000 masih tidak berubah..yang berubah hanya orang yang main ayam ne saja..
saya hingga kini tidak tahu punca ayam serama boleh menjadi berubah sejak tahun demi tahun..memang diakui bahawa ayam yang mendapat best of the best akan menjadi bench mark kepada penternak untuk mengubahsuai ayam di rumah mereka..yang sedih lagi..baru dapat anak pattern nie, orang pakat sibuk cari pattern lain plak..
kejap kuning ara, kejap manisan angus..jap jalak hinggakan saya nampak ketaksuban mengejar baka yang tak pasti asal usulnya..yang suka bertanding akan membeli ayam yang menang d bon..yang pembiak baka sibuk duk risik adik-beradik yang menang tu untuk ditrunkan baka plak..
senario ini sebenarnya saya melihat dari sudut cara pengadilan ayam sendiri..saya tak mempersoalkan cara pengadil memberi markah tapi apa kehendak pengadil sebenarnya..beauty is subjektif..
itu sumer sedia maklum..cara markah diberi pon dah diketahui, kategori yang dipertandingkan saya dah fasih hafal..tapi apa yang saya nak ketengahkan adalah kalau boleh kursus pengadilan diadakan bagi setiap persatuan di negeri masing2..kalau cam daerah saya , leh gak dibuat sebab saya salah seorang ahli persatuan serama nesut..kalo ada negeri lain yang buat kursus terbuka pon saya minat untuk menyertai kerana kiter bukannya nak jadi pengadil tapi nak tahu ape kehendak pengadil..senang la kiter nak produce barang yang sesuai dengan kehendak pengadil..tol tak..