WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Sunday, November 28, 2010

koBAU oh KErbAU..

aii...bosan la cuti lelamer nie..
kali nie untuk pertama kalinya peja dapat melihat secara live orang sembelih kerbau..kobau orang negri kato..
sebelum subuh peja dah g tempat nak kenduri nie..sebenarnya umah yang nak kenduri nie rumah mentua pak sedara peja..kat Marang..kat sini famous untuk kenduri kendara kerbau laa..sehari sebelum tu dah tengok rancangan kat TV 1 tentang pemburu kerbau..tu yang excited nak g tengok tu/..hhuhu..layan je laa..


ni rm 2500 harganya..murah kann..

inilah tempat sesuai untuk bela kerbau..hari2 mereka leh berkubang..

semangat kerjasama seperti ini dah mula luntur di tempat kita tapi di tempat nie..ramai seh yang join..takut kobau..


mereka bagaikan expert tuu..bukan calang2 orang leh tumbangkan kerbau tau..


walau dah bertambat gini..tetap ada risikonya kerana kerbau kuat dari lembu..tapi ni kerbau jinak..tak adventure sangat la..
 ini pelamin yang belum dinaiki pengantin..huhuhu..

tercapai jugak hasrat nak tengok orang semelih kerbau..huhuu..tepi pantai ane ader kerbau..

Thursday, November 25, 2010

sorie KEngKawan!!!!

bestnyer ujan malam nie..urghhh..lega pas inject ayam peringkat baru nie..naik kebas kaki tangan peja duk tangkap sesekoq untuk diinject..smpai bengkang bengkok jarum..
macam2 ragam dapat dilihat..terapi untuk peja biler tensen..org lain wat keje berfaedah..peja main ayam jerk..huhuhu..
ari tu..5 bulan lpas laa..just tangkap sesekor dan selam kepala dalam baldi yang bervaksin..nie kena tangkap sesekor dan inject ngan jarum..ada yang tak leh jalan jap, berkiok cam nk kene semelih laa..semelih betol2 baru tahu,..ada yang lari..
last2 peja buat talian hayat..panggil adik peja untuk pegang kaki mereka untuk elakkan masalah..pas inject kerat ekor..tujuannya bukan aper..tak nak bagi inject 2 kali..

entry kali nie sebenarnya baru masuk..peja bukan aper,,just nak mintak maap sebab asyik cerita pasal ayam laga jer..bukan taknak citer pasal ayam serama especially..tapi ayam selalu habis stok..letak kejap terus dilamar..bukan nak gebang ayam peja cantik..dah orang nak..bagi jer la..
simpan pun bukan peja setiap minggu turun bon..

hahaha..nie nak tunjuk koleksi baru..tak tahu la jadi ke tak nyer..sebab peja pon penternak kecil-kecilAn jer..biler orang dah beli induk..kena la kiter buat formula balik..ingat nak jugak tambah baka tapi nanti laa..nak angkat yang baka betul2,.bukan setakat cantik kat die jer..anak2 yang kuar macam ayam kapan..

ayam banyak yang cantik tapi kalau ayam fully buat plastic surgery tak guner jugak..faham2 je laa..
 aksi getar..anak B..
 leher panjang, body kukuh..
lambat sikit kot perangai nyer..

Tuesday, November 23, 2010

geMBiRaNya Hati INI...

petang nie merupakan petang yang bermakna bagi peja..sisik buruk dah rasmi jadi mililk peja sepenuhnya..yela kan..peja kan juz sewa bapak ayam nie untuk dibuat pejantan,..dekat setahun dah peja amik ayam..biarpun dulu banyak juga mengalami masalah tiada benih.setelah diubati akhirnya berderet2 anak nya..
memang banyak perubahan yang berlaku..anak2 ayam jadi makin besar..tulang rapat..mainan pon ada lain sikit..
biler dah jadi hak milik kekal nie leh la dilepaskan di tempat baru nanti..
ni gambor terbaru sisik buruk..nice cock..

Monday, November 22, 2010

SampAr Penyakit aYAm..Bukan PEnyakit ORanG!!!!!!!!!

ramai yang memandai buat spekulasi tentang sampar..ada yang kata dewa ayam mengamuk laa...kampung kene sumpah laaa..ada yang bawak ayam thai tak inject laaa...ada yang kata ayam sabung jer kene laa..sampai bergaduh2 tuan ayam pas ayam die maut.
sampai ada yang simpan ayam dalam rumah taknak bagi ayam mati..ada yang meraung biler ayam yang disayangi menyembah bumi, ada yang tak lalu makan..dan macam2 lagi kejadian yang peja lihat dan dengar..memang kesian..bohong laa kalau tak kesian..ayam tetiber jer berlari2 depan umah kiter..macam diracun..menggulupur tanpa alasan dan maut..tidak kira ayam tu mahal beribu pun..
tu tak termasuk yang dah siap untuk dibawa ke arena lagi..

tapi hikmahnya..kita tak perlu risau sebab penyakit sampar ayam nie hanya menyerang ayam dan itik saja..dan tak menyerang manusia..buat masa sekarang, peja pon menjalankan langkah berjaga2 sebelum terlambat..
ni peja sertakan artikel tentang penyakit nie untuk tatapan penternak..dan jangan laaa pasnie buat spekulasi lagi dan tak salah kalau print dan bagi kat kengkawan kat kampung untuk pencegahan di masa depan..

kesian nyer..
Title : 
Sampar ayam tidak bahaya kepada manusia
News : Oleh NAJIBAH HASSAN

ADA yang memanggilnya sampar ayam, tetolo, penyakit Ranikhet, Doyle, Newcastle (NCD), Fowl Pest, Pseudo Fowl Plague, dan sebagainya. Sekalipun, pelbagai nama atau panggilan diberikan, ia adalah sejenis penyakit yang serupa. Ancaman penyakit ini paling digeruni oleh sebilangan besar penternak ayam sehingga menyebabkan mereka boleh gulung tikar.

Beban dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para penternak ayam ini juga secara tidak langsung, menjejaskan reputasi negara yang mengeksport ayam. Ini kerana, serangan virus daripada keluarga paramyxoviridae (PMV) ini menyebabkan kematian seluruh populasi ayam ternakan dalam sekelip mata.

Risiko ini amat tinggi jika ayam ternakan tidak memperoleh kekebalan melalui proses vaksinasi. Penyakit pembunuh ini dicirikan dengan radang pada saluran pernafasan dan atau, pada otak atau perut dan usus.

Melalui bedah siasat, pendarahan banyak berlaku pada organ-organ dalaman haiwan seperti pada jantung, usus dan paru-paru. Virus ini dipercayai menyerang organ-organ tertentu dan sistem saraf pusat haiwan terbabit.

Sekalipun, ia dikelaskan sebagai penyakit pembunuh, tetapi berita baiknya ialah ia tidak berbahaya kepada manusia. ``Jika terkena kepada manusia sekalipun, ia hanya menyebabkan kesan yang sangat ringan seperti radang pada lapisan lembut depan mata (konjunktiva) atau rengsa pada anak tekak (laringitis).

``Selain itu, individu terbabit hanya menghidap demam selesema yang ringan dan pulih dalam masa beberapa hari,' kata Penyelaras Unit Rumah Haiwan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan, Profesor Madya Dr. Afifi Abu Bakar.

Radang konjunktiva (conjunctivitis) menyebabkan mata merah, bengkak, berair atau bernanah. Malah, beliau yang ditemui baru-baru ini berkata, ada kajian mendedahkan virus ini bermanfaat kepada manusia kerana ia berpotensi membunuh sel-sel kanser.

Ada kemungkinan, ia boleh dijadikan vaksin untuk menangani penyakit-penyakit kanser seperti kanser buah dada, kanser pangkal rahim dan sebagainya.

Bagaimanapun, kajian masih di peringkat awal. Menurut Afifi, sampar ayam bukanlah sejenis penyakit yang berbahaya kepada manusia kerana ia tidak bersifat zoonotik.

``Tidak seperti penyakit selesema burung atau virus Nipah, penyakit zoonotik yang ditularkan kepada manusia ini amat berbahaya,' katanya.

Sehubungan itu, langkah terbaik dan paling berkesan bagi mencegah jangkitan penyakit ini melalui vaksinasi. ``Anak ayam yang baru masuk ke ladang perlu diberi dos pertama melalui titik pada hidungnya. Selepas berusia 15 hari, ia perlu diulang dan ulangan dos yang seterusnya melalui suntikan.

Ia juga boleh dicampurkan dalam air minuman. Pencegahan awal adalah melalui pelalian. Sebab itulah, di sesetengah ladang tertentu mereka akan mengenakan piawaian yang tinggi sebelum sesiapa dibenarkan masuk.

Menurut sejarah, penyakit ini julung kalinya ditemui di Dutch East Indies pada 1926. Pada tahun yang sama, seorang saintis, Doyle membuat kajian pada binatang ternakan di Newcastle, England. Beliau berjaya membuktikan penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus.

Penyakit ini, kemudiannya diberi nama Newcastle bersempena dengan nama tempat, di mana ia pertama kali ditemui.

Kebetulan, pada masa yang sama, sejenis penyakit yang seakan-akan serupa berlaku di Ranikhet, di sebuah wilayah di India.

Kajian membuktikan, penyakit tersebut dikenal pasti sebagai penyakit Newcastle.

Di India, penyakit ini dikenali sebagai Ranikhet. Khabarnya, nama ini masih dikenali di beberapa buah negara Asia.

Penyakit ini, kemudiannya tersebar ke beberapa buah negara di dunia. Ia julung kalinya, dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1944.

Bagaimanapun, oleh kerana penyakit yang berlaku di AS mempunyai sedikit perbezaan, peringkat awalnya ia masih dikenali sebagai penyakit Newcastle.

Penyakit ini yang lebih banyak menjejaskan paru-paru dan otak, maka ia lebih dikenali sebagai penyakit pneumoensefalitis. Tetapi, di AS, hingga kini ia tetap dikenali sebagai penyakit Newcastle.

Mengulas mengenai paramyxovirus yang menyebabkan penyakit ini, Afifi menjelaskan, ia boleh mati jika terdedah dengan suhu dan cahaya matahari yang panas.

``Tetapi masih boleh hidup dalam suhu biasa pada tempat yang lembap,' katanya.

Cara terbaik bagi mengelakkan virus yang dibawa burung-burung liar ini, dengan memusnahkan ayam-ayam yang dijangkiti penyakit tersebut. Ia boleh dilakukan dengan menanam atau menyembelih haiwan-haiwan tersebut.

Kaedah seperti ini merupakan antara yang paling berkesan kerana virus ini boleh ditularkan melalui udara.

Di hampir kebanyakan negara-negara di dunia, penyakit ini adalah endemik. Bagaimanapun, sesetengah negara Eropah telah bebas daripada penyakit ini sejak bertahun-tahun.

Tahap keterukan:
Secara umum, ia terbahagi kepada tiga, bergantung kepada jenis sindrom klinikal:

- Velogenik
Jenis yang paling ganas dengan risiko kematian sebanyak 90 peratus.

Secara purata, tempoh serangannya antara tiga hingga empat hari. Dalam beberapa kes, ia hanya berlaku dalam masa sehari.

Biasanya, ayam akan tercungap-cungap, cirit-birit, demam dengan suhu yang tinggi, lehernya terdongak ke atas dan lehernya yang terkehel.

- Mesogenik
Dikelaskan sebagai sederhana ganas dengan kadar kematian antara lima hingga 15 peratus.

Kematian dijangka berlaku dalam masa antara lima ke enam hari selepas jangkitan. Dicirikan dengan masalah pada sistem pernafasan, cirit-birit dan muntah kehijauan serta penurunan produktiviti telur atau langsung tidak bertelur.

Jika bertelur, telur yang dihasilkan kurang berkualiti. Kulit telur berwarna pudar, bentuk yang tidak sempurna dan saiznya kecil.

Ayam akan mengalami gejala-gejala pada sistem saraf pusat yang kerap ditemui pada anak-anak ayam.

Mereka juga akan mengalami kelumpuhan pada kepak, kaki atau terkehel leher.

- Lentogenik
Jenis yang paling lemah dicirikan dengan gejala pada sistem pernafasan. Penghasilan telur yang berkurangan juga antara gejala kemungkinan ayam dijangkiti penyakit ini.

Ia mungkin boleh menyebabkan kematian dalam tempoh satu minggu.

Kematian di kalangan ayam dewasa jauh lebih rendah berbanding anak-anak ayam dengan kadar 50 peratus.

- Ayam dengan ayam
Ayam yang dibeli daripada sumber yang tidak pasti.

Ia ditularkan oleh ayam yang berpenyakit dan hanya menunggu masa untuk menjangkiti ayam lain.

Jangkitan ini berlaku melalui sentuhan secara langsung antara ayam, udara, najis atau patukan.

- Burung liar seperti gagak
Burung gagak pembawa virus ini, pergi ke ladang di mana ayam yang menjangkiti dan najisnya terdapat virus.

- Tikus atau mencit
Haiwan yang makan dedak ini akan pergi ke ladang ternakan ayam dan menyebarkan virus tersebut.

- Manusia
Pekerja-pekerja ladang yang bersentuhan dengan haiwan ternakan ini atau melalui pakaian yang tercemar.

Pencemaran berlaku pada pakaian, kasut atau kenderaan seperti tayar yang masuk ke ladang yang bersih.

Perumah virus
Sebahagian besar spesies burung domestik dan haiwan liar.

Haiwan ternakan yang paling berisiko tinggi ialah ayam dan itik.

Sumber virus
Bahan-bahan kumuh daripada sistem pernafasan, lendir atau najis.

Gejala
- Ayam tercungap-cungap dan sukar bernafas

- Leher terdongak ke atas

- Cirit-birit berwarna kehijauan

- Demam dengan suhu yang tinggi

- Leher terkulai

- Lumpuh kaki

- Ayam sukar pengsan

- Mengantuk dengan menundukkan kepala

- Sesak nafas

- Suara mencicit seperti tercekik

- Kurang nafsu makan

- Najis padat dan putih seperti kapur

- Menjadi dalam jangka masa beberapa hari

- Hilang keseimbangan

- Sering memutar-mutar kepala

- Berjalan berpusing-pusing

- Berjalan ke arah belakang.
Source : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0718&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_0
Date Source: 18/07/2004

CERitATera AS A ipg STuDEnT..

tanggal 14 November lalu, sau majlis gilang gemiulang telah diadakan di RENaISSANCe Hotel, KoTA Bharu jer..malam tu merupakan hari last laa kami satu batch bersama dengan lecturers, pengarah dan timbalan pengarah berkumpul untuk makan malam dan malam tu merupakan malam yang amat bermakna dan memberi kesan kepada peja..
yeler...malam tu semua pakat bersalaman,ada yang menangis tak keruan, ada yang berpeluk..meminta maap bagai..maybe mengenangkan semua pakat tak jumpa dah pasnie..
kononnya laaa...sesajer jer nak citer..bukan ada kaitan dengan ayam pon..ekkk..ada jugak laaa...sebab malam tu peja off hpone..so, biler bukak balik bersepak miskalll..sok laa layan ekk..orang nak tanyer pasal sampar..huhuhu..
ni beberapa gambar yang disnap..geram giler biler peja penat2 cas kamera last2 tak penuh gak..
 tema merah, hitam dan puteh..ikut tema kannnn...
 kena la pakai masquerade la plak..peja uat sendiri mask nie..tengok..bersepah dengan binatang..orang lain beli jerk...
 lenguuh la pakai topeng nie..tengok persembahan tak clear laaa...
 desert..??boleh tahan laa...dah lapor kaannn..
 tumpang glamour mask member..cantik la sebab beli...
nie gambar cantik satu batch..chesswseerr..

Wednesday, November 10, 2010

takutkah kita dengan BAhASa sedeMIkian..????

arggghhhh///...lega seh lepas habis exam..skarang nie keje lepak,,
banyak masa untuk ternakan..
tertengok video nie takut raser..
banyak sangat perkataan yang tak patot keluar..
isk3..

Thursday, November 4, 2010

SeSaje JEr,,..Test BloodLine..

dah 4 hari rasernyer dh ujan melanda bumi Besut..dah 2 paper peja dapat hadapi..so, tunggu result je laa..
ada 2 minggu lagi..sebelum peja menghabiskan kehidupan sebagai seorang pelajar di INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN..

perasaan berbaur..maner nak jadi cikgu nanti ekk???
bebanan tugas dan globalisasi???mane nak divide time lagi..
nak uruskan hobi lagi...

ntah biler dah kejer kene lupakan terus hobi bermakna nie atau boleh dibuat secara komersial ekk..
berlegar persoalan nie dalam benak peja..
huaaaarrgghhhh..

nak harapkan orang lain..errmmm..kot habis plak pupus baka..

biarlah masa yang menentukan..so, kalau ada sesaper raser nak bela baka ayam peja leh la datang risik2 yang aner berkenan..

kot nanti kempunan..huhu..peja cadang nak bela burung or ikan jer kalau dapat posting kat bandar..kalau posting kat sabah or sarawak plak..ingat nak biak balik ayam sabung..

kalau kene semenanjung, ikut tempat jugak..nak angkut terus induk2 kat umah sekarang..nak biak balik..lalala..yang risaunyer..

takut tak terjaga jerkk..huuhuhu...

nie ada sikit test klip..harap dapat layaannn..