WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Friday, January 7, 2011

BEraPe NAk lEtak MarkaH nie..??

ada yang mengeluh..ayam aku kaki kuning...kebas selam, siap berjalan macam robot lagi..masih kalah dengan ayam lain yang tarik biasa2 jer..
hahhaha..ayam aku tak terjun meja..tegak berdiri..selam tak nampak kepala..ayam yang tu tak selam pon..hartap aksosero je lebih cikit jer pon..tu pon leh menang..pengadil tak adil nie..berat sebelah..dll..

selalu jer dengar ungkapan atau luahan raser mereka yang ada di arena dan lebih menyedihkan jika ayam tak dapat number pon..

ni tidak ditujukan kepada sesape pon..juz kita takleh lari kan..even lepas tu baru la biler hati dah cool, baru fikir positif balik..in satu segi, peja tak menyalahkan pengadil jugak..becoz mereka terpaksa berhadapan dengan ratusan ayam sepanjang hari..

dah tu ada yang kata..sapa suruh jadi pengadil..dah tu takkan nak suruh pengadil miss universe plak jadi juri..??

juz peserta tidak didedahkan dengan dengan kriteria pemarkahan yang sbenar..sebab lain bon lain pemarkahannya..walau kita leh bajet ayam kita kalah tang maner..menang tang mAner..tapi di bon kengkadang leh jadi ralat jugak..

benda nie subjektif,..dari segi berapa markah bagi setiap seekor ayam , ramai dah sedia maklum..biler anda pergi ke bon..akan ada la..kertas pemarkahan tu..gini la contohnya..markah gaya 25%..ayam setara mana yang akan dapat full marks..paling tinggi peja penah dengar dapat 23.5%..tu campur dengan markah kategori lain plak..

kesian pon ader tengok pengadil..istilah lipat peja malas nak ungkit dah..nanti kene  sound lagi..serik bohh..

ni peja dapat sikit info laa..tapi tetap tak lengkap jugak..tapi as a basic guideline boleh la..bagi mereka yang newbie..

PENILAIAN AYAM SERAMA




* Jenis – Ciri utama ialah kepala melunjur ke belakang, bahagian belakang pendek, kepak menegak dan ekor panjang, penuh dan apabila berkembang, tidak menyentuh balung. Kedudukan tengah mata sama dengan kedudukan tengah kaki ketika berdiri.



* Perwatakan – Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri.



* Ekor – Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung dan berkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di penghujung.



* Kepak – Ketika berdiri, kepak ayam dalam posisi menegak tetapi sedikit menghala ke belakang. Hujung kepak bersentuhan sedikit dengan lantai.



* Badan – Tegap dan bulat. Dada ayam lebih luas dari bahagian belakang apabila dilihat dari atas. Dari tepi, badan berbentuk V. Belakang ayam pendek dan lebar di bahagian bahu.



* Kaki – Tidak begitu rapat dan selari. Panjang sederhana dan seimbang dengan saiz kepak. Paha berotot dan sederhana panjang. Taji di bahagian tengah betis, keras, kecil dan menghala ke belakang kaki.