WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Sunday, January 24, 2010

SaLah LIne KE salaH moDEm???

ADOYAII..

penat sungguh kelas kebelakangan nie..ayam kat ladang plak wat hal..yela..pertukaran musim..tapi kat umah aku setakat nie alhamdullilah la..ayam tak banyak yang mati..makin banyak tetas ada sampai tak cukup reban..penjagaan secara fully induk membantu dan pengurusan telur yang sentiasa dicandling walau kadang2 terbuang jer anak2 ayam yang dah separuh membesar di dala telur....kesian pon ada tapi daripada pecah dan merosakkan telur lain...takpela..induk2 di bawah pimpinan sisik buruk bertelur bagaikan juara..tapi bulan 2 ni kot baru nak stat jual..

tapi 5 biji jela setiap sorang..ini bagi mengurangkan kadar pecah dan tembelang..

ayam serama plak ok jer..banyak anak2 baru yang menetas sampai ibu dah bertelur balik anak masih lagi di bwah perut ibu..petuanya jeng2...masih rahsia kerana dalam percubaan..anak2 serama trip nie banyak jenis slim..makna kata masuk muda baru leh tengok gaya..pejantan ada beberapa aku nak jual..serama punyer la..sekadar nak buat bapak ok la..sebabnya korang yang ada ibu stok primadona nohal la kalau kacuk ngan pejantan tahap rakus..setakat induk 10 ekor biasa jer..bukan ape..memang aku sengaja biak pattern nie sebab nak bagi peluang breeder baru rase gembira bila tengok anak serama yang banyak..

harga aku nak jual harga borong jer..ok lah...minggu depan aku stat praktikum tau..kalau nak datang umah tu hari minggu la ekk..sebab hari biasa sibuk kat sekolah..

masalah utama aku skang adalah line internET yang lembab tahap gaban..aku semalam dah g ngadu kat kedai tempat aku daftar broadband ini..pastu die kater masalah line..kawan2 aku sumer ok jer internet diorang..nak kater aku tak bayar, aku g je kat kedai bayar banyak sekaligus..akak kedai tu suruh aku kol operator..die dah try dah ngan modem yang lain tapi still takleh dapat internet langsung..nak search yahoo pon takleh..nie pon menumpang internet member..korang leh bagi suggest tak..huhu..