WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Saturday, December 4, 2010

kAtaK VS NYamuK = AyaM

entry kali nie..??lain kan..huhuhu..biasa la musim hujan nie..katak gembira la sebab dapat membiak dengan jayanya..bersorak sorai melaung2 untuk mengawan..sang nyamuk plak.. berdengung2 menyanyi sebab dapat membiak jugak laa..air banjir yang melimpah ruah..suka hati jer nak bertelur kat mane2 yang disukai..
tapi bagi si ayam,time nie la paling kritikalnyer..

bagi ibu yang mengeram..kemungkinan telur dibawa hanyut air banjir, basah..tembelang..
bagi anak2 yang menetas time nie..memang kene survive laa...nyamuk plak berkerumun laa..bagi yang sebelum nie tido atas pokok..memang lencun habis laa..pagi2 tak turun laa..

time nie jugak la banyak yang bergerok..selesema..demam..ada jugak yang krem sebab sejuk sangat..bagi tuan ayam plak..time nie la seronok duk dalam selimut..hujan kan..padahal time nie paling perlu kita alert dengan keadaan di reban..

peja pon tak berani nak snap gambor time2 hujan nie..yeler..takut basah..tapi pemantauan sentiasa diadakan untuk mengurangkan kematian anak2 muda yang suka sangat berlaga..
kalau dah air banyak gini..apa yang anda akan lakukan???

 sampan boleh ditambat di tepi beranda rumah..mana ayam2 anda nak tinggal..yang nampak bumbung tu garaj kereta...
 huhuu
 pokok tebu yang tinggi pon tinggal pucuk jer..
bersyukur la peja duk tepi pantai..