WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Tuesday, September 15, 2009

Menu Harian Si SEri Rama...


BAKA ASAL DI REBAN SAYA..INI ADALAH WARNA TRADEMARK SAYA..


AYAM NIE PERNAH MENJADI JUARA BOTB DI PERTANDINGAN DI MELUR, KELANTAN ANJURAN KADA..
BENIH SENDIRI TU..

kita seringkali bermonolog sendiri jika makanan ayam kite mula

surut..apatah lagi ketika itu sudah di penghujung bulan di mana tuan ayam sendiri pon bercatu duit untuk membeli rokok..ditambah pula ayam pula tak berape nak bergaya dan ada pula yang sakit2 akibat digigit Sang Nyamuk..masa tu boleh tergugat iman dibuatnya..ayam beribu ringgit pon bleh turun harga jika tuan telah terdesak..

tu hanya bagi tuan yang macam saya la..tapi kesabaran tu kan separuh dari iman..oleh yang demikian, sebagai inisiatif awal, cubalah ajar haiwan eksotik ini untuk hidup susah..bukan selalu pon..kalao di reban saya, memang diajar sedemikian kerana jika terlalu dimanjakan mereka tidak tahu erti susah...ayam yang memang tidak pernah makan makanan basi atau tidak berzat akan mudah dan kebarangkalian maut adalah besar jika kerana sistem pencernaan mereka tidak mampu menahan asid yang terlalu banyak..

makanan yang selalu saya beri untuk ayam2 serama saya tidak kira lah..yang untuk bertanding ke, anak ker atau ibu bertelur adalah sayur2 lebih..kangkung ngan tauge adalah favourite mereka..rendam lak ngan air garam..kalo rumput lak saya jeruk ngan gula melaka.. bagi otai2 lama mereka mungkin ada cara mereka sendiri..ni bagi penternak baru yang bajet ciput la..

dan ini saya ada info sedikit tentang menu harian si kecil molek ini..

Makanan Ayam Serama


Apakah makanan yang terbaik bagi ayam serama?


Untuk menjawab pertanyaan di atas amatlah sukar bagi saya. Ini kerana tiada buku atau risalah ditulis untuk ayam serama. Jadi bagi memeriahkan lagi milis ini, izinkan saya menulis serba sedikit mengenai penyediaan makanan bagi ayam serama mengikut umur ayam.

Seperti kita ketahui ayam serama amatlah sensitif dengan cuaca tetapi yang lebih merunsingkan saya ialah makan yang berlebihan menyebabkan ayam yang disayangi berubah menjadi kategori iaitu dari A ke B (hanya bagi ayam untuk tujuan pertandingan).

Walaubagaimanapun untuk tujuan pembiakan berat atau kategori ayam bukanlah sesuatu yang penting. Ini kerana pemakanan yang seimbang akan menentukan kejayaan dalam bidang penternakan.

Makanan ayam komersil boleh dikategorikan seperti berikut:
i. Starter (pemula)
ii. Grower (pertumbuhan)
iii. Layer (penelur)

Starter
Diberikan kepada ayam yang berusia dari 1 hingga 45 hari. Kandungan protein yang tinggi amatlah sesuai bagi anak ayam. Biasanya ianya halus dan amat mudah didapati di kedai-kedai makanan ayam. Warna makanan bergantung kepada jenama.

Harga makanan bagi makanan dari jenis Gold Coin (warna kuning) bagi pemula ialah dalam lingkungan RM 1.20 - 1.40 setiap kg.

Grower
Diberikan kepada anak ayam yang berumur dari 45 hingga 120 hari. Makanan ini mengandungi kandungan kalsium, protein, vitamin dan antibiotik yang sesuai bagi ayam semasa pertumbuhan. Makanan ini biasanya lebih kasar dari Starter dan harganya dalam lingkungan RM 1.20 -1.40 setiap kg.

Layer
Ayam betina berusia 5 bulan boleh diajar memakan makanan ini. Ia turut mengandungi kalsium, protein, vitamin dan antibiotik. Makanan ini amat sesuai bagi ayam yang bertelur. Harga dipasaran RM 1.30 - 1.40 setiap kg.

Di atas adalah merupakan panduan sahaja. Sekiranya anda berasa was-was anda boleh bertanya kepada pekedai dengan memberi tahu umur ayam anda dan jenis yang sesuai untuk ayam kesayangan anda.

Adalah perlu sekiranya ayam anda sedang bertelur maka gunakanlah makanan GoldCoin 107 yang sesuai bagi ayam serama bagi tujuan biak baka. Ini kerana ayam yang bertelur memerlukan kandungan kalsium dan protein yang tinggi bagi pembentukan telur. Dengan pemberian makanan ini masalah ayam mengelat (selang bertelur), bertelur lembik (sesetengah kes sahaja) biasanya dapat diatasi.

Selain dari pemberian makanan komersial, pemberian makanan sekunder seperti multivitamin, sayur-sayuran yang terdiri daripada pelbagai jenis, buah kelapa sawit dengan sukatan yang difikirkan munasabah.